Saturday, April 26, 2014

Anak berderet macam keretapi





Bila ambil gambar ni terasa pula anak-anak dah berderet macam keretapi. Hehehe.. Alhamdulillah atas rezeki dikurniakan anak-anak yang sihat kepada kami suami isteri. Ni ambil pagi tadi selepas balik sarapan pagi roti canai di kedai mamak. Lepas sarapan, terus pergi kelas mengaji di Al Baghdadi Learning Centre. Tapi Zulqarnain dan Zul Iqbaal je yang kena pergi kelas mengaji sebab Zulfiqar baru nak masuk umur 3 tahun jadi tak boleh.



Wajah yang ni serius je masing-masing sambil dengar arahan Ummi untuk beraksi di depan kamera. Aku yang suruh buat tangan pegang orang depan. Memang betul-betul nampak macam naik keretapi gamaknya. Apa-apapun, anak-anak kalau di offer naik motor atau kereta memang jawapannya adalah MOTOR. Bukan selalu diorang ni dapat naik motor pun. Bila sekali dapat, wajah masing-masing berubah terus.

Moga anak-anak ini menjadi anak yang SOLEH dan BERIMAN..
Amin..


Friday, April 25, 2014

Tips bila anak demam (Part 2)

Semalam aku sharekan macamana nak jaga anak yang demam. Tertinggal pula satu lagi tips yang memang kami akan buat setiap kali anak-anak demam iaitu bagi makan aiskrim. Ialah aiskrimkan sejuk, jadi cara untuk mengurangkan panas badan adalah bagi makan benda yang dapat menyejukkan. Tapi apa-apapun DOA kepada Allah adalah jalan yang terbaik, benda-benda ni semua hanyalah usaha kami. Yang menyembuhkan hanyalah DIA yang Maha Kuasa.

Orang demam bila dapat aiskrim terus segar


Orang-orang yang sihat yang lain dapatlah menumpang sekaki. Memang dah jadi kebiasaan untuk suamiku belikan anak-anak makan aiskrim.Bila anak-anak demam, lagi memang perkara wajib untuk diberikan sampaikan siap ada stok aiskrim kat dalam peti sejuk.

Umminya pun tak lepaskan peluang untuk request aiskrim pilihan. Sebelum ni tengok je orang makan aiskrim baru ni. Aku masa tu kebetulan tak boleh makan benda-benda sejuk, jadi telan air liur jelah.. Semalam dah terubat rasa kempunan aku...


Terima kasih kepada en Suami sebab belanja aiskrim.

Thursday, April 24, 2014

Bila anak demam

Bila dah setiap hari hujan, mesti tak lari denan musim demam. Kali ni Muhammad Zulqarnain pula demam. Kalau dia demam memang kami akan rasa sangat risau sebab masa kecil dia pernah kena demam 'tarik' @ sawan tarik.


Memang doktor pesan setiap kali demam harus monitor sebab takut berulang lagi kejadian yang sama. Apa yang kami akan buat sekiranya demam, kami akan mandikan sekerap mungkin dengan air sejuk bukannya air suam ye. Ini supaya untuk menurunkan suhu badan supaya tidak terlalu tinggi @ panas. Selain dari tu kami masukkan ubat punggung kalau suhu badan tak turun walaupun dah mandi.

Bila demam, selera makan pun mesti takde. Jadi, untuk pastikan perutnya berisi, maggi adalah makanan pilihan. Mula-mula dia ajak makan steamboat malam ni. Alasannya adalah nak makan maggi. Bagi aku baiklah aku masakkan je maggi dari membazir makan steamboat. Dia bukan nak makan benda lain, hanya makan maggi je kat situ.


Tengoklah betapa seleranya dia menikmati maggi yang aku masakkan. Habis sepinggan licin. Takpelah sekali sekala dapat makan. Lagipun dia tengah takde selera nak makan benda lain.


Licin sudah...


Lagi satu tips, pastikan tak diselimutkan anak tu. Kalau boleh tak payah pakai baju lagi bagus sebab nak kurangkan bahang panas tu. Tengoklah Zulqarnain tu pun aku tak pakaikan baju. 

Semoga Muhammad Zulqarnain cepat sembuh dan segala tips ni dapat membantu ibubapa yang lain. Aku tulis ni pun berdasarkan pengalaman sendiri. Jadi kalau ada yang tak betul tu minta maaf ye...


