Saturday, August 30, 2014

Exam : Bila kertas soalan dibawa balik

Kisahnya Zulqarnain ada exam di Sekolah Agama seminggu dari 25 - 29 Ogos 2014. Memang dari segi persiapan untuk sekolah agama memang aku tak tahu macamana nak mengajar. Jadi aku dan suami biarkan je. Tengok macamana dia nak handle lagipun dia baru darjah satu tak nak paksa-paksa sangat.

Hari pertama exam dia kata ok je, 

Hari kedua pun katanya ok,

Hari ketiga sebelum ke sekolah aku periksa beg dia dan apa yang aku jumpa adalah kertas soalan peperiksaan semalam. Aku dah nak menjerit masa tu. Aku tanya kenapa tak hantar? Katanya cikgu suruh bawak balik dan siapkan.... Huaaaaaa.... tak terkata aku dibuatnya sebab dah lewat untuk siapkan pagi tu.. Nak tak nak aku suruh juga dia siapkan sebelum ke sekolah. Biar lambat ke sekolah janji siap jawab, betul atau tak aku tak pasti sebab kertas Bahasa Arab manalah aku reti sangat. Kalau kira Wahidun satu, Salasatun dua tu aku retilah.... Belasah jerlah mana yang aku tahu janji semua soalan ada jawapan.




Hari keempat dan kelima aku dah check siap-siap takut ada pulak dia bawak balik kertas soalan. Nasib baik xde.

Monday, August 25, 2014

Bila Due Datenya?

Mengandung kali ni memang aku berat sangat rasa nak buka buku pink dekat Klinik Kerajaan awal-awal. Bukannya sebab aku terasa sebak setiap kali nak menjejak kan kaki ke Klinik Ibu Mengandung tu. Untuk tempoh 2 bulan pertama ni aku ambik keputusan untuk bersabar dulu. Insyaallah bila usia kandungan dah masuk 8 minggu aku akan ke klinik untuk mendaftar sekaligus buka buku pink tu.

Walaupun tak ke klinik, hati teruja nak tahu bila due datenya juga... Tapi sekarang google je boleh jumpa calculator untuk mengira jangkaan tarikh bersalin.


Inilah tarikh keramatnya. Tapi harap-harap dapat bersalin awal macam 3 anak aku yang terdahulu. Paling lewat pun 36 minggu dah bersalin. Lagi satu yang paling penting adalah dapat bersalin secara normal juga. Kalau ada yang nak kira tarikh anda bersalin boleh klik kat sini.

Friday, August 22, 2014

Majlis Penghormatan dan Memperingati mangsa MH17


Semoga semua mangsa ditempatkan dikalangan orang yang beriman..


Amin...

Sambut Birthday : Sedih atau Gembira

Menjadi tanda tanya dengan tajuk entri kali ini. Sebabnya kebiasaannya kalau buat sambutan hari lahir mestilah dengan suasana dan perasaan yang sangat gembira. Nak dijadikan cerita semalam department aku buat majlis sambutan hari lahir untuk beberapa orang staff yang lahir pada bulan Julai dan Ogos. Biasanya kami buat  majlis setiap bulan tapi disebabkan bulan Puasa, kami buat majlis besar-besaran sikit. Makan kat Restoran.

Jadi kami semua naik 3 buah kereta dan aku naik kereta salah seorang yang menyambut hari lahir. Bila tanya bila tarikh lahirnya dia umpama mengelak dan memaklumkan bahawa tarikh lahirnya sama dengan tarikh kematian ibunya. Masa tu aku tak pula terfikir bahawa kemungkinan ibunya meninggal ketika melahirkannya. Tapi bila aku dapat tahu ibunya lahir ketika melahirkannya aku terus rasa sebak. Aku bayangkan bagaimana dia membesar tanpa dapat secubit pun kasih sayang dari ibunya.

Ya Allah besar benar dugaan yang diterima sejak kecil lagi. Aku cuba bayangkan sekiranya aku pula berada di tempat ibunya pula. Terfikir macamana pula dengan anak-anak nanti. Bolehkah suamiku membesar anak-anak tanpa bantuan dari aku. Maklumlah sekarang ni pun aku tengah mengandung jadi bile terdengar perkara macam ni, terus terfikirkan anak-anak sekiranya benda yang sama berlaku pada aku pula. Tapi mintak dijauhkan perkara sebegini dari berlaku kerana aku tahu bukan senang untuk mendidik anak-anak. Pasangan suami isteri sangat saling memerlukan dalam mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang berguna.

Alamak terlebih emosi pulak aku ni. Jom layan gambar makan-makan kami tu ye..

Aku xde dalam gambar... jadi photoG

Licin sudah...




