Tuesday, February 24, 2015

Kisah Zulqarnain

Tergerak untuk aku menulis entri ini sebagai kenangan buat aku sekeluarga berkenaan kejadian yang berlaku pada 23 Februari 2015. Macam biasa anak-anak ke sekolah disiapkan oleh sepupu mak aku yang mana menjemput anak-anak dari sekolah agama dan bagi makan dan siapkan anak-anak ke sekolah kebangsaan serta menunggu mereka untuk naik bas sekolah.

Bas biasanya sampai jam 12 tengahari dan anak-anak memang dah pergi ke sekolah dengan menaiki bas. Lebih kurang hampir jam 1 petang Mak aku telefon mengatakan Zulqarnain baru jer balik rumah ambil buku sekolah yang tertinggal dirumah dan paling mendebarkan adalah dia balik menaiki kereta Waja berwarna putih. Aku memang agak fobia bila sebut kereta berwarna putih ni sebabnya kebanyakan kes penculikan melibatkan kenderaan berwarna putih.

Lepas dapat panggilan aku terus ke sekolah untuk pastikan samada kedua-dua anak aku dah berada di sekolah ke belum. Dalam hati risau Tuhan saja yang tahu. Dengan keadaan cuaca yang agak panas dan aku yang tengah sarat mengandung ni aku gagahkan juga menapak ke sekolah bagi memastikan anak-anak berada di sekolah. Sampai sekolah semua murid beratur di dalam kantin. Agak sukar untuk aku nak check waktu tu. Jadi aku ambil keputusan tunggu sampai semua murid beredar mengikut kelas masing-masing.

Mula-mula nampak kelibat Zul Iqbaal aku pun panggil dia dan tanya perihal abangnya. Dia kata abang balik naik kereta pakcik bas. Aku pun tak nak tanya banyak sebab dia dah nak masuk ke dalam kelas. Aku tunggu pula pelajar darjah dua pula. Alhamdulillah ada Zulqarnain di situ tengah seronok dengan sahabatnya Mia. Aku panggil dia ke tepi dan tanya serba sedikit padanya sebab aku tak nak mengganggu emosinya untuk belajar di sekolah. Setelah aku berpuas hati aku pun melangkah semula ke pejabat.

Kisah ini bersambung di meja makan dengan aku cuba mengorek lagi apa sebenarnya yang berlaku siang tadi sambil aku menasihati kedua-duanya.

Ummi : Abang dengan Iqbaal dah tak nak jumpa Ummi dengan Ayah ke?
Iqbaal : Kenapa pulak Ummi?
Ummi : Tahu tak kalau Abang dan Iqbaal ikut orang atau naik kereta orang yang tak dikenali, dia akan bawak lari Abang dan Iqbaal tau. Lepas tu terus tak boleh jumpa Ummi dan Ayah. Kalau orang bagi gula-gula pun jangan ambil tau.
Iqbaal : Pakcik tu tak bagi pun kitorang gula-gula Ummi...
Ummi dan Ayah : Senyum dalam hati je...
Ummi : Macamana Abang cakap nak mintak balik untuk ambil buku?
Zulqarnain : Diam seribu bahasa
Iqbaal : Abang menangis dalam bas Ummi... (mmm patutlah pakcik tu sanggup tolong hantar balik sebab aku tahu macamana keadaannya bila Zulqarnain menangis)
Nenek : Abang tak malu ke menangis depan kawan-kawan? 
Zulqarnain : Diam seribu bahasa

Dek kerana tak puas hati macamana tiba-tiba munculnya kereta Waja putih tu, ayah mengajukan soalan sehingga kami puas hati.
Ayah : Tadi mula-mula naik bas ke sekolah kan? Bila masa pula tukar naik kereta pulak?
Iqbaal : Mula-mula naik bas, pastu abang menangis nak balik. Lepas pakcik dah hantar semua orang pergi sekolah, pakcik balik rumah dia tukar kereta tu. Pastu pakcik hantar balik rumah untuk abang ambil buku.

Yang paling tak sangka sebabnya kami ingatkan hanya Zulqarnain je balik naik kereta tu, rupanya dalam kereta tu pun ada Iqbaal. Tak dapat dibayangkan bagaimana perasaan aku masa tu. Akhirnya tiba bahagian yang kelakar adalah pakcik bas tu boleh pula tersilap hantar ke sekolah lain. Nasib baik pakcik tu tak tinggalkan anak-anak aku dekat sekolah tu. Dia turutkan je kata-kata anak aku. Rasanya lepas ni serik nak melayan kerenah budak-budak ni.

Sekarang ni setiap kali nak ke sekolah akan ada pesanan dari aku, suami aku atau mak aku. Risau keselamatan budak-budak tu. Aku pun rasa nak berhenti pulak bila terjadinya perkara macam ni. Biar sentiasa nampak aktivit anak-anak depan mata. Tapi belum ada rezeki lagi..



Wednesday, February 11, 2015

Cuti-Cuti : Water Park Legoland

Kali kedua menjejakkan kaki ke Legoland. Percutian yang memang tak dirancang awal sebabnya ini dianjurkan oleh geng-geng office para suami dan sudah semestinya si isteri ikut jelah ke mana nak pergi.


Seawal pagi dah keluar rumah. Rancang pukul 4 pagi keluar rumah tapi terlajak tidur. Lepas solat Subuh baru bertolak ke Johor. Alhamdulillah pukul 11 pagi sampai ke destinasi yang dituju. Kali ni ambik keputusan hanya masuk Water Park memandangkan aku yang memang dah tak larat nak banyak berjalan. Anak-anak kalau dengar je nama Legoland memang excited sangat-sangat.

Ni harga tiket masuk ke Legoland. Tak sempat nak cari voucher murah sebab dah kata last minit punya percutian. Jadi walaupun mahal masuk jugaklah bagi memuaskan hati dan menggembirakan hati anak-anak.


Macam biasa hero aku dua orang tu dah pandai bawa diri. Masuk air dah memang tak ingat nak makan ke minum. Tinggallah Zulfiqar sorang main lego-lego besar ni. Sikap ramah dia menyebabkan dia ada ramai geng nak main sesama.


Ayah main dengan anak-anak

Puas main lego, naik gelongsor pulak. Selain dari keluarga aku, ada juga keluarga rakan sekerja suami aku. Tapi diorang sampai lambat, jadi dapat main gelongsor sama-sama sekali. Nampak memang seronok sangat diorang bermain gelongsor. Ada banyak jenis gelongsor, rugi kalau tak cuba semua tapi ada juga yang anak aku tak boleh main disebabkan ketinggiannya. Takpelah lain kali bila dah besar sikit boleh cuba naik pulak. Ni antara gelongsor yang diorang naik. 



Selain dari tu ada wave pool iaitu kolam yang ada ombak. Dulu masa mula-mula pergi rasanya takde pool ni dan dulu juga tak sempat nak main gelongsor sebab bekejar nak main dekat Theme Park. Kali ni hanya pergi Water Park, jadi habis semua tempat kami terjah. Puas hati sangat sebab dapat merasa semua tarikan yang ada kat situ. Waktu operasi sampai pukul 6 petang, jadi pukul 6 petang barulah kami beransur pulang.


Kami bukanlah terus balik KL tapi tinggal di rumah salah seorang rakan sekerja suami. Jimat duit hotel dan makan.. Hehhehe... Tidur pun awal sebab badan dah penat sebab dari pagi tak berehat. Yang penting memanfaatkan seharian dengan aktiviti yang menyeronokkan dengan anak-anak.

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...