Karipap Gergasi

Minggu lepas, tetiba mak aku ajak pergi terjah Aroma Ikan Bakar. Katanya dah lama tak makan kat sana. Jadi lepas ambil anak-anak belajar Karate-Do, kami teruskan perjalanan ke Kuala Selangor melalui lebuhraya LATAR. Perjalanan jauh menjadi dekat dengan adanya lebuhraya.



Entri kali ni bukan nak cerita pasal makan di Aroma Ikan Bakar, tapi mengenai Karipap Gergasi. Sebelum ni pernah dengar juga ada rakan-rakan yang telah merasai kenikmatan karipap gergasi ni. Jadi bila dah terjumpa, sudah pastilah kami akan mencubanya. Kami terperasan gerai ni semasa dalam perjalanan pergi tapi kami singgah bila nak balik.

Memandangkan perut dah kenyang, jadi kami beli 3 biji karipap je. 2 karipap ayam dan 1 karipap daging. Saiz dia memang sangat besar. Masa dalam kereta anak-anak dah cuit-cuit karipap tu. Kami yang dah kekenyangan ni biarkan je anak-anak makan karipap tu. Tak banyak mana pun anak-anak makan. Bila nampak karipap lain dari yang lain, tu yang diorang berkenan nak mencuba.




Bagi aku, isi dalam karipap ni memang penuh.. bukanlah isi angin macam biasa tu.. Intinya pun ada rasa cuma, bila terlampau banyak kentang jadi muak pulak bila makan. Mungkin boleh letak setengah biji telur rebus bagi mengurangkan rasa muak bila makan tu. Kulit karipapnya pun tak tebal sangat tapi agak nipis sebab bila pegang je habis terkeluar isinya.

Akhirnya dapat juga merasa makan Karipap Gergasi ni. Mungkin kalau makan masa lapar, nikmatnya lain sikit kot. Bila dah kenyang memang takdelah rasa teruja sangat nak makan. Sesiapa nak merasa boleh dapatkan Karipap Gergasi betul-betul selepas Cendol Bakar di kedua-dua arah.

Friday, April 18, 2014

Shopping adalah terapi diri

Semua perempuan mesti suka membeli belah @shopping. Begitu juga bagi aku pada suatu masa dulu masa bekerja di KL dan mempunyai anak seorang. Lepas dah tak kerja KL dan penambahan bilangan anak, aku dah sangat jarang untuk pergi membeli belah. Kalau pergi pun memang dah disetkan dalam kepala nak beli apa.

Tapi sekarang membeli belah ni menjadi terapi untuk aku. Sebab apa aku kata terapi? Sebabnya aku hanya akan pergi shopping bila aku tension pasal kerja atau otak aku dah penat memikirkan sesuatu.

Kali ni aku saja ambil cuti setengah hari untuk buat terapi ni. Tapi kali ni aku bawak Muhammad Zulfiqar je sebab kalau bawak yang lain, bukan terapi namanya.. lagipun yang lain bersekolah.

Tengok je...

Yang bagusnya anak-anak aku kalau bawak pergi shopping complex memang jarang atau boleh dikatakan takkan minta untuk dibelikan mainan sejak dari kecil lagi. Nak tahu kenapa?

Sebabnya dari kecik memang aku tak pernah biasakan diorang minta sebarang mainan bila ke tempat begini. Aku dan suami akan beli tapi bukan masa diorang minta, jadi mereka tahu atau faham setiap kali kami bawa ke pusat membeli belah.

Habis juga seketul ayam

Senyum

Dah puas aku buat terapi, masa untuk mengenyangkan si comel ni. Kebetulan dia nampak KFC, jadi sudah tentu menjadi pilihannya. Aku ikutkan je... lagipun aku dah makan kat rumah tadi...

Disebabkan dari pagi tak tidur, naik kereta je Zulfiqar  dah tak boleh bertahan.. Terus tidur dalam kereta juga... Itu jelah aktiviti terapi yang kami berdua buat di petang Jumaat yang indah.. Rasa ringan sikit kepala otak ni bila balik rumah...

Mata tak tahan dah...

Selfie nak update pada Ayahnya..

