Thursday, March 27, 2014
Tak sabar nak shopping PERCUMA di AEON
Sebelum ni aku ada buat entri mengenai kemenangan hadiah saguhati peraduan yang aku sertai. Alhamdulillah dah selamat terima voucher AEON bernilai RM 100. Bolehlah berbelanja sambil mengintai mana-mana peraduan yang boleh aku sertai..
Sebenarnya bukan senang nak menang kalau masuk peraduan. Mana yang tak pernah menang mesti nampak macam aku ni banyak kali menang. Tapi kalau nak dibandingkan dengan pro-comper yang lain memang aku ni umpama anak ikan bilis je.. Tapi walau macamana pun tetap bersyukur sangkut juga satu hadiah. Sekurang-kurangnya cover kos yang dikeluarkan pun dah kira bagus. Takde lah rasa membazir sangat masuk peraduan. Ada juga sahabat-sahabat yang cuba-cuba sertai peraduan tapi bila tak menang terus dah tak sertai..
Sebenarnya bila dah tak menang kita mesti terus berusaha untuk mencuba. Jangan berhenti setengah jalan. Perlu juga ada ilmu kalau nak sertai peraduan ni. Aku pun banyak juga belajar dari pakar-pakar secara tak langsung.
Moga lepas ni ada lebih banyak kemenangan untuk aku dan rakan-rakan yang lain.
Wednesday, March 26, 2014
Baru nak masukkan iklan Nuffnang
Blog ni merupakan blog kedua yang pernah aku ada. Blog lama atas nama www.zuraidarahim.com tak dapat aku nak selamatkan. Dulu status aku adalah Glitterati tapi semenjak dah beralih ke blog lain, aku dah bertukar status ke Non-Glitterati.
Memandangkan aku banyak masa dan bercuti sakit selama seminggu, jadi aku pun masukkan semula iklan Nuffnang kat dalam blog baru aku ni. Moga ia memberi nafas baru kepada blog aku disamping menambahkan pendapatan sampingan hasil dari coretan aku di dalam blog ni.
Monday, March 24, 2014
Hikmah Keguguran
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Itulaah yang terjadi padaku sekeluarga. Disebabkan keguguran, aku dapat cuti selama seminggu. Kebetulan jatuh ketika waktu cuti sekolah. Memang aku sangat bersyukur dapat meluangkan masa bersama anak-anak sepanjang seminggu cuti persekolahan.
Bangun pagi hati ni terus suruh anak-anak siapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru khas untuk disiapkan sewaktu cuti sekolah.
Walaupun muka masing-masing muka baru bangun tidur, tapi nampaknya lebih fokus untuk menyiapkan kerja sekolah. Nampak tak budak yang tengah-tengah tu. Nampak khusyuk betul menuliskan. Mana taknya dia nampak abang-abang menulis, dia pun sama-sama excited nak belajar sama.
Macam biasa anak-anak ni bukan boleh sangat berlama-lama kalau belajar. Dia cepat bosan. Dapat siapkan sikit pun dah kira bagus dah. Lepas tu masing-masing dengan aktiviti masing-masing. Ada yang main origami dan macam-macam aktiviti lain.
Bila dah dapat duduk rumah ni memang rasa dah tak nak kerja dah. Maksudnya nak bekerja dari rumah dengan lihat perkembangan anak-anak depan mata. Seronoknya bila tengok anak-anak makan dan main bersama. Walaupun asyik bergaduh. Sepanjang cuti ni nampaknya kena merancang masa depan yang lebih baik untuk kami sekeluarga.
Moga Allah permudahkan perancanganku untuk membesarkan anak-anak sebaik mungkin.
Sunday, March 23, 2014
9 minggu ditakdir bersama
Alhamdulillah diberikan kesempatan selama 9 minggu untuk merasakan menjadi ibu mengandung. Walaupun ini merupakan kali ke4 aku diberikan keistimewaan untuk merasainya, ia tetap menjadi pengalaman berharga buat diriku.
Seperti biasa kitaran haid aku adalah tetap setiap bulan. Jadi, bila lambat beberapa hari dari tarikh jangkaan aku sudah jangkakan bahawa diri ini sudah berbadan dua. Tanpa pengetahuan suami aku membeli 'kit pregnancy test'. Konon-konon nak jadikan suprise...
