Saturday, June 28, 2014

Ramadhan datang lagi

Diam tak diam esok dah bermulanya puasa. Moga diberikan kesihatan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadah puasa ini. Dengan cuaca sekarang yang panas yang aku kira agak melampau, moga dapat memberikan kekuatan kepada semua umat Islam untuk melaksanakan puasa di sepanjang bulan Ramadhan.
Anak-anak dah merangka bagaimana Solat Terawikh akan dilaksanakan. Tahun lepas anak-anak kena dipisahkan untuk menunaikan Solat Terawikh sebabnya kalau ada sekali alamatnya banyak main jelah.. Sebab dia dua beradik pun boleh jadi untuk main-main. 

Tahun lepas...........

Nenek dengan Abang Zulqarnain ke Surau
Ayah dengan Zul Iqbaal ke Masjid
Ummi dengan Zulfiqar di rumah je..

Tahun ni anak-anak sendiri buat keputusan untuk buat pertukaran suka sama suka .....

Nenek dengan Zul Iqbaal ke Surau
Ayah dengan  Abang Zulqarnain ke Masjid
Ummi dengan Zulfiqar masih di rumah memandangkan adik masih kecil lagi..

Bab berpuasa pula nampaknya anak aku dua orang tu memang tak sabar-sabar nak laksanakan ibadah Puasa. Dari awal minggu lagi dah sibuk nak berpuasa. Harap-harap mereka dapat melaksanakan ibadah puasa walaupun dah penat bersekolah. Cabaran juga nak kejutkan bangun Sahur dan menanti waktu berbuka bagi aku.

Macamana dengan kawan-kawan yang lain? Moga kita dapat perbanyakkan ibadah untuk Ramadhan kali ini. Mohon dan maaf jika ada salah dan silap. Mana tahu terkasar bahasa dan terguris perasaan sepanjang penulisan aku di blog ini.


Wednesday, June 25, 2014

Sepantas Kilat

Semalam aku terlebih rajin pergi mencari baju raya. Tapi bukan pergi shopping kompleks tapi menghadap depan komputer jer. Memang malas sungguh nak pergi cari baju ni.. Paling senang cari kat internet je. Sekarang ni dah banyak pilihan baju yang ada. Terpulang pada tuan punya badan sesuai dengan citarasa atau tak.

Semalam sempat order sehelai Jubah dan seluar Palazo di lelong. Bukan maksudnya aku pergi jualan lelong ye. Aku selalu gak singgah sini nak dapatkan harga yang murah. Kena rajin survey sebab ada barang yang memang murah dan ada jugak sama je dengan harga kat luar. Semalam order hari ni dah dapat. Memang pantas servis yang diberikan. Sebelum ni memang tak pernah beli jubah atau baju kurung siap secara online sebabnya tak tahu nak ukur saiz badan sendiri. Ini pun percubaan kali pertama, kalau ok bolehlah beli je terus secara online.   

Aku beli kat JF Boutique secara online.  Tapi aku tak beli direct kat situ sebab bila banding harga, beli dekat  lelong lagi murah. Kat situ memang banyak pilihan jubah. Tapi aku takut nak beli jubah lycra sebab nampak bentuk badan. Tapi tak silapnya ada jenis kain lycra yang tak mengikut bentuk badan.

Invoice
Nilah jubah yang aku berkenan tu. Jenis kain chiffon. Harap-harp muatlah hendaknya. Tapi ni bukan baju Raya hari pertama sebab tema tahun ni warna pink, jadi aku kenalah cari warna pink juga. Ni mungkin boleh pakai untuk raya kedua atau ketiga. Orang perempuan mana boleh ada sehelai je baju raya. Kalau boleh seminggu nak pakai baju baru..

Jubah pilihan

Nanti bila free nak cari lagi baju-baju atau jubah yang cantik dan harganya berpatutan. Dah lama rasanya tak beli baju baru. Pergi kerja pun asyik pakai baju yang sama je. Sekali-sekala laburkan sikit untuk diri sendiri.  

Tuesday, June 24, 2014

Dah beli baju Raya ke belum?

Tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan. Macamana dengan semua persiapan menjelang Ramadhan dan juga Hari Raya yang akan datang? Alhamdulillah tahun ni semuanya aku dah beli siap-siap sebelum masuknya bulan Ramadhan untuk suami dan 3 hero-hero kecil aku. Minggu lepas kebetulan jalan-jalan di shopping kompleks terjumpa dan terbekenan dengan material dan warna baju Melayu untuk anak-anak dan suami. Sudah semestinya warna sedondon kami pilih. Tahun ni tema pink, tak rancang langsung nak warna apa tapi kebetulan jumpa warna pink dan semua saiz ada. Jadi aku malas nak fikir lebih panjang dan banyak membuang masa terus buat keputusan untuk membeli.

Baju T-shirt dan seluar anak-anak dan suami untuk dipakai masa Hari Raya pun dah siap beli masa ada sales dekat The Store. Cuma tinggal kasut je belum beli. Kiranya dah lega tak perlu nak bersesak masa bulan Ramadhan untuk mencari baju raya lagi.

Sekarang masa untuk aku mencari baju raya untuk diri sendiri pulak. Hari tu ingatkan nak cari sekali tapi biasalah kalau bawak anak-anak memang tak dapatlah aku nak membelek baju-baju yang berkenan. Lagipun bila aku tengah membelek mesti diorang pun sibuk nak belek manik-manik yang ada kat baju. Sampai kena tegur pulak dengan orang kedai tu. Dari aku kena bayar baju yang aku tak nak beli, baik awal-awal aku keluar. Keputusannya aku akan pergi cari sendiri sorang-sorang nanti bila free.

Semalam berbual dengan suami kat meja makan. Cakap pasal persiapan Hari Raya untuk suami dan anak-anak dah selesai, tinggal aku punya je belum selesai. Suami siap pesan baik pergi cari sebelum Ramadhan supaya bulan Ramadhan nanti boleh beri tumpuan sepenuhnya untuk menunaikan ibadat. Jadi jenuh hari ni aku jalan-jalan depan komputer mencari baju yang berkenan. Letih mata memilih baju yang ada pelbagai design, corak dan warna. Harap-harap dapat bertemu pilihan hati disamping warnanya mestilah sedondon kannnn....

Kalau ada sesiapa boleh bagi link yang ada offer baju cantik-cantik dengan harga yang berpatutan, bolehlah share link tu kat aku. Biar banyak pilihan senang nak bandingkan harga nanti.

Warna Tema tahun lepas



Friday, June 20, 2014

Penerbangan bersama Firefly

Nak ikutkan cerita ni dah basi dah. Ni cerita masa balik kampung hari tu yang kami sekeluarga naik Firefly. Kampung takdelah jauh kalau naik kapal terbang, ambik masa sejam jer. Cuma yang lamanya menunggu nak naik kapal terbang tu je yang banyak buang masa. Tapi dengan firefly tak perlu datang awal sangat. Bagi yang dah buat web check in dan takde beg nak dimasukkan dalam perut kapal terbang hanya perlu sampai 10 minit sebelum pintu ditutup dan bagi yang ada beg nak dimasukkan kena ada 30 minit sebelum pintu tutup.

Bagi anak-anak ni bukan kali pertama tapi tahun ni baru kali pertama kami balik naik kapal terbang. Alhamdulillah selamat perjalanan pergi dan balik kami. Kami hanya bawa satu beg je untuk pakaian seramai 5 orang dan selama 5 hari. Nasib baik dalam kategori had yang dibenarkan. Kalau tak jenuh nak bukak balik beg dan keluarkan muatan yang terlebih tu. Berat maksimum 32 kg untuk satu beg. Walaupun kami boleh bawak sampai 100 kg, setiap beg kena ikut syarat yang ditetapkan. Bila balik lalgi berat tak silap dalam 32.6kg juga. Nasib balik lebih 600gram diorang masih terima.

Berat Bag kami
 Bermonopod kami masa menunggu pintu dibuka. Yang kelakarnya orang belakan tengok kami bermonopod dia pun sibuk keluarkan monopod dia. Tapi memang happening suara kami sekeluarga bermonopod. Ini pertama kali bermonopod, jadi macam excited terlebih gitu... Hahaha...