Thursday, April 17, 2014

Homemade Playdough

Dah lama tak buatkan anak-anak hokemade playdough. Dulu resepinya ada aku letakkan dalam blog lama. Jadi, kalau aku nak buat hanya perlu buka blog dan cari resepinya. Hari ni aku nak kongsikan resepi membuat playdough sendiri.

Tapi mesti orang tertanya-tanya kenapa nak buat sendiri, kan leceh? Baik beli je yang dah siap. Senangkan? Aku bukannya tak mampu nak beli tapi risau juga dengan pelbagai jenis dan jenama di luar sana. Ditakuti bahan kimia yang terdapat dalam tu je...

Kalau buat sendiri dah tentu tahu apa bahan yang digunakan untuk menghasilkan playdough ni. Seperti biasa kalau buat homemade playdough ni memang tak tahan lama. Ini disebabkan tiada bahan pengawet. Setahu aku, kalau nak tahan lama lepas main masukkan dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk.

Moga perkongsian ini bermanfaat. Resepi ni aku nampak dalam newsfeed FB aku semalam. Terlupa pulak nama FB tu..


Wednesday, April 16, 2014

Surah Al Mulk - sematkan dalam hati

Semalam sambil makan malam, berbual dengan suamiku. Tetiba suamiku menyebut bahawa sekarang telah ada tanda-tanda akan keluarkan Dajjal di mukabumi ini. Antara tanda-tandanya adalah jumlah air yang makin berkurangan. Mengikut kata suamiku bahawa nanti Dajjal akan menawarkan air kepada manusia untuk di minum. Bila aku dengar rasa kurangnya amalan aku kat dunia untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak. Selain dari itu, dikatakan bahawa bumi berputar semakin laju dari biasa. Kadar kelajuan tak pulak dapat dipastikan. Mungkin sesiapa yang nak tahu boleh search kat google jer.

Cuma satu jer pesan suamiku supaya amalkan Surah Al Mulk sebagai pelindung dari Dajjal. Aku pun ada juga mencari kelebihan Surah Al Mulk. Aku baca-baca di beberapa blog berkaitan kelebihan Surah ni. Siapa yang nak tahu apakah kelebihan surah ni boleh tengok di sini. Jadi aku pun tanpa membuang masa terus cuba untuk menghafal surah ni sebabnya memang tak hafal dari kecik pun. Lainlah kalau memang dah jadi amalan dari kecil. Takdelah susah nak menghafal surah ni..Aku print ayat ni kat sini supaya senang nak hafal dan boleh laminate letak dalam handbag. Bila free boleh hafal kan..

Doakan aku berjaya untuk menghafal surah ni dan surah-surah lain dengan lancar. Terbaca juga bagaimana cara-cara untuk menghafal ayat-ayat Al Quran. Alhamdulillah memang cara ni berkesan sebab aku berjaya hafal 2 ayat dalam masa setengah jam. Jadi nak habiskan 30 ayat mengambil masa lebih kurang 8 jam... Nampak macam sekejap je boleh hafal. Tapi sebenarnya berhari gak nak hafal sebab aku bukannya sepanjang masa menghafal tu je.. ada juga kerja-kerja lain yang dibuat.


Tuesday, April 15, 2014

Sepetang di Morib

Banyak kenangan lalu yang masih berlegar dalam ingatan bila setiap kali tiba di Morib. Semalam sekali lagi berkesempatan ke Morib tapi itu pun sebab kebetulan hadiri majlis perkahwinan sepupu mak.

Aktiviti kami mula-mula adalah menikmati angin laut. Memang angin kuat sangat. Ombak pun besar. Tapi taldelah besar sgt.. cuma tak nampak langsung pasir pantai. Risau jugak kalau jatuh memang tak dapat nak selamat dah. Mata memang tak lepas tengok anak-anak sebab takut jatuh je..

Hirup udara laut

Mak & Mak Lang


Dah puas tengok pemandangan air laut yang tak berapa nak bersih ni, kami pun bergerak ke kawasan orang bermain layang-layang. Ternampak pulak ada orang jual aiskrim. Belikan untuk anak-anak aiskrim dulu sementara jalan-jalan ke tempat layang-layang.