Wednesday, August 20, 2014

Suka Berjubah

Sekarang aku sangat suka memakai jubah tak kiralah kemana saja aku pergi. Dulu aku rasa macam kalau pakai jubah tu hanyalah pada hari Jumaat je tapi sekarang tak lagi. Disebabkan itu jugalah aku rajin mencari-cari jubah-jubah yang cantik-cantik dan sesuai dipakai untuk ke tempat kerja dan taklah nampak terlalu menonjol atau terlalu kolot kalau memakainya.

Tapi jubah-jubah yang dijual bagi aku kadang kala agak mahal dan bila nak membeli tu rasa macam kurang kemampuan. Oleh itu tergerak hati aku untuk berkongsi jubah-jubah yang murah dan mampu beli bagi semua golongan. Disamping tu dapat juga membantu rakan-rakan yang lain mendapatkan pakaian yang menutup aurat.

Ni antara koleksi-koleksi jubah yang ada.



Kalau nak tengok lebih banyak koleksi boleh jenguk di Chanteque Gallery. Insyaallah lebih banyak lagi produk muslimah yang akan ada nanti.

Thursday, August 14, 2014

iPhone 5s gajet impian setiap blogger

Kalau tanya " Awak nak iPhone 5s percuma tak?" apakah jawapan spontan yang akan kita dengar? Mestilah jawapannya NAAKKKKKK !!!! Begitu juga pada diri aku sendiri maklumlah tak pernah lagi merasa memakai handphone keluaran Apple ni. Tapi aku ada pengalaman pakai laptop Apple memang sangat Best menggunakannya..... Inikan pula telefon pintar seperti iPhone5s sudah tentulah lagi syok untuk aku terus aktif berblog. 


Memandangkan harga iPhone5s sememangnya mahal setanding pula dengan kualiti yang diberikan tapi buat masa ni memang aku takdelah mampu nak mendapatkan iPhone5s ni sebab ia jatuh di dalam benda-beda mewah untuk aku. Tapi ada juga berangan sekali-sekala kot-kotlah ada orang nak hadiahkan sempena Hari Jadi ke, Hari Ulangtahun Perkahwinan ke.... hehehe... macam tahu je kan nak tuju pada siapa untuk berikan hadiah tu kan....

Oklah memandangkan Denaihati ada anjurkan peraduan yang menawarkan iPhone5s jadi aku tak nak lepaskan peluang yang ada ni. Ada rezeki sangkut salah satu hadiah yang ditawarkan dah kira bersyukur sangat. Apa hadiah yang ditawarkan? Ada dua jenis hadiah yang ditawarkan iaitu 3 buah iPhone5s dan juga wang tunai... Menarik kan? Antara sponsor-sponsornya adalah :-



Kalau ada sesiapa nak sertai jangan berlengah lagi ye sebab peraduan ditutup pada 24/8/2014 11.59pm. Walaupun persaingan sudah tentunya sangat sengit, kalau kita tak berusaha untuk menang tak guna juga. Kalau tak menang sekurang-kurangnya saya dah berusaha. Yang selebihnya semuanya kuasa Allah..

Dah start berangan dapat ambil gambar cantik-cantik dan rajin mengupdate blog. Hahahahaha...

Rezeki Syawal

Dah lama rasanya tak join mana-mana peraduan sebab kekangan masa. Tak sangka saja-saja masuk contest di FB ada juga hasilnya. Tanpa keluarkan sebarang modal pulak tu...


Dapat hadiah ubat gigi dan berus gigi bernilai RM 100 siapa tak nak kan. Jimat duit nak beli ubat gigi dan berus gigi. Apa-apapun terima kasih Darlie. 

Kalau ada yang nak hadiah boleh join lagi sebab ada peraduan tengah berlangsung dekat FB Darlie

Wednesday, August 13, 2014

Cabaran RM 50 masih berjalan

Masih ingat tentang Cabaran RM 50 yang aku pernah postkan sebelum ni. Memang kalau ikutkan agak sukar untuk terus Istiqamah melakukan satu benda yang baru. Bukan budak-budak je... orang tua pun sama juga.

Semasa aku kerja malam, aku bawak Iqbaal temankan aku sebab memang aku jenis penakut duduk office sorang-sorang waktu malam. Jadi bila dia ada sebagai peneman legalah sikit. Masa dia temankan aku tu haruslah diisi dengan aktiviti yang bermanfaat. Aku printkan 2 muka surat Cabaran RM 50 yang aku berikan pada dia untuk disiapkan sepanjang menemankan aku. Sebelum tu dah siap-siap kenyangkan perut dia supaya takdelah kelaparan masa nak siapkan Cabaran RM 50 tu...

Menu Nasi Lemak menjadi pilihan

Khusyuk mengira

Hasilnya... satu salah dari 60 soalan

59/60
Insyaallah akan cuba suruh anak-anak habiskan Cabaran RM 50 ini secepat mungkin. Sehari minimum 1 muka surat tapi biasa aku suruh siapkan 2 muka surat...