Bermonopod satu keluarga
 Dalam Firefly memang disediakan makanan ringan sebagai kudap-kudapan secara PERCUMA walaupun perjalanan kami sekejap jer. Ini salah satu sebab aku suka pilih penerbangan ni. Anak-anak memang suka bila dijamu benda-benda macam ni. Masa pergi dihidangkan dengan kacang tanah dan karipap sardin. Air pula samada air epal atau oren. Nasib baik penumpang tak penuh, jadi anak-anak aku boleh pulak request extra air... Pramugari pun ok jer layan kerenah anak-anak aku.

Muhammad Zulfiqar makan kacang tanah
 Kalau kat rumah aku rasa anak-anak aku takde nak heran nak makan kacang tanah ni. Dalam kapal terbang licin semuanya.. Itulah namanya budak-budak. Masa balik ke KL pula dihidangkan dengan Muffin Coklat. Memandangkan masa balik penerbangan pagi, anak-anak takdelah ada mood nak makan sangat. Aku pun nak ambil gambar pun takde mood.

Karipap Sardin

Selamat menjejakkan kaki di Kelantan. Tak percaya rasanya sebab hari ni aku kerja, belum gelap lagi aku dah sampai ke negeri lain pulak. Terpaksa kerja sebab nak jimat cuti. Balik awal 2 jam jer. Takdelah kena tolak cuti.

My Heroes

Bagi yang tak pernah merasa naik Firefly aku cadangkan cubalah sekali. Insyaallah akan jatuh hati dengannya. Macam kamilah.. penerbangan pertama dulu pergi bercuti ke Langkawi masa tahun 2007, sampai sekarang Firefly tetap dihati.




Sunday, June 15, 2014

Tadika pun ada kena ambik report card


Kali ni nak ambik report card Muhammad Zul Iqbàal tapi aku tak bawa dia. Cuma bawak Muhammad Zulfiqar.  Bukannya apa aku tak nak bila cikgu komen pasal dia dan dengar dan menyebabkan dia rasa down. Kebetulan pula dia ada kelas karate.

Berdebar juga menunggu ni... Apakah keputusannya...
 Dulu masa 5 tahun dapat nombor 5 masa akhir tahun. Kali ni dah 6 tahun berdebar lak rasanya... Takpelah doakan yang terbaik untuk anak-anak itu lebih penting..

Friday, June 13, 2014

Tempat makan menarik di Kelantan

Entri ni aku buat bertujuan untuk memberi idea kepada sesiapa yang nak mencari makanan di Kelantan. Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri dan tempat-tempat ini juga ada di review oleh food blogger yang lain.

1. Kopitiam Kita, Kota Bharu

Salah satu menu paling glamour kat sini adalah Nasi Berlauk Air Dingin. Jangan ingat bila makan nasi ni akan terasa dingin ye. Air Dingin tu adalah bersempena dengan nama tempat nasi ni diambil. Satu yang unik dekat Kopitiam Kita ni adalah majoriti menu di sini diambil dan dikumpulkan di sini. Jadi pelanggan mempunyai banyak pilihan makanan.

Nasi Berlauk Air Dingin
Selain dari tu, kami tak lepaskan untuk merasa Roti Titab yang memang menu wajib bila datang ke sini. Memang pertama kali rasa dah jatuh cinta dengannya. Ikutkan nak order lagi satu tapi nak tunggu agak lama yang buatkan terbantut hajat tu.

Roti Titab
Pengunjung kat sini memang tak putus-putus. Kena datang awal untuk ke sini. Kopitiam Kita dibuka hingga 1.30 ptg.
Memang orang siap beratur dekat bahagian luar untuk mendapatkan tempat duduk. Alhamdulillah kami dapat tempat duduk masa sampai tanpa perlu menunggu.

Pengunjung yang sangat ramai
Kami yang kekenyangan
2. Cendol Pulut Tapai (CPT)

Lokasinya bersebelahan dengan Padang Merdeka. Tengok nama pun dah menarik perhatian, jadi untuk tak melepaskan peluang kami singgah untuk merasa kenikmatan CPT.

Cendol Pulut Tapai
Nampak tak apa dalam cendol tu. Ada tapai ubi yang memang menjadi kegemaran aku. Anak-anak pun suka minum cendol ni. Selain dari CPT, ada juga roti canai dan murtabak. Roti canai dia pun sedap sebab dimasak bila ada order. Tak macam kat kedai mamak yang dah siap masak banyak-banyak sekali. Zulfiqar boleh habis sampai 2 keping roti canai kat sini.


