Friday, February 28, 2014

Photobook : Pengalaman Pertama

Ini pengalaman pertama aku beli voucher photobook di Groupon. Sebelum ni pernah juga nampak beberapa offer mengenai photobook tapi selalu tak ambil kisah. Kebetulan beberapa hari kebelakangan ini aku rajin pulak blogwalking nampak pula posting rakan-rakan yang dah ada pengalaman berphotobook. Jadi hari ni dengan penuh semangat mencari voucher yang ada. Dan akhirnya terjumpa kat SINI



Harganya hanya RM 5 untuk 16 muka surat photobook. Aku dengan tamaknya membeli 3 sekaligus memandangkan anak aku ada 3 orang, jadi satu photobook untuk setiap anak. Tak payah susah nak beli album dan print gambar kat kedai gambar. Segala-galanya dihujung jari je..

Punyalah aku tak sabar, lepas beli terus siapkan photobook untuk anak ketigaku.. Berjam-jam jugak nak siapkan satu photobook tu sebab nak mencari gambar-gambar yang sesuai yang menyebabkan banyak masa diambil. Lepas siap aku terus je hantar secara online seperti arahan yang diberikan. Rupanya aku ni tak baca betul-betul sebab harga RM 5 tu belum masuk kos pos iaitu lagi RM 8... Hahaha.. kiranya jumlah kos untuk satu photobook RM 13..

Jadi aku kena tunggu 7 hari bekerja untuk memastikan photobook yang pertama sampai betul-betul di depan pintu. Harap-harap cantiklah.. Sementara menunggu bolehlah aku buat lagi 2 photobook untuk 2 lagi anak bujangku.. Kalau ok bolehlah buat untuk setiap percutian bersama keluarga sbb kalau simpan dalam komputer alamatnya memang takdelah nak menengok-nengok banyak kali kenangan yang lalu...


Nilah cover photobook yang aku buat. Aku ni bukanlah orang yang kreatif nak menggodek benda-benda tu.. Jadi aku rasa setakat ni yang mampu aku buat. Insyaallah photobook akan datang akan cuba tingkatkan mana-mana bahagian.. Huhu



Sunday, February 23, 2014

Sepupuku Kahwin

Dah lama rasanya tak diadakan majlis perkahwinan dalam keluargaku ni. Kalau ikutkan adik beradik aku semuanya dah habis kahwin. Jadi memang terasa best pulak bila dapat tahu sepupuku ni nak kahwin.

Sepupu aku lelaki. Kiranya minggu ni kami sebagai rombongan menghantar je. Takde nak sibuk-sibuk dengan segala persiapan bagai. Nikah dijalankan di Masjid je..


Aku tak ambik gambar kedua-dua mempelai sebabnya malas nak bangun bila dah duduk bersila tu. Jadilah ambik jelah gambar dicelah-celah kepala orang kan... Sebelum nikah jenuh dengar khutbah dari Tuan Imam. Nasib baik masa aku kahwin takdelah kena khutbah panjang berjela macam tu...


Sambil-sambil tunggu khutbah, sempat juga snap gelagat sedara mara yg lain. Yg baju biru tu pun tunggu dapat lampu hijau je tu...(nak kahwin)


Inilah dia pengantin merpati dua  sejoli tu. Dua-dua cute je.. kalau jalan kat luar mesti orang ingat budak sekolah. 

Tapi sebelum tunggu majlis tadi sempat juga merayau kat sekeliling kawasan. Lupa lak nak bagitahu yang majlis diadakan di Laman Pengantin di di Taman Melawati. Mudah dan sesuai  untuk diadakan majis-majlis perkahwinan sesuai dengan namanya.


Anak-anak sempat merayau di sekitar kawasan dan terjumpa ATV yang memang menjadi idaman suamiku untuk memiliki ATV ni. Insyaallah suatu masa nanti.

Nilah sebahagian keluarga pihak lelaki yang hadir. Ada tu yang dah balik awal mungkin ada urusan lain. Apa-apapun memang bergegar pelamin dengan kami beraksi di atas pelamin.


Sebelum balik nilah gelagat masing-masing. Minggu depan pulak turn kami pulak (pihak lelaki). 

Ok.. ni jelah entri kali ini. 



