Tuesday, May 6, 2014

Salam Ulangtahun ke 7 : Muhammad Zulqarnain

Tanggal 6 Mei 2007 di awal pagi, aku dah mula merasakan tanda-tanda untuk bersalin. Sakit yang berulang-ulang kali menyerang aku dan memang aku tak boleh tidur kerana kesakitan itu. Selepas bunyi laungan azan Subuh, aku pun bangun untuk melakukan Solat Subuh. Tetapi seperti ketupanku telah pecah kerana terdapat cecair keluar. Aku pun mengejutkan suamiku dan terus mandi terlebih dahulu sebelum mengajak suamiku terus ke hospital.

Tahun 2012
Ketika tu kandungan baru mencecah 8 bulan.Orang kata, kalau umur 7 bulan ok kalau melahirkan tapi tidak pada usia 8 bulan. Aku pun mana tahu benda-benda ni semua. Lagipun ini pengalaman pertama aku. Sampai di Hospital Sg Buloh, aku terus dimasukkan ke bilik bersalin. Memandangkan awal pagi suasana agak tenang dan tidak ada ramai sangat ibu-ibu yang ingin melahirkan. Tepat jam 8.30 pagi aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel tanpa disaksikan oleh suamiku (bukan tak nak tengok tapi pihak hospital tidak membenarkan).

Walaupun usia anakku tidak cukup bulan, alhamdulillah tiada sebarang masalah yang dihadapi olehnya dan juga aku. Anakku juga tidak perlu dimasukkan ke dalam inkubator walaupun beratnya ketika dilahirkan hanyalah 2.1kg. Kecik je saiznya dan itu menyebabkan mudahnya proses kelahirannya. 

Tahun 2013

Hari ini genaplah sudah usianya 7 tahun. Semoga menjadi anak yang soleh dan beriman dan dapat menjaga adik-adik dengan sebaik mungkin. Moga Allah lindungi anak-anakku ini sepertimana Allah lindungi orang-orang yang soleh.

P/s : Cari gambar masa dilahirkan tak  jumpa.. Nampaknya kena korek semua album dalam laptop nanti.. Sempena ulangtahun ke 7 Muhammad Zulqarnain, kami nak pergi bercuti ke Legoland hujung minggu ni.. Ada sesiapa boleh bagi tips nak dapatkan tiket legoland murah?



No comments:

Post a Comment

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...