3. Nasi Kerabu Ketereh


Ni pemandangan dari luar kedai. Masa kami datang pun ramai orang padahal dah awal kami datang rupanya ada orang lebih awal dari kami. Ni salah satu tanda tempat makan tu sedap. Tapi memang sedap sampaikan rasa macam tak cukup sepinggan.

Nasi Kerabu Ayam Bakar

Nasi Kerabu Daging Panggang
Selain dari dua menu ni ada lagi menu-menu lain. Tapi aku rasa ini adalah menu terbaik dekat sini. Memang sangat recommended untuk dapatkan sarapan pagi dekat sini.

Oklah setakat ni.. Nanti aku akan tambah lagi mana-mana tempat makan yang best di Kelantan ni.


Wednesday, June 11, 2014

3 tahun usianya

Muhammad Zulfiqar nama diberi sempena nama pedang Rasulullah S.A.W. Hari ni genaplah usianya 3 tahun menjadi permata hati kepada Ummi dan Ayah termasuk juga penghibur kepada abang-abangnya. Sempena ulangtahun kelahirannya yang ketiga ini didoakan Muhammad Zulfiqar menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.

Birthday boy tak pakai baju

Buat sambutan kecil-kecilan je tanda mengingati hari kelahirannya. Tahun ni semua sambutan hari lahir dibuat bersama adik beradik je. Memandangkan cuaca yang panas, jadi abaikan je gambar birthday boy yang tak berbaju tu. Jom layan gambar-gambar Zulfiqar sejak dilahirkan.


Usia 1 hari

Usia 3 bulan



1 tahun - belajar pegang makanan

1 tahun 2 bulan - model cilik Teknik Al Baghdadi

1 tahun 3 bulan - macam tepung gomak

Tengok tv sambil 'ratah' susu

1 tahun 10 bulan - future Superman

2 tahun 4 bulan - main pasir di Pantai Irama

Zulfiqar dan Fina (sepupu)

2 tahun 8 bulan - Model kek Boboi EMCC

Sunday, June 8, 2014

Durian Udang Merah

Minggu lepas teringin sangat nak makan durian. Selalu balik kerja nampak orang jual durian tepi jalan, teringin tapi malas nak berhenti. Minggu lepas kebetulan lalu situ, aku pun suruh suami singgah untuk membeli. Nak penuhi hajat aku.

Dulu nama durian yang aku tahu durian kampung, durian Siam, D24. Sekarang ada pulak nama baru  Durian Udang Merah dan D88. Nama macam menarik, jadi aku ambik sebiji Durian udang Merah yang harganya RM 15 sekg dan sebiji Durian D88 yanh harganya RM 13 sekg.






Harga dua biji tu je pun dah buatkan aku melompat. Ialah nak kata saiznya besar takdelah sgt sebab saiznya lebih kurang macam durian kampung je.




Alhamdulillah anak-anak suka makan durian tapi tak boleh lawan dengan ummi dan ayahnya makan durian.

P/s : nak cari durian sedap di Kelantan sempena cuti-cuti di sini

Thursday, June 5, 2014

Syarikat Penerbangan pilihanku sekeluarga

Cerita bab syarikat penerbangan pilihan ni, bukanlah nak menunjuk-nunjuk aku ni naik kapal terbang. Aku naik kapal terbang ni biasanya nak balik ke kampung suamiku. Memandangkan jarak yang jauh dan sekiranya menaiki pengangkutan darat mengambil masa hampir satu hari, jadi bermula tahun 2014 kami berazam untuk menggunakan pengangkutan udara sebagai pilihan.

Pada yang tak tahu bahawa kita mempunyai banyak pilihan syarikat penerbangan sekiranya ingin pergi ke destinasi tempatan dengan kata lain dalam Malaysia. Kali ni aku nak kongsikan kelebihan dan kekurangan yang aku tahu mengikut pengalaman aku. 