Makan aiskrim sambil berposing atas pentas

Anak-anak memang sangat teruja bila aku ajak main layang-layang.Kebetulan masa tu angin bertiup sangat kuat dan memudahkan untuk layang-layang naik. Aku takdelah beli layang-layang yang besar, cuma beli layang-layang yang kecil sesuai dengan usia anak-anak. Harga satu layang-layang RM 3, memandangkan anak aku 3 orang aku belikan satu sorang. Yang bestnya aku minta diskaun sebab beli 3 tapi peniaga tu kata kalau beli 4 dia bagi RM 10. Jadi aku beli 4 jelah sebab kalau beli 3 dah RM 9. Kebetulan anak sepupu aku pun ada sekali. Jadi aku bagi yang lebih tu pada anak dia.

Layang-layang dah naik

Si kecik ni pun boleh handle layang-layang sendiri


Pelbagai jenis dan saiz layang-layang


Dah beli, masing-masing menaikkan layang-layang masing-masing. Semua seronok sebab sangat mudah naikkan layang-layang disebabkan angin yang bertiup sangat kuat. Aku siap pesan pada anak-anak pegang tali tu kuat-kuat. Tapi dek kerana leka, layang-layang Zulqarnain terlepas dan terbang tanpa dapat di kesan. Nampaknya kena beli satu lagi sebab masing-masing belum puas main. Bila dah puas main, mak aku dah ajak pergi makan.
Sotong Bakar

Sengkuang Colek


Nak tahu apa yang kami makan? Sudah tentunya Sotong Bakar... Menu tu memang menu kegemaran mak aku. Setiap kali ke situ mesti kami akan menikmati hidangan Sotong Bakar. Mula-mula order satu set je sebab ramai tak pernah makan, takut pulak membazir. Rupa-rupanya diorang pun suka, kami beli lagi satu set. Selain tu order juga tauhu bakar. Sepupu aku pulak beli sengkuang calit.. Aduh... memang menggamit memori silam menu-menu yang kami makan. Kami tak makan berat-berat sebab dah kenyang makan di kenduri kahwin sebelum ke Morib.

Main Belon

Selesai makan, aku belikan air belon untuk anak-anak aku. Harga pun sama macam layang-layang lepas dapat diskaun. Tak rugi aku minta diskaun. Jimat sikit.. Tapi yang paling seronok bila tengok anak-anak seronok bermain. Terasa yang aku dapat memanfaatkan waktu bersama anak-anak. Bila anak-anak happy kami sebagai parents lagilah seronok.

Us.. :)

P/s : entry patut disiapkan semalam, tapi dek kerana sakit hati tak sempat nak siapkan entry ni. Hari ni baru siap.


Monday, April 14, 2014

Tak puashati apabila berurusan dengan Badan Berkanun

Pagi Isnin yang tak berapa best ni, aku terpaksa pergi berurusan dengan salah sebuah badan berkanun di negeri Selangor. Aku memang jarang atau rasanya tak pernah berurusan dengan badan berkanun ni, kiranya pengalaman pertama untuk aku. Tujuannya adalah bagi Mendengar Bantahan terhadap kenaikan Kadar Cukai bagi Penggal Kedua.

Aku sangkakan perkhidmatan yang diberikan sangat baik memandangkan tampok pemerintahan telah bertukar tangan. Tapi sangkaan aku meleset sama sekali. Rasanya tiada sebarang perubahan di dalam kualiti perkhidmatan walaupun telah berlaku perubahan di pihak atasan. Memang sangat sedih..

Bahagian yang paling best adalah, kami yang mewakili syarikat hanya 2 orang sahaja, tapi panel yang mendengar bantahan adalah seramai hampir 40 orang. Apa perasaan anda bila 40 pasang mata hanya menandang kepada anda sahaja? Perasaan tak usah nak cakaplah... tapi memang sepanjang perbincangan memang sangat tidak profesional. Itu pendapat peribadi saya. 

Satu je cara untuk memperbaiki perkhidmatan di situ ialah berhentikan semua pekerja dan setkan satu KPI kepada semua staff sebab sekiranya orang yang sangat berkualiti pun kalau masuk ke dalam tu, lama-lama sikapnya akan sama seperti pekerja-pekerja sedia ada dan juga mentalitinya akan sama seperti mereka.

Aku berdoa supaya pihak yang berkenaan dapat baca blog kecil aku ni.. Luahan ketidakpuasan hati pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan dari pihak berkuasa tempatan. Jangan menyusahkan pelanggan. Kami sedia membayar sesuatu itu sekiranya pulangan yang kami dapat setimpal atau berpatutan.


Thursday, April 10, 2014

Kursus Mental Arithmentic

Ada sesiapa yang pernah pergi ke kursus ni? Teringin juga nak pergi kursus ni memandangkan aku memang suka mengajar anak-anak dirumah terutamanya Matematik. Tapi aku sebagai ibu kepada anak-anak mahukan yang terbaik untuk mereka, jadi teknik terkini dan mudah untuk anak-anak perlu aku pelajari untuk diajar kepada anak-anak aku semula. 

Bagi yang berminat nak sertai, marilah sama-sama menambah ilmu walaupun dah lama meninggalkan alam persekolahan. Jangan ingat bila kita dah kahwin dan ada anak kita tak perlu nak belajar. Sebabnya sampai hujung nyawa pun banyak benda yang kita perlu belajar samada ilmu dunia atau dunia akhirat.

Untuk maklumat lanjut boleh tengok kat SINI



Wednesday, April 9, 2014

Mee Goreng .. menu wajib

Sarapan memang adalah wajib bagi anak-anak aku. Sebabnya sejak kecil lagi diorang dah terbiasa makan sarapan sebelum ke sekolah. Yang lagi bestnya, ada menu wajib untuk sarapan ni. Nak tahu kenapa aku katakan menu wajib? Sebabnya setiap pagi terutama hari sekolah aku wajib memasakkan mee goreng untuk anak-anak aku. Memandangkan ada 3 orang anak, jadi masing-masing ada citarasa masing-masing. Disebabkan itu juga aku, suamiku dan mak aku dah tak lalu nak makan sebarang mee kuning. Sampaikan kalau jumpa mee kuning ni kat luar memang kami bertiga takkan ambil. Itulah penangan disebabkan terlampau kerap mee kuning muncul dimeja makan kami.

Mee Goreng 

Jadi setiap hari aku hanya masakkan untuk anak-anakku je.. Aku pelik juga sebab anak-anak aku ni memang tak muak-muak makan mee goreng. Nak dijadikan cerita semalam aku beli daging burger untuk dijadikan sarapan. Sebelum masak aku tanya anak-anak aku hari ni aku masakkan burger je... Yang lain ok, cuma anak aku Zul Iqbaal dah tarik muka. Aku pun tanya samada dia nak mee atau burger. Jawapannya sudah tentulah mee goreng. Jadi semalam aku masakkan 2 menu berlainan. Nasib baik anak aku yang ketiga Zulfiqar tak mintak menu dia. Kalau tak jenuh nak masak 3 menu setiap hari..

Maka hari ni siaplah 2 menu sarapan pagi :-
1. Burger


2. Mee Goreng

Zulqarnain & Burger

Zul Iqbaal & Mee Goreng
Tengoklah wajah-wajah kegembiraan menikmati kesedapan sarapan masing-masing. Dulu-dulu aku masakkan mee goreng letak bawang putih dan bawang merah. Tapi disebabkan bila masa makan sibuk memilih bawang, jadi aku buat keputusan masak tanpa menggunakan sebarang bawang.

Wajah menikmati hidangan masing-masing

Ni aku nak share resepi Mee Goreng yang aku masakkan untuk anak aku.

Bahan-Bahan :-
Mee Kuning
Cili kering mesin
Udang
Kicap
Sedikit Garam

Semua bahan ni pandai-pandailah nak agak. Kalau anak suka pedas lebihkan cili, tapi untuk anak aku ni wajib hitam sebab kalau tak cukup hitam dia akan minta supaya ditambah kicap dalam mee tu dan mesti tak pedas sangat. Ada masa kadang-kadang sampai tak cukup semangkuk pun ada. Tapi budak-budak memang begitu.

Apa menu sarapan anda hari ni?





Monday, April 7, 2014

Cerai Susu... susah ke?

Pengalaman kedua aku untuk cerai susu untuk anak ketiga. Anak kedua aku cerai susu masa umur dia genap 2 tahun. lepas cerai susu terus sangkut anak yang ketiga. Ni anak aku yang ketiga dah nak masuk umur 3 tahun. Masih menyusu badan lagi. Aku tak sampai hati nak berhentikan dia dari menyusu sebabnya dia memang tak minum susu formula. Dia tak suka. Dia hanya minum air cordial oren je...


Sebab utama aku nak cerai susu adalah ramai yang kata aku keguguran sebelum ni disebabkan aku menyusukan anak aku yang ketiga. Tapi semua tu kuasa Allah.. Kalau dah memang bukan rezeki kami, terima saja dengan redha... Tapi aku tengah memikirkan jalan untuk bercerai susu dengan anak aku yang akan genapa 3 tahun pada 11 Jun 2014 ni.. Sekarang aku saja-saja je acah kata ada taik dekat puting tu supaya dia rasa geli nak minum.. Kadang-kadang jadi juga.. tapi kalau dia dah gian dia tak herannya walaupun aku cakap ada taik..

Sekarang ni aku bagi dia minum susu Dutch Lady kotak. Samada perisa strawberry atau coklat. Sekurang-kurangnya anak aku dapat khasiat kalsium yang ada dalam susu tu. Semoga anak-anakku membesar menjadi anak-anak yang soleh dan saling menjaga dan menyayangi antara satu sama lain.

Friday, April 4, 2014

Pengisytiharan Pendapatan tahun 2013


Sudahkah sahabat-sahabat semua mengisytiharkan semua pendapatan yang diterima bagi tahun 2013? Aku setiap tahun akan mengisytiharkan menggunakan sistem online yang disediakan oleh LHDN iaitu menggunakan sistem e-filing. Tahun ni aku dah siap isi semua data dalam sistem tu tapi belum lagi tekan butang hantar sebab tengah berkira-kira untuk mengisytiharkan pendapatan dari perniagaan. Aku ada jalankan perniagaan (enterprise) tapi tak tahu macamana nak masukkan dalam sistem e filing ni. Tu yang membuatkan tertangguh.

Yang penting aku nak kongsikan tarikh tutup penghantaran borang samada secara online atau offline. Takut ada yang terlepas kena pulak penalti nanti. Kat bawah ni merupakan tarikh akhir penghantaran borang dan bayaran cukai.

TARIKH AKHIR
Penghantaran Borang dan Bayaran Baki Cukai
e-BE
30 April 2014
e-BT
e-M
e-MT
(Tiada punca perniagaan)

e-B/e-BT
30 Jun  2014
e-M/e-MT
(Ada punca perniagaan)
e-P
Alhamdulillah kami ada 3 orang anak, jadi perlepasan banyak daripada anak-anak. Tapi aku ambil seorang sahaja dan suamiku ambil 2 orang anak. Disarankan juga untuk pasangan suami/isteri tidak memilih untuk taksiran bersama. Kami memang buat taksiran berasingan, bukan sebab bergaduh tapi disebabkan banyak perlepasan yang akan diperolehi kalau dibuat berasingan.

Tahun sebelum ni (2012) ada perlepasan untuk jalur lebar sebanyak RM 500 setahun, tapi tahun ni tiada perlepasan ni. Jadi aku dah rugi kat situ. Perpelasan untuk pembelian buku pun tak digunakan sepenuhnya dan juga banyak beli buku tak simpan resit. Maksimum perlepasan pembelian buku adalah sebanyak RM 1,000 setahun. Aku punya resit tak sampai RM 100 pun.. Rugikan?

Bagi yang masih tak tahu atau tak pernah mengisytiharkan pendapatan tahunan ada kepada LHDN, digalakkan untuk berbuat demikian untuk tidak menyesal di kemuadian hari.. hehehhe...

Glitterati kembali milikku

Sebelum ni atau lebih tepat lagi lebih kurang seminggu lepas aku ada buat entri tentang aku baru je masukkan iklan nuffnang kat dalam blog kecil aku ni. Sebelum ni semasa blog lama aku, status di nuffnang adalah glitterati. Bila blog tu dah tak dapat diselamatkan oleh sebab-sebab tertentu, aku pun dah tak ambil tahu mengenai nuffnang. Jadi statu aku telah ditukar kepada non-glitterati.


Hari ni bila aku ter'rajin' buka akaun nuffnang sekali status aku telah bertukar kepada Glitterati... Yey... happy sangat... walaupun belum pernah cash out apa-apa dari nuffnang. Harap-harap tahun 2014 aku dapat cash out minimum sekali.. ( mode berangan )

Thursday, April 3, 2014

Photobook Murah lagi


Ingatkan tak entry aku mengenai Photobook murah yang aku beli hari tu? Kalau tak ingat atau tak baca boleh baca kat sini.

Kalau ada sesiapa yang nak merasai keseronokan berphotobook ni bolehlah beli voucher ni cepat-cepat. Bagi aku dah kira murah sangatlah harga Photobook ni. Hanya RM 10 sahaja untuk 36 muka surat. Sebelum ni aku beli RM 5 je tapi untuk 16 muka surat je. Manakala sebelum ni adalah hard cover yang promo kali ni hanyalah soft cover.

So pandai-pandailah buat pengiraan nak pilih yang mana. Pilihan di tangan anda. Klik pada gambar untuk mendapatkan voucher tu

Wednesday, April 2, 2014

Tiket Kapal Terbang Murah

Hari ini dapat email promo dari firefly dekat email. Aku pun memang jenis tak boleh nak tengok harga tiket kapal terbang yang murah ni. Mula-mula destinasi yang aku tengok sudah tentulah ke Kota Bharu. Kenapa aku pilih Kota Bharu? Mesti ada yang tertanya-tanya. Sebab aku ni memang asal usul dari negeri Selangor. Buat apa nak sibuk-sibuk nak cari tiket kapal terbang ke negeri Cik Siti Wan Kembang tu. 

Promo dari Firefly


Sebabnya aku ni kahwin dengan orang jauh. Memandangkan percutian balik kampung yang dirancang semasa musim cuti sekolah yang lalu terpaksa di batalkan, jadi aku bertekad yang cuti sekolah akan datang aku akan pastikan kami pulang ke kampung sebelah suamiku. Lagipun kami dah lama tak pergi bercuti. Sekurang-kurangnya bawa anak-anak naik kapal terbang untuk balik ke kampung, terubat jugalah hati anak-anak nak bercuti.Tapi tengok juga harga yang ditawarkan sebab kami ni keluarga besar. Sekali naik minimum 5 orang itupun kalau mak aku tak ikut. Jadi bila ada offer macam ni, kami memang tak lepaskan peluang sebab kos naik kereta pun sama atau lebih kurang je. Tapi naik kapal terbang banyak jimat masa dan tenaga .... :)


Aku memang paling suka naik Firefly kalau nak dibandingkan dengan Air Asia. Sebab utamanya lapangan terbangnya yang dekat dengan rumah aku. Jadi mudah dan jimat untuk sesiapa mengambil atau menghantar kami nanti. Sebab lain, dia punya airport takdelah kena jalan jauh macam Air Asia dan tangga kapal terbang rendah (senang untuk anak-anak dan orang tua). Selain dari tu, berat bag 20kg bagi seorang penumpang adalah percuma. Cuba kira kami berlima dapat 100 kg percuma. Ikutkan hati nak je angkut beras siam masuk dalam kapal terbang tu...




Yey... yey... akhirnya semua booking dah selamat dibuat. dan kami akan balik kampung pada 5hb Jun- 10hb Jun 2014. Walaupun lambat lagi, lebih kurang 2 bulan lagi, aku tetap seronok sebab sekurang-kurangnya aku dah ada plan untuk anak-anak sempena cuti sekolah akan datang. Semoga apa yang dirancang dipermudahkan olehNYA..

Walaupun Tragedi MH370 masih segar dalam ingatan, aku teruskan juga niat untuk naik kapal terbang. Bukannya apa, bagi aku ajal dan maut semua ditangan ALLAH. Kalau dah termaktub bagaimana cara kita mati, kita tak dapat nak ubah apa-apa pun. 


Ingat nak cari tiket kapal terbang balik RAYA, tapi tiket promo semua dah habis.. kenalah balik naik kereta je...

Tuesday, April 1, 2014

Teringin...

Nak kata mengidam takdelah pulak. Tapi memang teringin sangat nak makan cheese cake Secret Receipe. Biasa beli Oreo Cheesecake. Tapi hari ni menggatal pilih Tiramisu Cheesecake pulak.


Dari segi rasa agak mengecewakan jika nak dibandingkan dengan Oreo Cheesecake. Nampaknya kena beli lagi sekali... Huhu... tak puas makan cheesecake.

Ok ni saje entri untuk hari ni.. tak sempat nak tuli panjang-panjang sebab kerja banyak lepas bercuti lama.

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...