Bermula tahun ni dia memang dah berjinak-jinak dengan aktiviti memanah. Siap ada panah dan anak panah sendiri lagi. Targetnya untuk belajar adalah untuk mengajar anak-anak secara khususnya dan kepada masyarakat secara umumnya.
Memang sesuai dengan keluarga aku yang ada 3 orang anak lelaki. Bolehlah nak ikut jejak langkah ayahnya dalam sukan memanah. Selain pergi belajar dengan jurulatih, suami juga ada berlatih di rumah. Dah tentu bukan dalam rumah lah.. Dekat halaman rumah kami.
Semoga impian suamiku menjadi jurulatih tercapai pada tahun 2015.
Aminnnn...
waa..menarik sgt ni..bkn semua bdk suka sukan memanah ni..
ReplyDeletenk kena ada teknik
lya zaman skolah dulu aktif sukan memanah..silap teknik..habis luka kat lengan