Monday, December 29, 2014

Cuti-Cuti : Lost World of Tambun (Part 2)

Sambungan dari Part 1. Sampai ke destinasi dalam pukul 11.30 pagi. Masa ni tak berapa ramai orang tapi nak beratur membeli tiket memang agak lama dan hampir setengah jam buang masa kat sini. Tapi bagusnya dia dah asingkan untuk pembelian tiket secara online/ejen atau pun secara tunai/kad kredit. Memandangkan aku tak sempat membeli tiket secara online, jadi aku kena beratur di kaunter tunai/kad kredit. Kalau tak silap kalau beli online ada diskaun lebih tapi sebab aku tak sempat nak menģgodek komputer, tak tahulah berapa harga tiket yang murah tu.

Beli tunai/kad kredit boleh juga dapat harga murah dengan syarat ada Kad Mesra Petronas. Berapa peratus diskaunnya aku pun tak pasti. Cubalah kira ikut resit ni. Jumlah harga tiket sahaja untuk 2 dewasa, 1 warga emas dan 3 kanak-kanak. Kanak-kanak yang tingginya 90cm ke atas kena beli tiket, kalau rendah dari tu masuk percuma. Anak-anak aku semua kena beli tiket sebab dah melebihi ketinggian.


Masuk dalam tu tak terus pergi mandi sebab tengok dalam jadual di Petting Zoo ada Racoon Feeding Show pukul 12 tengahari, jadi kami berjalan ke Petting Zoo dulu. Aku betul-betul puji dengan pekerja Housekeeping dia sebab jaga kebersihan di sekeliling Petting Zoo dengan baik sekali. Memang berbeza dengan zoo yang aku pernah pergi di tempat lain.

Disambut di pintu masuk
Lepas dah pusing keseluruhan Petting Zoo tu, kami pun ingat nak terus berjalan ke hadapan sebelum mandi, tapi kebetulan  ada train lalu. Tak tahu pun yang ada perkhidmatan train kat dalam ni. Memang rezeki kami sebab ada orang turun, jadi kami boleh naik train tu. Rezeki juga mak aku dapat keliling kawasan tanpa perlu berjalan kaki. Kesian juga dengan mak aku kalau takde train tu sebab kaki dia bukanlah kuat sangat nak berjalan jauh. Untuk makluman train ni PERCUMA ye.. nak naik banyak kali pun takpe, cuma nak beratur jelah di tempat menunggu. Di depan Petting Zoo tu kebetulan ada orang turun, jadi kami dapat naik. Kalau takde orang turun kami kena pergi beratur ke tempat menunggu yang agak jauh.


Lost World Petting Zoo

Jadual Animal Feeding Show

Posing berlatar belakangkan air terjun
Kami turun di Lost World Amusement Park. Kat sini ada permainan yang anak-anak boleh bermain. Permainan ala-ala dekat Genting Highlands tapi takdelah banyak sangat tapi anak-anak seronok main. Selain dari tu ada macam fun fair yang boleh menang Teddy Bear tu. Kitorang tak main yang tu sebab yang itu kena beli token. Anak-anak hanya bermain permainan yang ada kat situ je.

Dah puas bermain, kami beratur naik train balik. Dapat keliling seluruh kawasan Lost World of Tambun. Kami tak turun ke setiap station sebab anak-anak dah bising nak mandi-manda lagipun hari dah panas. Lebih baik bagi anak-anak berendam sebelum lebih banyak ragamnya.




Jadual Train

Berpisah train sebab dah penuh
Sepanjang naik train tu banyak tempat-tempat menarik dapat dilihat dan sebenarnya kalau nak turun pun boleh tapi kami tak turun. Hanya tengok dari jauh je dan yang mana sempat aku ambil gambar aku masukkan kat sini.

Tempat mendulang biji timah

Replika gajah

Kolam dan boleh buat aktiviti kat situ

Sampai tempat mandi, suami dan anak-anak pun bersiap tukar baju untuk mandi-manda. Aku memang tak mandi kat situ sebab kat rumah dah tanya dengan suami nak suruh aku mandi sekali ke tak. Memandangkan dia kata tak payah, jadi aku pun takde sediakan baju mandi untuk aku. Senang sebab kurang sikir baju nak kena bawak. Selesai uruskan anak-anak tukar baju dan masuk kolam, aku dengan mak aku mencari makan tengahari kat dalam tu. Untung kami dah pusing dengan train sebabnya dah tahu lokasi tempat makan yang ada. Pilihan takdelah banyak sangat tapi bolehlah untuk  mengalas perut sementara anak-anak habis mandi. Harga jangan tanya sebabnya di kawasan macam ni sudah tentulah harga agak tinggi. Pejam mata jelah masa bayar sebab bukannya selalu bawa anak-anak jalan-jalan. Aku dan mak dah siap-siap makan kat restoran. Untuk anak-anak dan suami aku tapaukan je. Kat situ banyak pondok-pondok tempat makan, jadi jangan risau pasal tempat makan. Dah penat main dapat makan dah tentulah licin semua benda yang aku beli.


Nasi goreng ayam

Licin semuanya

Habis makan anak-anak sambung mandi manda. Aku pulak sibuk cari hotel untuk kami tidur malam ni. Memang aku tak booking hotel awal-awal sebab tak tahu nak duduk hotel mana. Nanti aku buat entri lain untuk hotel.

Lepas siap mandi, hari pun dah hujan kami pun siap-siap nak check in hotel pulak. Yang penting anak-anak seronok bermain dan mandi manda hari ni.





No comments:

Post a Comment

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...