Setelah buat ujian, memang sah aku mengandung. Kesyukuran dipanjatkan atas rezeki yang diberikan.
Seperti biasa aku membuka buku pink di klinik berhampiran. Kebetulan ketika tu membawa ibuku pergi check up di klinik. Memandangkan berat badan aku yg melebihi BMI, maka aku diberikan appointment lagi sebulan dan disuruh minum air gula.
Pada 11 Mac 2014 terdapat sedikit 'discharge' bewarna coklat. Keesokannya aku ke klinik untuk memeriksa keadaan kandungan. Alhamdulillah Doktor mengatakan segalanya ok. Keadaan kantung dan rahim aku seperti biasa dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan. 'Discharge' masih terus keluar setiap hari walaupun tidak banyak dan bukannya 'fresh blood'.
Pada tanggal 18 Mac 2014 aku ke klinik seperti yang telah ditetapkan. Selesai urusan dengan jururawat, aku dirujuk untuk berjumpa Doktor. Semasa scan, doktor sudah menjangkakan bahawa kemungkinan aku keguguran kerana saiz kantung yang tidak bulat dan tiada degupan jantung.
Aku pun diberikan surat rujukan ke Hospital Sg Buloh di jabatan EPAU. Bagi aku yang tak tahu senarai dept di Hospital memang pening nak mencari dept EPAU. Rupanya itu adalah merujuk kepada Dewan Bersalin. Apalah salahnya doktor terus bagitahu pergi ke Dewan Bersalin. Takdelah aku nak berpusing satu hospital.
Di Hospital hati semakin berdebar-debar. Maklumlah pengalaman pertama mengalami situasi sebegini. Waktu menunggu takdelah lama sangat. Doktor memeriksa seperti biasa cuma kali ni perlu diperiksa dari bahagian bawah untuk kenalpasti penyebab discharge. Tetapi masih tidak dapat dikenalpasti sebabnya. Doktor bagi pilihan samada untuk terus check menggunakan satu alat di bahagian bawah atau tunggu lagi 2 minggu. Aku memilih untuk menunggu lagi 2 minggu.
Walaupun dalam hati memang sangat sayu memikirkan apa yang akan terjadi, aku tetap kuatkan semangat apabila berhadapan dengan anak-anak. Tapi bagi aku selepas segala ujian yang diberikan baru ku sedar betapa perlu lebih menghargai apa yang sedia ada di depan mata. Kasih sayang untuk anak-anak bertambah-tambah.
Pada hari Khamis 20 Mac 2014 aku ingin mendapatkan 2nd opinion dari klinik panel dan doktor menyarankan untuk tunggu sahaja seperti yg disarankan oleh doktor.
Pada 21 Mac 2014 aku mula rasa lain macam sebab sekarang sudah mula keluar 'fresh blood' seperti datang haid. Sakit seperti senggugut juga mula dirasai. Aku pun mengambil keputusan untuk berjumpa doktor pakar sakit puan di Putra Medical Centre.
Alhamdulillah Allah permudahkan urusan apabila doktor yang bertugas ketoka itu adalah doktor perempuan. Dr Wan Ratna namanya. Aku memang puashati setiap kali mendapatkan khidmat darinya. Beliau juga mengesahkan bahawa kandunganku tidak dapat diselamatkan dan dalam proses untuk turun. Beliau memberi pilihan samada untuk tunggu ia turun sendiri atau terus membuat DNC.
Aku memilih membuat DNC kerana tak sanggup untuk menunggu lebih lama dan tak sanggup melihat darah yang keluar. Tepat jam 3.30ptg aku masuk ke bilik operasi dan semuanya selesai dalam masa setengah jam. Tanpa perlu tinggal lebih lama di hospital, aku boleh terus balik setelah boleh bangun dan ke tandas.
Pengalaman pertama dan harapnya terakhir bagiku dalam menghadapi keguguran. Aku lebih sanggup merasai sakit beranak daripada sakit akibat keguguran. Tapi itu semua kuasa Allah. Moga coretan ini menjadi kenangan buat diriku sekeluarga.
Seperti biasa kitaran haid aku adalah tetap setiap bulan. Jadi, bila lambat beberapa hari dari tarikh jangkaan aku sudah jangkakan bahawa diri ini sudah berbadan dua. Tanpa pengetahuan suami aku membeli 'kit pregnancy test'. Konon-konon nak jadikan suprise...