Friday, February 21, 2014

Kali ke 4 merasainya

Alhamdulillah kerana diberikan peluang buat kali ke 4 untuk merasai menikmati tempoh mengandung. Mula-mulanya tak berhasrat untuk menulis mengenainya di sini. Tapi rasa seperti tak adil pada si kecil yang ada kat dalam ni.


Memandangkan aku 'peot' setiap bulan adalah tetap, maka bila lambat 2 atau 3 hari aku dah suspek yang aku pregnant. Tak puas hati aku tunggu dalam seminggu sebelum buat ujian sendiri. Memang betul sangkaan aku. Sbb inilah hasil ujian tu.

Syukur sangat-sangat atas anugerahNYA. Moga aku dapat menjaganya sebaik mungkin. Buku 'pink' pun dah buka semalam sambil bawak mak pergi check up.

Harap-harap tempoh 9 bulan akan datang akan memberikan kebahagian kepada kami sekeluarga.

Sunday, February 16, 2014

Banana Cheese @ Pisang Berkeju

Pernah terbaca dalam blog sahabat sebelum nu mengenai Pisang Berkeju. Nampak menarik tapi tak berkesempatan nak buat walaupun sebenarnya sangat mudah untuk membuatnya.

Petang ni berjaya juga menjumpai dan merasai keenakan Pisang Berkeju ni. Tengok je pun dah menyelerakan. Inikan pula dihidangkan panas-panas waktu petang.


Nampaknya anak-anak suka makan. Jadi menjadi tugas Ummi untuk belajar cara-cara membuatnya. Kalau nak beli sepinggan sorang boleh tahan juga harganya. Yang ni RM 4 sepinggan. Kalau buat sendiri banyak boleh jimat dan semuanya terjamin dari segi kehalalan dan kebersihan.


Ni pulak reaksi anak-anak sebab tak boleh makan lagi sebab Ummi nak ambil gambar dulu. Nampak tak muka masing-masing macam tak puas hati je.


2 keping terakhir... tak berani nak ambil sebab anak-anak suka. Sebelum nak buat kenalah tahu resepinya. Saya cuba cari resepi yang paling mudah. Bagi yang nak cuba mungkin boleh cuba resepi ni.

Resepi dari SINI


Bahan-bahan wajib

1 bungkus Tepung Goreng pisang adabi
1 buku cheese cheddar
1 tin susu manis
1 atau 2 gelas air 

Cara membuatnya

Senang je....buat adunan untuk buat goreng pisang biasa.....
Tapi pastilah cair ok.....

Dah siap susun pisang goreng dalam pinggan dan letak susu manis tadi......

Lepas tu parutkan chesse cheddar di atas pisang goreng tadi...hihihi....

Wednesday, February 12, 2014

Cash Flow Game. Siapa pernah main?

Pernah dengar mengenai Cash Flow Game by Robert T. Kiyosaki? Aku dah lama dengar pasal game ini. Tapi tak berkesempatan untuk dapat bermain game ni. Sekarang ni game ni ada dalam versi Bahasa Melayu. Mudah untuk aku bermain dan faham setiap arahan yang ditulis di situ.

Hari ni aku berpeluang sertai Program Garaj Wang yang dianjurkan oleh Abang Abu pakar kewangan yang terkenal. Walaupun tanpa kehadiran Abang Abu, tapi aku rasa ilmu yang disampaikan amat memberi manfaat kepadaku.


Rupanya melalui permainan ini dapat menunjukkan karakter sebenar kita diluar. Bagaimana kita menguruskan kewangan kita dan juga pelaburan dan harta yang dimiliki.

Semasa permainan ini aku diberikan profesion Jururawat sahaja. Walaupun gajinya kecil, perbelanjaannya pun agak kecil kalau nak dibandingkan dengan jawatan-jawatan lain seperti Doktor, Juru Terbang dan sebagainya. Bak kata orang "Kalau Besar periuk, maka besar jugalah keraknya".

Oleh itu sangat perlu bagi aku untuk mengubah persepsi ini walaupun ada banyak kebenarannya. Bahagian yang lagi seronok dalam permainan ini adalah apabila terkeluar dari lingkungan rat race. Nak tahu bagaimana nak keluat dati rat race?

Jom kita sama-sama belajar bagaimana cara permainan yang betul dengan sertai Program Garaj Wang yang terdekat. Bagi yang berminat boleh hubungi 012-373 5225 untuk maklumat lanjut.

Insyaallah lepas sertai program ni kita lebih jelas dengan matlamat kewangan kita.

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...