Sempena cuti Hari Buruh lepas berkesempatan bercuti dengan keluarga sebelah suami ke Melaka. Memang percutian yang tidak dirancang lebih awal. Kalau ikutkan aku setiap percutian kena ada perancangan awal terutama dari segi tempat yang nak dilawati dan juga tempat makan-makan yang best di sekitar kawasan percutian.
Posing sebelum bertolak |
Bertolak pada hari Sabtu, keadaan jalan
memang agak sesak memandangkan cuti hujung minggu yang agak panjang.
Sebelum ni memang ada plan nak ke Nilai 3 untuk beli langsir rumah
memandangkan saiz tingkap yang dah berubah. Untuk pengetahuan langsir
yang ditempah di Nilai 3 boleh siap dalam masa 1 jam dengan harga yang
berpatutan. Jadi, dalam perjalanan ke Melaka kami singgah ke Nilai 3
untuk melengkapkan segala hajat membeli semua benda yang kami nak. Apa
yang aku beli di Nilai 3 nanti aku update dalam entri akan datang je..
Sampai
Melaka dah hampir waktu Maghrib, jadi sampai hotel terus tak keluar dah
sebab makanan dah beli siap-siap sebelum sampai hotel. Badan pun dah
keletihan, jadi sambung aktiviti esok hari jelah..
Kalau dah cuti panjang macam ni jangan harap dapat parking dekat dengan destinasi yang nak dituju. Setelah beberapa kali pusing mencari parking kami buat keputusan untuk parking di dalam bangunan Dataran Pahlawan dan berjalan kaki ke tempat Cruise. Agak jauh perjalanannya dengan anak-anak tapi seronok sebab dapat lihat gelagat para pelancong dan juga keindahan pemandangan negeri Melaka. Macam biasa sepanjang perjalanan sibuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.
Walaupun agak jauh berjalan, akhirnya sampai juga ke destinasi yang dituju. Iaitu Melaka River Cruise. Harga tiket untuk dewasa RM 15.90 manakala untuk kanak-kanak RM 5.30 seorang. Jadi total untuk kami sekeluarga RM 47.70. Setiap tiket dewasa akan dapat sebotol air mineral dan sepeket chocolate cookies. Bagus juga sebab boleh makan sepanjang perjalanan.
Tiket Melaka River Cruise |
Sewaktu menunggu bot sampai |
Kami |
Apa yang aku tak berapa gemar adalah bau air yang sangat kurang menyenangkan. Setiap kali terkena percikan air mesti rasa nak menjerit sebab umpama kena simbah dengan air longkang. Apa-apa pun anak-anak enjoy naik cruise ni walaupun sebenarnya dah pernah naik.
Destinasi seterusnya adalah menaiki menara Taming Sari. Dari Melaka River Cruise ke Menara Taming Sari kami anak-beranak naik beca. Suami aku dan adik ipar aku jalan kaki jer. Kalau nak ikutkan dekat je kalau berjalan kaki tapi disebabkan anak-anak aku dah sibuk sangat nak naik beca, jadi ikutkan jugaklah kehendak anak-anak. Lagipun bukan selalu pun.. Tapi bagi aku agak mahal caj yang dikenakan oleh pembawa beca tu. RM 15 satu beca tapi tak pusing semua tempat. Serik pun ada rasanya nak naik beca ni sebab rasa tak berbaloi.
Kami dan beca Minion |
Memandangkan kami sekeluarga dah pernah naik dan bilangan pengunjung
yang terlalu ramai dan kena beratur panjang, aku dan suami buat
keputusan kami hanya menunggu kat bawah sementara mertua dan adik-adik
iparku naik. Anak-anak sempat main permainan ni di dataran Menara Taming
Sari tu. Lebih kurang macam kereta langgar.
Lepas selesai aktiviti di bandar Melaka, kami bergerak ke Pantai Klebang untuk menikmati Coconut Shake yang sangat famous tu. Tapi macam biasa orang memang sangat ramai. Kami hanya singgah di kawasan pantai yang baru ditambak dan dijadikan kawasan rekreassi yang sangat selesa. Di situ ada juga gerai Coconut Shake Original, jadi kami hanya tapau dan minum dalam kereta sahaja. Kebetulan di tepi pantai tu ada aktiviti Go-Kart yang menjadi aktiviti kegemaran aku sekeluarga. Memandangkan hanya Zulqarnain yang badan besar, dia je yang boleh naik sendiri. Iqbaal dan Fiqar kena berganti-ganti naik dengan aku. Ayahnya pulak tolong jaga Fiqri. Bayaran untuk satu Go-Kart RM 15 untuk sebuah sebanyak 7 kali pusingan.
Selesai aktiviti di Pantai Klebang, kami balik hotel dan lepak sampai ke malam. Anak-anak pun dah kepenatan selepas seharian beraktiviti. Esoknya balik dan singgah di Nilai 3. Tunggu next entry shopping di Nilai 3 pulak....