Friday, March 22, 2019

JJCM : Day Trip ke Melaka

Hari tu kebetulan keluarga mertua ke Melaka sebab nak ambik barang-barang adik ipar yang bongsu yang dah habis belajar. Kami pun tak lepaskan peluang nak berjumpa sebab kalau nak tunggu balik kampung memang kena cari cuti panjang baru boleh balik ke sana.

Pagi-pagi lepas Subuh dah keluar rumah. Tak lupa dah siap-siap masak nasi lemak memandangkan jumlah ahli keluarga yang ramai. Senang sebab leceh nak cari kedai makan pagi-pagi ni. Keluarga mertua ambik homestay kat Merlimau. Kami terus ke sana dan bersarapan nasi lemak yang kami bawak.

Lepas sarapan pergi jalan-jalan kat Bandar Melaka. Kami bawa mak dan bapa mertua manakala adik ipar naik kereta satu lagi.

Kami terus cari Cendol viral kat Melaka ni, Cendol Kg Hulu. Adik ipar pusing dulu shopping kat Bandar Melaka. Memandangkan kami bawa orang tua dan anak-anak yang berderet memang takdelah nak bershopping bagai. Pergi terus destinasi tujuan.

Ini antara cendol yang kami order. Cendol Mangga, Cendol Dragon Fruit, Cendol Durian dan Cendol Biasa.

Ada macam-macam jenis cendol sebenarnya. Tapi yang paling tak boleh lupa ialah cendol durian. Memang teringat-ingat dibuatnya.

Cendol Mangga

Cendol Dragon Fruit

Cendol Durian

Memandangkan kami sampai awal dalam pukul 11 pagi, masih banyak tempat kosong lagi. Menu makanan pun takde lagi. Ada roti john je.

Order Roti John Cheese. Memang sedaplah tapi makan cendol je pun dah penuh perut rasanya. Sebab cendol tu ada banyak kacang merah. Anak-anak tak makan, jadi maknyalah yang kena makan kan. Membazir kalau buang.. hahahaha.. statement..


Roti John Cheese

Siap pakai payung sebab kesian dekat mertua panas. Kami anak beranak ok je duduk tengah panas ni.



Anak-anak sibuk nak naik jambatan kat belakang tu. Kebetulan nak Tahun Baru Cina, jadi banyak hiasan tanglung dan lampu warna merah sepanjang jambatan tu. Ambil gambar dah memang wajib sebagai kenangan pada masa akan datang katanya.


Lepas makan cendol bergerak ke Pantai Klebang. Tujuannya nak lepak-lepak tepi pantai je. Nak makan coconut shake dah tak boleh masuk dah. Sebelum sampai Pantai Klebang jumpa dengan Muzium Kapal Selam, singgah sekejap tapi hanya aku dan anak-anak je yang turun sebab ibu dan bapa mertua tak larat nak berjalan banyak.

Ni harga tiket masuk ke Muzium Kapal Selam :-

Dewasa - RM 5
Kanak-Kanak - RM 2

Kat situ hanya ada sebuah kapal selam dan 2 jet pejuang. Memandangkan cuaca yang panas berdenting, memang takdelah nak berjalan-jalan sangat kat situ. Mula-mula masuk dalam kapal selam tu. Dalam tu ada aircond jadi sejuk sikitlah. Dalam kapal selam tu ada patung-patung orang yang konon-kononnya tengah bekerja. Siap ada bunyi dalam tu untuk menunjukkan suasana sebenar dalam kapal selam tu.  Untuk pengunjung, ada jalan masuk dan keluar kapal selam tu berbeza sebab laluan hanya boleh muat seorang je. So, takde masalah nak bertembung bila keluar dan masuk.

Bila dah seround jalan dalam kapal selam tu, kami turun dan tengok jet-jet pejuang yang ada diruang pameran. Yang ni outdoor, jadi terasa kepanasannya memandangkan lokasi pun di tepi pantai. Selesai pusing-pusing kami pun terus bergerak ke Pantai Klebang menikmati angin pantai katanya...

Poyo sangatkan.. padahal dekat Bachok ada je suasana macam tu. Tapi saja nak menghabiskan masa dengan keluarga dekat sana. Itu yang ramai-ramai lepak tepi pantai. 

p/s : Penulisan hanya sebagai kenangan bersama anak-anak. Bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk.