Tuesday, September 20, 2016

Bunga Ros Jepun : Kembang Mekar

Asalnya ditanam hanya dari keratan batang. Dibeli secara online dek kerana kecantikannya yang tak terhingga. Terdapat berbagai warna yang ada. Aku beli 20 warna tapi memandangkan aku campur semua keratan batang, maka tak dapat nak tahu batang tu akan keluarkan warna apa. Hanya tunggu bila ia berbunga je.

Terdapat 2 jenis daun. Ini aku sempat ambil gambar untuk yang berdaun kecil atau halus-halus. Bunganya juga ada dua jenis iaitu yang banyak kelopak dan sedikit kelopak. Untuk bung yang kelopak sedikit, hanya ada 2 warna yang dah berbunga.
Nak tunggu lagi 13 warna lagi. Nanti bila bunga dah leluar boleh update kat sini lagi.


No comments:

Post a Comment

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...