Di bulan Ramadhan yang mulia aku terpaksa adakan cabaran ini untuk anak-anak. Ini bukan cabaran untuk suruh mereka puasa penuh ye tapi ia adalah untuk berikan semangat untuk anak-anak aku pandai Matematik. Idea ni tercetus apabila aku dapati anak aku Muhammad Zulqarnain sangat lemah dalam subjek Matematik. Memang aku betul-betul kecewa bila dia agak lemah dalam subjek ni. Mana taknya aku paling suka subjek ni takkan anak-anak lemah subjek tu. Hinggakan Zul Iqbaal pun lebih laju dalam subjek ni.
Orang sibuk nak buat persiapan hari raya, aku pulak sibuk nak suruh anak-anak aku pandai Matematik. Biarlah apa orang nak kata, asalkan anak-anak aku cekap dalam subjek Matematik sudah.. Aku dah siapkan 2 set soalan Matematik tambah dan tolak sebanyak 27 muka surat untuk setiap seorang. Walaupun beza umur hanya setahun, itu semua aku tolak tepi. Soalan ni aku dapat dari internet je. Kalau ada yang nak cari soalan tambah dan tolak boleh ambik kat sini. Sebenarnya soalan bahagi dan kali pun ada tapi aku tak print sebab nak fokus untuk soalan campur dan tolak. Terima kasih sangat kepada pemilik blog sebab create file yang memudahkan ibu seperti aku.
Sebelum ni aku ada pergi ke Kursus Mental Arithmetik tapi tak berkesempatan nak ajarkan anak-anak dengan kaedah tu. Tapi aku ambik juga beberapa tips semasa seminar tu antaranya adalah kira menggunakan Bahasa Inggeris. Maksudnya anak mengira tak guna Bahasa Melayu. Salah satu sebabnya adalah sebutan nombor dalam BM sangat panjang tapi dalam BI paling panjang adalah SEVEN yang menggunakan dua suku kata. Nombor lain semua gunakan satu suku kata. Ada yang tak percaya? Cuba baca ni :-
ONE
TWO
THREE
FOUR
FIVE
SIX
SEVEN
EIGHT
NINE
TEN
Jadi tips yang ni memang sangat berkesan kepada anak aku terutama kepada Iqbaal. Ini sebabnya setiap kali ada kerja sekolah Matematik aku akan suruh dia kira dalam BI sebab lagi cepat dia menjawab kalau nak dibandingkan bila dia mengira dalam BM. Walaupun baru sekolah Tadika tapi kerja sekolahnya lebih banyak dari budak sekolah rendah. Itu yang menjadi salah satu sebab Zulqarnain jadi lemau bila masuk sekolah rendah sebab takde atau tak banyak kerja sekolah diberikan kepada mereka.
Semalam bermulanya cabaran tersebut dan nampaknya bersemangat masing-masing menjawab soalan sampaikan Zulqarnain tertidur sambil mengira. Ini sudah cukup baik sebab kalau boleh aku nak mengurangkan aktiviti anak-anak yang suka sangat tengok tv. Kalau dengan aku memang jangan harap dapat nak tengok tv tu.... Sekali sekala ok tapi bila dah kerap aku pulak jadi naik rimas.
Apa-apapun semoga anak-anak aku ni terus bersemangat untuk mahir mengira.
Lagi satu tips yang aku boleh berikan adalah dengan memasang ayat-ayat Al Quran semasa anak-anak mengira. Insyaallah banyak manfaatnya disamping membiasakan mereka dengan ayat Al Quran dan suasana bising. Rupanya kita perlu biasakan anak-anak menjawab dalam keadaan bising, bukannya dalam keadaan senyap seperti di sekolah kerana ia akan membiasakan anak-anak apabila berada di dunia luar.
waa... tq for sharing..gud tips..
ReplyDeletelya pon dlm usha ajar asya math.. tp lya mmg xde skill.. just kutip2 kat internet jugak.. tp mcm ssh jgk la nak suh faham kan.. erm...
gud luck buat anak2.. nmpk dia tekun je mengira.. ok la mcm ni..asya kdg2 x fokus..tu y geram..
Lyafrina, better mulakan dari awal sebab anak akak yg nombor dari Tadika memang dah minat Maths..
Deletebagusnya da, aku skrg ni maghrib mmg peraturannya tak
ReplyDeleteboleh tgk tv, klu x mmg tak bergerak nak suruh mandi dan solat, matematik
ni yg penting latihan kan, khusyuknya anak2 ko seronok tgk
Aju,
DeleteMath kena banyak bagi latihan dan selalu beri.. Tak boleh sekali sekala.. sekarang pun diorang dah buat tiap-tiap hari sebab nak habiskan cabaran RM 50