Tuesday, August 12, 2014

Peluang sekali lagi

Alhamdulillah selepas gugur masa bulan March 2014 hari tu, Allah berikan lagi rezeki untuk aku dan suami sekali lagi. Aku sah mengandung tapi aku buat test sendiri je dulu... Insyaallah bulan March atau April tahun depan due date nya.. Doakan baby kat dalam ni kuat untuk melihat dunia. Aku pun dah tak nak melasak atau terlalu aktif buat kerja... Tak sanggup nak hadapi kehilangan sekali lagi.



Doakan kepada aku dan baby dalam perut ni ye...

Monday, August 11, 2014

Throwback : Berbuka Puasa di Masjid

Bulan Puasa yang lepas kami sekeluarga memang takde pergi berbuka puasa diluar kecuali kalau ada majlis di office dan mewajibkan aku untuk hadir ke Majlis Berbuka Puasa. Tahun ni anak-anak dah besar, saja nak ajar dan bagi mereka rasa berbuka puasa di Masjid.

Pengalaman pertama aku berbuka puasa adalah semasa zaman Universiti. Masa tu memang aku teruja sangat sebab berbuka dan makan di dalam talam. Itulah pertama kali aku belajar makan dalam talam dan itulah pengalaman yang tak dapat aku lupakan sepanjang hayat aku. Ingatkan kali ni nak pula berikan pengalaman yang sama kepada anak-anak aku. Tapi hajat aku tak tercapai sebabnya masjid yang kami pergi menyediakan hidangan secara buffet. Kami terjah Masjid Kota Damansara je memandangkan masjid berhampiran takde buat majlis berbuka puasa.
Siap sedia dengan kuih dan air untuk berbuka

Menunggu masa untuk berbuka

Part yang paling kelakar ialah Zulqarnain tak puas hati sebab berbuka dengan kuih jer. Dia sanggup pergi balik kat khemah makanan untuk bertanyakan nasi. Bukan tak dihidangkan nasi tapi nasi akan dihidangkan selepas solat Maghrib. Kebiasaannya kat rumah dia akan terus makan nasi dan kami jarang beli kuih  jadi dia rasa pelik pulak sebab tak berbuka dengan nasi.. Huhu.. sekurang-kurangnya mendidik dia untuk lebih bersabar.. Makan sikit dulu, solat dan barulah makan nasi..

Tapi memang bagi pandangan aku bagus untuk bawa anak-anak dekat dengan masjid sejak dari kecil cuma kalau anak yang terlalu kecil takut mengganggu jemaah lain. Jadi kalau nak bawak pun kenalah pandai-pandai samada sembahyang di bahagian belakang atau berikan anak mainan yang boleh melekakan dia semasa menunaikan Solat.

Apap-apapun insyaallah tahun depan nak juga cari Masjid yang buat majlis berbuka puasa dengan makan dalam talam.. Kalau ada yang tahu boleh beritahu ye..


Saturday, August 9, 2014

Lemang satu kemestian

Setiap tahun kalau aku beraya dengan Mak aku lemang dan rendang memang menu wajib kami masak sehari sebelum Raya. Tapi tahun ni agak mencabar sebabnya cuaca yang terlalu panas sepanjang bulan puasa begitu juga semasa sehari sebelum berpuasa. Memang agak mencabar sebab memasak menggunakan dapur kayu bukan dapur gas.

Sebelum tu benda yang paling penting kena cari dulu iaitu buloh lemang. Bukan senang nak dapatkan buluh lemang ni walaupun aku duduk di kawasan kampung. Siapa pulak nak pergi menebang buluh. Baik beli je. Kebiasaannya kami beli buluh dari penjual lemang je tapi tahun ni memang ada orang menjual buluh lemang yang katanya buluh tu dari Pahang. Aku tak kisah asal usulnya janji tak payah nak bersusah payah masuk hutan cari buluh.
Ganas tak dia punya iklan..

Sesi memilih buluh lemang
Kami mulakan dengan memasak rendang ayam dan daging. Dua-duanya dimasak secara berasingan, cuma menggunakan bahan-bahan yang sama sahaja. Bila dah sebati baru kami asingkan kepada dua kawah. Satu untuk Ayam dan satu lagi daging, hati dan paru. Antara bahan-bahan yang dimasukkan adalah :-

1. Santan pekat
2. Bawang Merah (dikisar)
3. Cili kering (dikisar)
4. Serai (diracik dan ditumbuk lumat)
5. Daun Kunyit (diracik halus)
6. Kerisik
7. Garam Kasar

Sebelum diasingkan

Abang Ipar aku mengacau rendang

Satu Rendang Daging dan satu Rendang Ayam

Semua bahan-bahan ni aku tak reti sangat sukatannya sebab semuanya mak aku dah siap sediakan. Kami cuma perlu kopek dan kisar semua benda tu.

Selesai masak rendang, masa untuk melemang pula. Masa ni aku suami isteri dah kepenatan. Sebelum tu aku dah siap basuh pulut dan buluh lemang. Suami aku pulak tolong masukkan daun pisang dalam buluh tu. Bukan semua orang pandai masukkan daun pisang dalam buluh ni sebab kalau silap masuk, pulut akan terkeluar dari daun dan lemang jadi tak cantik. Suami aku belajar masukkan dari arwah Abang aku. Alhamdulillah ilmu tu dapat diperturunkan kepada suami aku.

Nak tengok cara macamana menyalur buluh lemang boleh tengok kat sini

ht

Ok nak kongsi apa bahan-bahan yang diperlukan bagi menghasilkan lemang yang sedap :-

1. Buluh lemang (aku beli RM 1.50 sebatang)
2. Daun pisang (ambik je kat belakang rumah)
3. Pulut (aku sarankan pakai pulut Siam Brand AAA) - memang sedap dari biasa
4. Santan (dari kelapa yang diparut sendiri bukan beli santan kilo)
5. Garam kasar (*mak aku memang masak lemang pakai garam kasar. Tak silap rasanya supaya lebih sedap)

Bakar lemang guna api merendang tadi

Tukang jaga api

Paling penting pastikan cara pembakaran yang betul supaya lemang tak berkerak. Kali ni memang cepat betul habis. 10 batang hari raya pertama dah licin. Yang paling terkejut Abang Ipar aku boleh habiskan sebatang lemang sorang-sorang masa malam raya lagi....

Kalau rajin nak melemang lagi sebab tak puas makan hari tu tapi tak tahu bila masanya.....

Thursday, August 7, 2014

Simpan kenangan Raya dengan Photobook

Setiap kali Hari Raya mesti menjadi acara wajib mengambil gambar bersama keluarga. Memang satu kewajipan sejak aku kecik aktiviti ni kami buat tapi tak tahu kemana perginya gambar-gambar tu. Tahun ni aku diperkenalkan dengan Photobook yang biasanya dipromosikan pada harga diskaun di Groupon. Aku dah beli beberapa voucher dan ada yang dah redeem, ada juga yang expired dan ada juga yang masih belum di redeem.

Jadi untuk mengelakkan voucher aku ni expired, baik aku buatkan Photobook sempena Hari Raya ni. Memandangkan kami beraya di 2 kampung, jadinya kenalah ada 2 photobook berasingan sebab kalau buat dua-dua dalam satu photobook confirm tak muat nak masukkan semua gambar dalam satu album je.

Inilah dia 2 photobook yang aku buat

Riang Ria Raya di Selangor

Riang Ria Raya di Kelantan

Kalau ada yang teringin nak buat photobook macam aku ni bolehlah klik pada banner kat sebelah tu.. Memang puas hati sebab photobook ni hasil air tangan sendiri. Nak design macamana pun boleh...






Tuesday, August 5, 2014

3rd Giveaway : Pinafore Skirt


Terima kasih KasutKaca15. Semoga Murah Rezeki Saya di Bulan Syawal Ini. 
Amin.....

Monday, August 4, 2014

Sakan Beraya...

Tahun ni aku rasa sakan betul beraya sebabnya bercuti seminggu sempena Aidilfitri tahun ni. Walaupun tahun ni beraya di rumah Mak aku dulu, pulang ke kampung adalah satu kemestian setiap tahun.

Alhamdulillah tak pernah bergaduh nak balik mana dulu. Ikut turn masing setiap tahun kecuali dalam tahun ada beberapa sebab yang tertentu.

Balik ke Kelantan raya ketiga dan baru sampai dari Kelantan tengahari semalam. Tak sempat sampai rumah terus beraya ke rumah makcik-makcik dan rakan-rakan. Walaupun badan penat tapi seronok dapat jumpa sanak-saudara dan rakan-rakan sambil bermaaf-maafan.

Perkara paling aku suka setiap kali beraya adalah bila anak-anak aku duduk sama-sama dan bermain sama-sama. Ada juga aku saja ambik gambar bila diorang bermain bertiga bila beraya.. Aku share apa yang ada dlm handphone aku dulu. Nanti aku update gambar yang lain pulak.


Bila beraya rumah sedara memang mainan yang akan dicari. Kali ni dapat main play dough ice cream.. Masing-masing belajar hasilkan icecream sendiri.





Sempat beraya 4 buah rumah semalam... Bersampung hari Sabtu ni... Hari kerja dan sekolah tak larat nak keluar lagipun Zulqarnain dah penat bersekolah. Biasanya lepas Maghrib dah tertidur...

Uols punya raya sakan jugak tak?



Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...