Hari tu berpeluang ajak suami dan anak-anak merasa makan di
Man Burger Kukus Lava. Hajat nak makan memang dah lama tapi disebabkan takde masa yang sesuai simpan jelah dulu hajat tu. Kebetulan hujung minggu hari tu ada Karnival di Masjid dan kami rancang saja nak bawa anak-anak ke Karnival tapi nasib tak menyebelahi sebab hujan lebat. Aku dan anak-anak tak keluar ke Karnival cuma suami je yang keluar untuk tengok-tengok kot-kot ada yang menarik.
Lepas tu otak ligat berpusing nak ke mana. Kesian anak-anak pun dah lapar sebab diorang baru balik dari latihan Karate-Do. Siap mandi dan solat Asar terus keluar rumah. Mula-mula aku nak ke Secret Recipe tapi en Suami macam tak setuju je, aku pun bagi cadangan untuk ke
Man Burger Kukus Lava di Damansara Damai.
Ini Signature Dish dekat sini. Aku ingatkan ni macam ala-ala kapal tapi rupanya Mr Krabs... hahaha.. nampak sangat aku ni takde nak menghayati watak-watak kartun ni. Memang kelas ko Zulqarnain order ni. Memang nampak mengiurkan.
Zul Iqbaal dan Zulfiqar ambil kids menu dan pilihan utama adalah sosej besar. Bahagian yang paling best kat sini ialah Iqbaal makan semua sosej dan Zulfiqar makan semua kentang goreng. Memang sesuai sangatlah masing-masing sebagai pelengkap untuk menghabiskan makanan.
|
Sedap menikmati sosej |
|
Rileks menghabiskan kentang goreng |
Yang ni aku punya pulak. Nampak menyelerakan dan tak sabar nak makan. Ini Spongebob Triple Special. Terus order triple tu yang tak tahan tu..
Ni pulak suami aku punya. Lupa pulak dia pilih menu apa. Tapi masing-masing menikmati makanan masing-masing. Dah tak boleh nak share... hahaha... masing-masing dah lapar, so tak boleh nak mengecek orang lain punya.
Air pulak aku order Kedondong Asamboi. Ingat biasa je tapi presentation dia memang ada kelas... Aku suka. Siap ada aiskrim lagi. Cuma part tak best dia blend sekali dengan biji asam boi.. Tapi secara keseluruhannya memang best.
Aku suka dengan cara yang digunakan kat sini. Dia buat macam sistem kedai fast food lain. Order dan bayar dulu, baru makanan sampai. Setakat ni tak pernah jumpa kedai makan lain yang amalkan sistem macam ni. Kalau ada yang berhajat nak cuba boleh tengok dulu menu-menu kat bawah ni.
Ada 2 cawangan iaitu di Damansara Damai dan di Saujana Utama. Nak tahu info lanjut boleh tengok dekat
FB Man Burger Kukus Lava.