Friday, January 31, 2014

Nasi Arab Mandy

Bukan senang nak dapat rasa masakan tengahari dari air tangan aku ni. Walaupun dah berkahwin hampir 8 tahun tapi sangat jarang aku dapat masak untuk makanan tengahari. Ini bukan kerana aku tak pandai masak (tapi tu salah satu sebablah). Tapi kerana mak aku yang selalunya yang akan memasakkan untuk kami.

Aku hanya dapat beraksi di dapur di waktu pagi ketika menyediakan sarapan pagi sahaja. Makan tengahari dan makan malam memang sepenuhnya oleh mak aku.

Memandangkan hari cuti Tahun Baru Cina, aku mengambil peluang untuk masak suatu yang special untuk kami sekeluarga iaitu Nasi Arab Mandy. Sebenarnya semua bahan-bahan dah ada cuma ada sedikit rempah yang masih tiada sebab kami memang tak menggunakan rempah-rempah sebegini dalam masakan.

Setelah bertungkus lumus sorang-sorang di dapur, akhirnya siap juga Nasi Mandy. Kiranya percubaan pertama yang boleh dikira berjaya.



Mengikut resepi sepatutnya menggunakan ayam tapi disebabkan stok ayam tiada, jadi aku menggunakan daging yang dah ada dalam peti sejuk je. Memang sangat puas hati dan insyaallah boleh buat lagi sekali memandangkan stok beras Yaman masih ada lagi.

Bagi yang nak cuba buat boleh cuba resepi ni. Bagiku yang jarang memasak ni sangat mudah cuma perlu banyak bahan-bahan yang perlu disediakan.

Penyediaan Stok Ayam/Daging untuk nasi

Bahan-bahan :-
1. 1 ekor ayam/daging
2. 1 set renpah kasar **
3. 2 ulas bawang putih (diketuk)
4. 1 inci halia (diketuk)
5. 1 biji buah pala (diketuk) aku tak letak sebab tak beli
6. 1 sudu kecil rempah Mandy
7. 2 sudu kecil garam
8. 1/4 sudu kecil serbuk saffron

Cara-cara :-
Campurkan semua bahan dan rebus sehingga ayam/daging masak

** Rempah kasar
1. 5 biji buah pelaga
2. 4 kuntum bunga cengkih
3. 2 kuntum bunga lawang
4. 10 biji lada hitam
5. 1 sudu kecil jintan putih
6. 1 batang kulit kayu manis
7. 2 helai daun bay/salam

Penyediaan Nasi

Bahan-bahan :-
1. 3 cawan beras YAMAN (basuh, rendam 20 minit dan toskan)
2. 3 cawan stok ayam
3. 2 sudu minyak sapi/mentega/jagung aku pakai margerin je
4. 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
5. 1 set rempah kasar
6. 1 sudu kecil rempah Mandy
7. 1 biji tomato (dipotong dadu)

Cara-cara :-
1. Tumis bahan 3,4 &5 hingga kuning
2. Masukkan tomato. Masak hingga layu
3. Masukkan beras & goreng hingga air kering atu beras berkilat. Masukkan stok ayam dan ratakan beras
4. Letak sebiji limau kering atau 1/4 lemon di tengah beras
5. Tutup periuk. Lepas 20 minit buat lubang di tengah untuk pastikan air kering
6. Bila air kering taburkan sedikit serbuk saffron dan letakkan arang berasap ditengah lubang. Tutup seketika. Ni pun aku tak buat
7. Selepas 15 minit boleh hidangkan.

Nilah hasilnya

Untuk penyediaan ayam panggang, salatah dan saalad boleh check kat sini sebab tak larat nak menaip resepi penuh.. Selamat mencuba


Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...