Setelah buat ujian, memang sah aku mengandung. Kesyukuran dipanjatkan atas rezeki yang diberikan.
Buku Pink |
Seperti biasa aku membuka buku pink di klinik berhampiran. Kebetulan ketika tu membawa ibuku pergi check up di klinik. Memandangkan berat badan aku yg melebihi BMI, maka aku diberikan appointment lagi sebulan dan disuruh minum air gula.
Ketika usia kandungan 8 minggu |
Pada tanggal 18 Mac 2014 aku ke klinik seperti yang telah ditetapkan. Selesai urusan dengan jururawat, aku dirujuk untuk berjumpa Doktor. Semasa scan, doktor sudah menjangkakan bahawa kemungkinan aku keguguran kerana saiz kantung yang tidak bulat dan tiada degupan jantung.
Aku pun diberikan surat rujukan ke Hospital Sg Buloh di jabatan EPAU. Bagi aku yang tak tahu senarai dept di Hospital memang pening nak mencari dept EPAU. Rupanya itu adalah merujuk kepada Dewan Bersalin. Apalah salahnya doktor terus bagitahu pergi ke Dewan Bersalin. Takdelah aku nak berpusing satu hospital.
Di Hospital hati semakin berdebar-debar. Maklumlah pengalaman pertama mengalami situasi sebegini. Waktu menunggu takdelah lama sangat. Doktor memeriksa seperti biasa cuma kali ni perlu diperiksa dari bahagian bawah untuk kenalpasti penyebab discharge. Tetapi masih tidak dapat dikenalpasti sebabnya. Doktor bagi pilihan samada untuk terus check menggunakan satu alat di bahagian bawah atau tunggu lagi 2 minggu. Aku memilih untuk menunggu lagi 2 minggu.
Walaupun dalam hati memang sangat sayu memikirkan apa yang akan terjadi, aku tetap kuatkan semangat apabila berhadapan dengan anak-anak. Tapi bagi aku selepas segala ujian yang diberikan baru ku sedar betapa perlu lebih menghargai apa yang sedia ada di depan mata. Kasih sayang untuk anak-anak bertambah-tambah.
Pada hari Khamis 20 Mac 2014 aku ingin mendapatkan 2nd opinion dari klinik panel dan doktor menyarankan untuk tunggu sahaja seperti yg disarankan oleh doktor.
Pada 21 Mac 2014 aku mula rasa lain macam sebab sekarang sudah mula keluar 'fresh blood' seperti datang haid. Sakit seperti senggugut juga mula dirasai. Aku pun mengambil keputusan untuk berjumpa doktor pakar sakit puan di Putra Medical Centre.
Alhamdulillah Allah permudahkan urusan apabila doktor yang bertugas ketoka itu adalah doktor perempuan. Dr Wan Ratna namanya. Aku memang puashati setiap kali mendapatkan khidmat darinya. Beliau juga mengesahkan bahawa kandunganku tidak dapat diselamatkan dan dalam proses untuk turun. Beliau memberi pilihan samada untuk tunggu ia turun sendiri atau terus membuat DNC.
Aku memilih membuat DNC kerana tak sanggup untuk menunggu lebih lama dan tak sanggup melihat darah yang keluar. Tepat jam 3.30ptg aku masuk ke bilik operasi dan semuanya selesai dalam masa setengah jam. Tanpa perlu tinggal lebih lama di hospital, aku boleh terus balik setelah boleh bangun dan ke tandas.
Pengalaman pertama dan harapnya terakhir bagiku dalam menghadapi keguguran. Aku lebih sanggup merasai sakit beranak daripada sakit akibat keguguran. Tapi itu semua kuasa Allah. Moga coretan ini menjadi kenangan buat diriku sekeluarga.
Sunday, March 16, 2014
Sepinggan di kongsi bersama
Seronok pula bila tengok gelagat anak-anak bila di ajarkan makan berkongsi dalam satu pinggan yang sama. Tapi rupanya bukan senang untuk mendidik mereka ni untuk saling bertolak ansur antara satu sama lain.
Sebab itulah makan dalam talam/dulang adalah Sunnah. Rupanya banyak benda boleh kita nampak apabila anak-anak didedahkan untuk berkongsi.
