Lama tak masuk pertandingan memanah dek kesibukan kerja. Hari ni berpeluang sertai Pertandingan Memanah Santai anjuran Ikhwan Archery sempena Karnival Perkahwinan Perdana 2018.
Pertama kali sampai ke sini. Memang feel dia berbeza sangat. Perasaan teruja tengok booth-booth yang ada. Paling best adalah booth Penternakan dan Pertanian. Anak-anak diajar secara teori dan praktikal untuk menternak dan bercucuk tanam disamping diajar ilmu agama.
Mini reban |
DIY Incubator guna peti ais terpakai |
Berbalik pada citer pertandingan memanah, dibahagi kepada 2 kategori iaitu wanita dan lelaki. Kategori lelaki bertanding dalam Ikhwan Archery ( beraircond) manakala lelaki di kawasan letak kereta di sekita kawalan Global Ikhwan.
Peserta perempuan tak ramai hanya 10 orang sahaja. 4 orang penyertaan luar dan 6 adalah ahli Global Ikhwan.
4 orang peserta luar |
Dengan Ikin |
Apa-apapun memang santai aktiviti hari ni. Anak-anak pun seronok ada macam-macam aktiviti kat sini.