Ini memang menjadi penerbangan pilihan nombor satu kami sekeluarga kerana harga yang berpatutan(beli semasa promo lagi berbaloi-baloi), dekat dengan rumah aku (jimat kos pengangkutan dari rumah ke airport), saiz kapal terbang yang kecil dan tak perlu berjalan jauh untuk naik ke dalam kapal terbang. Cuma yang tak bestnya bila hari hujan/panas kena redah untuk naik kapal terbang. Bahagian tu mungkin boleh diperbaiki lagi kot (macamlah bos besar Fireflyz nak baca blog aku ni).



MAS jatuh nombor dua disebabkan harganya yang agak mahal kecuali apabila ada promosi besar-besaran dari diorang. Aku pernah naik MAS dan dapat tiket murah gila... Bab servis dia memang tip top sesuai dengan harganya. Cuma kos pengangkutan nak ke KLIA yang tinggi menyebabkan aku rasa tak berbaloi nak jadikannya pilihan pertama.



Aku tak pernah gunakan perkhidmatan dari Malindo Air, cuma tahu dari review rakan-rakan yang pernah naik mengatakan sangat berbaloi memilih Malindo Air. Selain dari itu ada dua tempat boleh naik bila kita memilih mereka iaitu di Subang atau KLIA. Bila boleh naik di Subang sudah tentu menjadi pilihanku. Servis dalam kapal terbang tak tahu pulak. Insyaallah ada rezeki nak cuba juga naik.



Ini menjadi pilihan terakhir sebabnya lapangan terbang yang jauh dan juga kena bayar untuk beg. Macam penerbangan lain harga tiket termasuk berat beg. Bagi aku kalau orang tua nak naik penerbangan ni macam tak sesuai sebab kena berjalan jauh. Kami memang dah serik naik Air Asia dan kalau boleh tak nak naik penerbangan ni.

Setakat yang aku tahu hanya ada 4 penerbangan untuk destinasi dalam negara, kalau ada yang tahu ada yang lain bolehlah kongsikan. Tapi untuk destinasi antarabangsa memang ada beberapa pilihan lain. Insyaallah lain entri aku cerita walaupun aku dah lama tak pergi ke luar negara. Kali terakhir pergi masa belajar kat Universiti dulu. Doa-doakan kami sekeluarga dapat bercuti ke luar negara pula.

P/s : Kami dalam perjalanan pulang ke kampung sempena cuti sekolah, doakan kami selamat ye..

Wednesday, June 4, 2014

Cuti-Cuti Legoland

Percutian kami ke Johor kali ni difokuskan ke Legoland dan juga tempat makan yang menarik yang ada di sekitarnya. Seawal pagi kami keluar dari hotel untuk ke Legoland, tapi sebelum tu nak cari sarapan di Hutan Bandar. Memandangkan takde pemandu pelancong, memang nak terjah ke satu tempat tu memang hanya menggunakan khidmat Waze. Memang kalau takde bantuan dari Waze tu tak tahu kami dapat sampai atau tak ke destinasi yang dituju.

Pagi tu kami merancang nak sarapan di Hutan Bandar, tapi dukacitanya dimaklumkan bahawa Hutan Bandar yang kami pergi ni takde langsung tempat makan macam yang pernah keluar dalam rancangan Majalah 3. Memang kecewa gila tak dapat nak merasa menu di Hutan Bandar. Akhirnya kami terus menukar ke destinasi ke Legoland terus sambil cari mana-mana kedai makan yang ada di sepanjang perjalanan. Memang susah nak cari kedai makan dekat area tu, akhirnya kami makan dekat kedai mamak yang terletak berhampiran dengan Mydin. 

Nan Cheese
Selesai sarapan, kami terus ke Legoland. Kami sampai sebelum kaunter pintu buka lagi, tapi kaunter tiket dah buka. Aku hanya pergi belikan tiket untuk mak aku je sebab tiket kami sekeluarga aku dah beli secara online. 


Masa ni kami tengah tunggu suamiku parking kereta. Anak-anak memang nampak muka tak sabar je kat pintu masuk Legoland tu. Seperti biasa anak-anak aku memang takkan dengar arahan kalau aku suruh ambik gambar, jadi hasilnya semua gambar-gambar ni adalah gambar candid..

Masa nak masuk tu saja tanya pendapat pekerja kat situ samada pergi water theme park dulu atau main-main dulu pastu baru terjun dekat theme park. Pekerja tu cadangkan untuk pergi water theme park dulu sebab takut petang hujan. Katanya kalau hujan dan kilat Water Park akan ditutup. Memandangkan keadaan cuaca masa aku pergi tu hujan wak tu petang, kami pun buat keputusan pergi ke Water Theme Park dulu.

Pintu Masuk Water Theme Park
Kat sini kami takdelah lama sangat sebab takut tak sempat pula main dekat Theme Park tu. Semua orang mandi kecuali mak aku. Anak-anak puas main gelongsor, cuma Zulfiqar macam takut-takut dengan air. Akhirnya dia mandi sekejap je. Lepas tukar baju dia terus main lego-lego yang bersepah-sepah kat situ. Seronok dia main lego-lego ni, lagipun legonya besar-besar bukannya kecik-kecik. Abang-abangnya selagi aku tak suruh naik diorang takkan naik termasuklah Ayahnya..


3 beranak seronok main air

Zulfiqar dan legonya

Zulqarnain tak takut air

Zul Iqbaal pun
Dalam pukul 12 tengahari kitorang tukar baju sebab nak bermain di kawasan Theme Park pula. Masa ni pun dah rasa penat dah, rasa macam dah tak larat nak berjalan lagi. Tapi kerana anak-anak terpaksa juga diturutkan. Dekat Water Park ni ada satu gelongsor yang tinggi, yang tu kami tak main sebab nak kena berjalan kaki jauh. Kalau anak-anak dah besar bolehlah bawak main kat situ, tapi anak-anak kecik lagi jadi tak payah nak berangan.


Ni permainan pertama yang kami jumpa selepas keluar dari Water Park, tapi anak-anak tak boleh main lagi jadi nak melepaskan kempunan ambik jelah dekat sini.


Aku tunjukkan gambar yang kami main jelah ye.. Memang tak banyak benda yang kami main salah satu sebabnya anak-anak tak cukup ketinggian nak bermain. Zulfiqar dan Zul Iqbaal paling kesian sebab banyak tak boleh main.

Zulfiqar je tak dapat naik ni


Ni aku dan Zulqarnain je naik. Ayah tolong jaga anak-anak ye..


Lepas turun Conquer the Dragon terus bawak Zulqarnain main ni. Anak-anak yang lain tak tahu kat mana.


Last-last jumpa diorang dekat tengah-tengah ni. Tengah main lego. Aku pun ajak naik keretapi comel yang khas untuk anak-anak. Nasib baik aku muat naik keretapi ni. Hahahaha...


Ni macam ala-ala Menara Taming Sari dekat Melaka. Yang ni semua orang dapat naik, seronok diorang bila dapat tengok sekeliling kawasan.




Memandangkan mak aku tak larat jalan jauh, jadi aku bawak mak aku naik keretapi je. Itupun terselah muka kegembiraannya. Masa mula-mula aku naik berdua ngan mak aku jer, kali kedua baru kami sekeluarga naik bersama.


Trademark Legoland
Pelbagai monumen

Baru lepas masuk kelas memandu




Selepas Driving School pergi pula Boating School. Tapi kemuncak kegembiraan anak-anak adalah dapat bawak kereta ni. Muka masing-masing ceria lepas habis memandu. Oklah dah tak tahu nak tulis apa, layankan jerlah gambar-gambar ni ye..








Walaupun nampak macam-macam kami main, tapi banyak benda kami tak sempat main atau boleh dikatakan badan ni dah tak larat nak main semua benda dalam masa satu hari.



Bagi aku nak pergi kali kedua tu takdelah sangat sebab banyak permainan yang biasa ada di tempat lain. Cuma ia didesignkan dengan menggunakan lego. Itu yang membuatkan ia lain dari yang lain. Lagi satu, bagi pendapat aku kalau anak-anak anda yang macam tak cukup ketinggian atau dengan kata lain 'rendang' baik jangan pergi sebab nanti kecewa diorang bila dah beratur tapi tak boleh main. Umur anak yang aku cadangkan adalah 7 tahun dan ke atas sesuai untuk ke sini. Kalau rombongan tadika tu lagi aku rasa membazir kalau pergi ke tempat macam ni.

Itu sekadar pandangan dari aku yang dah ke sana. Harap entri dapat berikan rujukan kepada sesiapa yang nak berhajat ke Legoland.


Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...