Pagi ni pergi ke kedai mamak dan ambil putu mayam sepinggan.. Mula-mula masing-masing mahukan pinggan tu berada di depan mulut masing-masing. Akhirnya berjaya juga menenangkan mereka untuk biarkan pinggan berada di tengah-tengah.
Nampaknya lepas ni nak beli talam pula nak ajar anak-anak makan bersama dalam satu talam. Dapat buat seminggu sekali pun dah ok kan.. Sambil-sambil tu anak-anak boleh belajar sesuatu.
Aku pun pertama kali makan dalam dulang masa bulan puasa. Masa tu masih belajar dan saja-saja berbuka puasa di Masjid. Pengalaman yang tak akan aku lupakan seumur hidup.
Thursday, March 13, 2014
Menang : RM 100 voucher AEON
Hari tu ada pergi jalan-jalan dengan family ke AEON, sekali terjumpa contest yang kena membuat pembelian RM 25 produk Glade ni. Mula-mula tak nak join tapi bila difikir-fikirkan balik rugi pulak tak join. Jadi aku pun saja-saja sertai. Tapi semua benda yang aku beli tu aku dah jual pada budak office. Aku cuma ambik satu je..
Alhamdulillah hari ni dapat call dari organiser.. aku berjaya dapat hadiah saguhati bernilai RM 100. Terubat juga hati ni bila dah lama tak menang-menang. Macamana nak menang kalau masuk pun tak berapa nak rajin. Kalau tengok geng-geng comper semua hebat-hebat sebab ada yang dapat kereta, menang percutian dan pelbagai jenis gadjet... Cemburu tengok tapi kalau kita hanya cemburu dan tak buat apa-apa pun tak guna juga...
Nampaknya lepas ni kena rajinkan diri sertai lebih banyak peraduan. Supaya bila tengok kawan-kawan menang kita takdelah ternganga....
Ada ke kawan-kana kat sini yang suka join peraduan macam saya?
Thursday, March 6, 2014
Perpustakaan depan rumah tapi....
Nak cerita pasal perpustakaan pulak kali ni. Depan rumah mak aku a.k.a rumah yang aku duduk sekarang ni betul-betul berdepan dengan dewan orang ramai dan Perpustakaan Awam Selangor.
Nak dijadikan cerita, walaupun hanya sejengkal je dari rumah, tapi boleh dikira berapa kali aku menjejakkan kaki ke sini. Bukan tak nak pergi tapi masa dibuka tu adalah waktu aku bekerja dan anak-anak bersekolah. Macamana nak pergi kan. Tahun ni, ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini.
Memandangkan hari ni aku kerja separuh hari, jadi aku pun bawa anakku Zulfiqar ke perpustakaan. Bukannya apa sekurang-kurangnya nak mendidik dia budaya membaca. Memang aku akui memang tak ramai yang manfaatkan kemudahan yang ada. Mungkin sama masalah macam aku.
Buku-buku kat sini pun best-best juga. Ada majalah, surat khabar, buku ilmiah, rujukan dan banyak lagi. Aku tengok banyak juga buku-buku baru tapi umpama jarang dibaca. Tak kisahlah sekurang-kurangnya aku menggunakan kemudahan yang ada walaupun tak sepenuhnya.
Ni antara buku yang aku pinjam. 2 untuk aku, 2 lagi untuk bacaan aku untuk anak-anak. Anak-anak suka dengar cerita pasal Nabi-Nabi. Aku ni bukanlah pakar bab ni. Jadi biasanya en suami yang kena bercerita. Kadang-kadang sampai kering dah cerita dalam kepala otak dia dibuatnya. Harap-harap buku ni dapat dijadikan rujukan dan mana tahu aku pulak boleh berganti-ganti bercerita pada anak-anak.

Zulfiqar suka baca yang ini. Lagipun berwarna-warni |
Ambik gambar dulu sebelum balik |
Nampak tak betapa dekatnya perpustakaan tu dari rumah |
Buku-buku kat sini pun best-best juga. Ada majalah, surat khabar, buku ilmiah, rujukan dan banyak lagi. Aku tengok banyak juga buku-buku baru tapi umpama jarang dibaca. Tak kisahlah sekurang-kurangnya aku menggunakan kemudahan yang ada walaupun tak sepenuhnya.
