Monday, May 11, 2020

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini cheesekut sempena bulan Ramadhan Al Mubarak ni.

Kenapa Mini Cheesekut? Sebab diisi dalam bekas kecik² bagi mudah makan dan tak membazir. Sebelum ni pernah buat guna resepi yang sama tapi masukkan dalam bekas empat segi besar.

Mini Cheesekut
  Ramai pulak bertanyakan resepinya. Macam biasa resepi cedok dekat youtube. Mana jadi kita simpan sini untuk rujukan diri sendiri.

Bahan-Bahan :-
1. 250gm Tartura Cheese
2. 1/2 tin susu pekat
3. 2 sudu besar susu cair (freshmilk atau susu tin)
4. Biskut Lemak Hup Seng
5. Susu cair untuk celup biskut
6. Nestum (tak letak pun ok)

Cara-Cara :-
1. Campurkan Bahan 1-3 di dalam bekas. Gaul pakai senduk bagi sebati. Kalau nak pekat kurangkan susu cair tapi kalau suka tekstur cair tambah susu cair.

2. Ambil bekas yang nak diisi. 

3. Celup biskut dalam susu sebelum disusun ke dalam bekas untuk layer pertama. 

4. Kemudian ambilkan campuran cheese tadi dan lapiskan bahagian atas biskut. Ratakan bagi semua bahagian kena cheese tu.

5. Dah rata taburkan Nestum ke atas lapisan cheese tu. Kalau takde Nestum, hancurkan biskut Hup Seng tu dan taburkan atas lapisan cheese tu.

6. Ulang langkah 3 sehingga bekas penuh. 

7. Pastikan lapisan terakhir adalah lapisan cheese yang ditabur Nestum atau serbuk biskut.

8. Siap
8 bekas mini cheesekut leleh
Cheesekut yang dibuat dalam bekas besar


Nampak sikit je kan bila isi dalam bekas kecik² tu tapi sebenarnya lapisan cheese setiap satu tu banyak. Terpulanglah kalau nak kuantiti banyak kurangkan cheese di setiap lapisan.

Selamat Mencuba

Friday, May 1, 2020

Apam Nasi MCO

Pertama kali buat apam nasi. Dapat resepi pun dari member se'uni' juga. Cik Bada yang rajin bab masak memasak dan juga jahit menjahit.


Jomlah kita kongsikan bahan dan cara membuatnya supaya lepas ni kalau nak buat boleh korek balik dekat sini.

Bahan-Bahan & Cara-Cara :
1 cawan nasi sejuk
2 1/2 air suam
1 1/2 cawan gula

Blend sebati bahan-bahan ni dulu.


2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 peket yis mauripan

Kacau kesemua bahan diatas bersama-sma kemudian masukkan sedikit garam dan kacau sebati. Saya letakkan pewarna masa ni sebab resepi yanh diberi tak bagitau masa bila letak pewarna 😊

Kemudian selama sejam dalam bekas yang bertutup rapat. Saya perap dalam bekas pengukus bahagian bawah tu sebab biasa nampak mak buat apam perap guna bekas tu.

Dah perap, bolehlah masuk dalam acuan. Memandangkan tak jumpa acuannya saya pakai bekas buat dadih je. Tapi sebelum tu letakkan minyak dalam setiap bekas supaya tak melekat.


Ok Selamat Mencuba. Nak pergi masak menu berbuka pulak.

#catatan Ramadhan ke8


Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...