Monday, May 5, 2014

Bila besar nanti.....



Apa cita-cita aku masa kecik-kecik? Masa dulu-dulu aku memang bercita-cita untuk menjadi seorang peguam. Apakan daya bila dah membesar ni seiring dengan ilmu yang dipelajari semasa zaman Universiti tidak melayakkan aku untuk menjadi seorang peguam. Tapi sekurang-kurangnya aku berjaya kerja di salah sebuah firma guaman walaupun hanya sebagai seorang kerani.

Pentas Utama
Tapi entri ni bukan nak cerita pasal aku, tapi pasal anak keduaku Muhammad Zul Iqbaal yang baru berusia 6 tahun. Semalam tadikanya ada menganjurkan Pertandingan ' What I want to be' untuk semua pelajar berumur 5 & 6 tahun. Jadi aku tidak melepaskan peluang untuk berikan pendedahan kepadanya supaya berani berucap di hadapan orang ramai. Jangan jadi macam aku yang takut bila diberikan microphone.. Anakku telah memilih untuk menjadi Jurutera. Sebab pemilihannya adalah dia dah dengar rakan-rakan sekolahnya menghafal skrip tersebut, jadi kami ikutkan jelah kemahuan dia.

Ada gaya jurutera tak?

Sebenarnya nak suruh dia menghafal skrip sekejap je dah boleh hafal. Maklumlah budak-budak. Kalau orang tua macam aku ni mesti ambik masa 2 @ 3 hari nak menghafalnya. Cuma nak bagi lancar je skrip yang ada. Memandangkan kami sekeluarga demam, memang aku takde buat latihan. Persediaan semua last minit. Ingatkan nak cari kasut macam Phua Chu Kang warna kuning tu tapi tak jumpa.. Jumpa kasut ala-ala kontraktor tu pun dah kira bagus. Malam sebelum kejadian kelam kabut cari baju ( cari baju Sekolah warna putih) dan kertas Manila. Apa kegunaan kad Manila tu nanti tengok dalam video..


Tambahan props yang kecik-kecik tu atas usaha suamiku juga. Dia pun excited nak suruh anak dia buat yang terbaik semasa persembahan nanti. Target supaya Iqbaal tak gugup/nervous je... Lancar ke tidak itu lain cerita. Yang penting dia dah belajar untuk bercakap depan orang ramai dan menggunakan microphone sebaik mungkin.

Memang sangat-sangat berbaloi kami buat latihan malam tu dan pagi sebelum tu... Alhamdulillah apa yang kami suruh dia buat. Cuma ada beberapa bahagian yang dia terlupa buat. Yang penting kami puas hati dengan persembahannya dan tak sangka dapat tempat kedua bagi kategori 6 tahun. Aku rasa salah satu sebabnya adalah anak aku menggunakan semua props sebaik mungkin tapi peserta yang lain ada props tapi tidak menggunakannya.
Bergambar dengan Teacher Liza
Apa-apapun hilang rasa tekanan bila selesai persembahan. Anak-anak yang buat persembahan tapi ibu bapa pula yang nervous terlebih... Nampaknya setiap tahun kami menggondol hadiah setiap kali aktiviti/peraduan dianjurkan.  Macam tahun lepas anakku Zulqarnain mendapat tempat pertama untuk kategori 6 tahun dalam pertandingan mewarna dan mendapat hadiah basikal manakala Zul Iqbaal mendapat tempat kelima bagi kategori 5 tahun. Tahun ni memandangkan hanya Zul Iqbaal je yang bersekolah di situ, jadi dapat nombor dua tu dah satu kejayaan besar bagi aku.

Insyaallah tahun depan giliran Zulfiqar pula.. Tapi dari pemerhatian aku, anak-anak memang kena diasah bakatnya. Macam Zulqarnain lebih kepada mewarna dan kekemasan manakala Zul Iqbaal lebih kepada bercakap dihadapan orang ramai. Nampaknya kami kena cari tempat yang sesuai untuk mengasah bakat yang ada..

No comments:

Post a Comment

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...