Ni antara buku yang aku pinjam. 2 untuk aku, 2 lagi untuk bacaan aku untuk anak-anak. Anak-anak suka dengar cerita pasal Nabi-Nabi. Aku ni bukanlah pakar bab ni. Jadi biasanya en suami yang kena bercerita. Kadang-kadang sampai kering dah cerita dalam kepala otak dia dibuatnya. Harap-harap buku ni dapat dijadikan rujukan dan mana tahu aku pulak boleh berganti-ganti bercerita pada anak-anak.
Harap-harap aku boleh konsisten untuk terus membaca dan menggalakkan anak-anak pun minat membaca
Wednesday, March 5, 2014
Seronoknya dapat naik bas
Alkisahnya hari ini anak aku ada misi lawatan ke Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Cuba bayangkan bahawa budak tadika pergi buat lawatan ke sana. Kalau nak ikutkan jauh tu.. dari Selangor ke Perak tanpa ibu bapa bersama-sama. Lawatan ini terbuka kepada semua pelajar 4, 5 dan 6 tahun sahaja. Kiranya lawatan ni wajiblah.. Kalau tak pergi lawatan tak payah datang sekolah. Pening gak kepala nak campak mana pulak anak aku kalau aku tak bagi sertai lawatan tu kan?
Anak aku ni memang sangat teruja nak pergi dari minggu lepas lagi. Menghitung dari sehari ke sehari. Semalam kemuncak menunggulah kiranya. Masa aku ambik dari sekolah dia dah mula buat perancangan dari malam ni sampai ke esok pagi. Dia siap cakap Teacher pesan suruh tidur awal (Zul Iqbaal ni memang sejak sekolah pagi ni memang tidur paling awak 11.30 malam). Jadi malam ni patutnya tidur pukul 9 malam tapi mata dia tak boleh lelap. Jadi pukul 10 malam baru tertidur.
Bangun pagi pulak, pukul 6.15 pagi dah bangun. Senangnya nak suruh bangun hari ni. Kalau tak.... (jawab sendiri jelah kan )... Sekali bangun terus bangun dan masuk tandas untuk mandi. Sebab kena berkumpul di sekolah pukul 7 pagi. Jadi dah bersiap2, aku bekalkan air, biskut tiger (kegemarannya) dan sedikit bihun goreng (beli je) sebab takut jugak budak-budak ni lapar dalam bas. Kiranya sebelum 7 pagi dah hantar ke Tadika tapi bas tak nampak lagi. Tanya Teacher kat situ dia kata mungkin dalam pukul 7.30 pagi kot. Aku pun dah hantar terus balik rumah sbb nak uruskan si Zulqarnain ke Sekolah Agama.
Tengah beratur nak naik bas |
Lepas hantar Zulqarnain, aku terus ke Tadika anakku semula nak tengok dah bertolak ke belum. Rupanya diorang tengah berkumpul dan beratur kat depan sekolah. Bas pun dah ada 2 buah kat depan tu menunggu pelajar-pelajar tu naik je. Zul Iqbaal excited bila nampak aku datang. Ingatkan aku je yang ada perasaan bercampur baur nak lepaskan anak. Rupanya ramai ibubapa lain yang menunggu anak masing-masing.
Ni Teacher Azizul yang akan handle 3 orang pelajar sepanjang lawatan |
Masa untuk naik bas |
Dapat seat depan sekali ok. Rasanya aku je parents yang naik bas untuk ambil gambar |
Aku memang tunggu sampai bas bergerak baru aku balik. Sempat juga aku belikan 2 kotak air milo untuk anak aku. Sebab risau kalau lapar sepanjang perjalanan. Duit pun aku ada berikan sikit sebab takut juga kalau dia nak berbelanja. Bagi duit singgit-singgit bagi senang bila nak bayar nanti. Iqbaal ni aku tak risau pasal nak bayar sebab aku memang dah biasakan dia untuk bayar setiap kali ke kedai.
Muka happy tak ingat |
Petang ni tak sabar nak dengar celoteh dia mengenai pengalaman sepanjang hari ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Cheesekut Mini
Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...
-
Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...
-
Dalam entri sebelum ni aku dah ceritakan mana nak dapatkan hotel selesa dan berpatutan mengikut budget aku. Entri kali ni aku nak kongsi...
-
Sekarang office aku ni meriah sikit sebab dah ada aktiviti setiap bulan. Tema bulan ni adalah BULAT maknanya kena beli hadiah yang berbentu...