Thursday, June 20, 2019

Resepi : Spageti Bolognese

Aku bukanlah tukang masak jauh sekali pandai bab-bab memasak ni. Kebetulan berkawan dengan sorang Chef, dah alang-alang berkawan kita korek ilmu dia. Resepi ni dah kali kedua buat memang sangat puas hati sebab tak guna pun perencah dalam tin atau botol tu kecuali tomato puree.

Homemade Spageti Bolognese

Saya nak kongsikan bahan yang digunakan disamping untuk memudahkan saya refer balik kalau terlupa resepi tu.
Antara bahan-bahan utama

Bahan-Bahan (untuk 4 peket spageti lebih kurang 40-50 orang makan)

1. 2kg daging kisar/daging burger
2. 2 tin tomato puree (size tin susu)
3. Sedikit mixed herbs
4. 10 bji bwng besar (diblend)
5. 5 batang carrot (diblend dan tapis air)
6. Cendawan tiram - 2 peket
7. 3 Batang Daun sup
8. Daun Bay (kalau ada letak, kalau takda tak perlu letak)
9. 2 sudu bsr lada hitam biji tumbuk halus
10. 10 ulas bwng putih cincang (diblend)
11. Gula
12. Garam
13. Satu botol ketchup cap heinz atau 5 biji tomato diblend

Cara-cara :-
1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan daging kisar (macam sangai je daging kisar tu). Bila dah agak-agak daging dah masak keluarkan dari kuali letak tepi. Dari pengalaman, kalau pakai daging burger air yang keluar takdelah banyak sangat tapi kalau pakai daging kisar, air agak banyak jadi air tu tapis dan letak tepi dulu. Nanti boleh gunakan balik.

2. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dah diblend. Saya blend semua supaya senang anak-anak nak makan. Tak perlu nak memilih bawang. Semua diorang akan makan kalau dah hancur.

3. Masukkan carrot yang dah diblend dalam kuali dan kacau. Kemudian masukkan tomato puree dan sedikit mixed herbs. Tin tomato puree yang dah kosong tu masukkan sikit air tapisan carrot dan goncang untuk elakkan pembaziran. Kacau sehingga pecah minyak.

4. Bila dah pecah minyak masukkan batang daun sup yang dicincang kecil, daging kisar. Sekiranya guna tomato, masukkan tomato sekali dan kacau lagi.

5. Masukkan cendawan tiram yang dah dipotong halus-halus. Bila dah letak cendawan ni, kuah akan jadi pekat sikit. Untuk pertama kali buat saya letak cendawan, kali kedua tak letak sebab masak tuk jamuan anak-anak kat sekolah. Biasa budak-budak ni letak tepi cendawan ni.

6. Lepas tu masukkan gula dan garam secukup rasa dan kalau perlu tambah sedikit mixed herbs bergantung kepada tekak masing-masing. Last sekali masukkan lada hitam. Kalau guna Ketchup Cap Heinz tu, masukkan last sekali.

7. Siap untuk dimakan.

** cara-cara masak spageti boleh rujuk pada plastik pembungkus. Tak perlu nak kongsi sangat cara-caranya.

Daging burger yang dimasak dengan sedikit minyak

Tumis bawang putih & bawang besar

Carrot yang dah diblend dan tapis airnya

Masukkan carrot dan sedikit Mixed Herbs

Tomato yang diblend

Masukkan tomato puree

Batang Daun Bawang diracik halus

Cendawan Tiram yang diracik halus juga

Sos spageti dah ready. Yang ni ada cendawan

Peminat tegar spageti

Terima kasih pada Chef Robi yang telah berkongsi resepi ni. Lepas ni confirm tak perlu beli kat luar dah. Dah pandai masak sendiri dah. Bahan-bahan pun mudah dapat je.

Tuesday, June 11, 2019

Resepi : Pengat Durian

Tekak teringin nak makan pengat durian. Apalagi kena cari bahan utamanya iaitu durian dan kelapa/santan.

Lepas berpusing satu Sg Buloh dapat juga jumpa durian. Pilih durian udang merah RM 12 sekg.  Dah siap-siap kopek sebelum masak.


Bahan-bahan :-
1. Durian
2. Sebiji Kelapa parut diperah santannya
3. Gula merah
4. Sedikit garam dan gula
5. Daun pandan

Cara-cara :-

Masakkan santan bersama semua bahan yang lain dan masak mengikut kepekatan masing-masing.

Saya suka pekat dan likat sebab bila makan dengan roti takdelah meleleh.

Kemanisan pun kena adjust sendiri sebab lain orang lain level manisnya.


Paling sedap makan dengan roti. Kalau teringin boleh biat sendiri je sebab senang je nak masak. Yang penting bahan semua dah ada.


Selamat Mencuba 🥰🥰

Thursday, May 16, 2019

Resepi Kek Batik Milo



Dah lama teringin nak buat kek batik ni. Kalau beli tak puasa rasanya.  Nasib bahan nak buat tak banyak dan mudah dapat.

Ok jom kita sama-sama buat kek batik Milo yang super sedap.

Bahan-Bahan :-
✔ 1 ketul butter
✔ 1 cawan susu pekat
✔ 2 cawan milo
✔ 3 sudu serbuk koko.


Cara-cara :-
✔ Cairkan butter
✔ Masukkan susu pekat, milo dan serbuk koko. Kacau dalam 5 minit sampai dia jadi agak pekat.
✔Lepas tu boleh la start lapis2 kan dengan biskut marie... 😊

Wednesday, May 8, 2019

Tuesday, May 7, 2019

Steamboat Homemade Viral

Selalu nampak kawan-kawan post kat fb buat masak steamboat ala-ala kedai. Rasa jealous je tengok dan rasa nak cuba sendiri kat rumah.

Barang-barang dah standby beli. Tinggal tunggu masa nak buat je.

Bahan utama untuk kuah steamboat :-
 ✔ Pes Asam Pedas - sepeket
✔ Pes Tom Yam - 2 peket
✔ Air
✔ Garam
✔ Gula

Cara-cara :-
1. Didihkan air
2. Masukkan pes-pes ke dalam air yang mendidih
3. Masukkan sedikit garam. Kalau pedas sangat boleh tambah gula.
4. Kacau dalam 5-10 minit. Yeay kuah steamboat dah ready.

Bahan-bahan steamboat masak sesama bila nak makan. Kami gunakan portable stove ni. Senang

Masukkan semua bahan dalam periuk

Portable Stove

Telur wajib pecahkan dalam kuah bagi lagi pekat kuah

Pes Asam Pedas & Tom Yam

Bahan-Bahan untuk steamboat
Berbaloi sangat masak sendiri steamboat kat rumah. Sebab biasanya makan kat luar anak-anak hanya makan mee segera. Tak berbaloi rasanya.

Bila buat kat rumah boleh letak apa yang kita suka banyak-banyak. Yang mana diorang tak makan kita tak letak.

Selamat mencuba semua. Tekak ni tetiba teringin nak makan ni pulak buka puasa hari ni.

Wednesday, April 3, 2019

Wordless Wednesday : Pesta Orkid, Flora dan Herba 2019


Sempena cuti sekolah kali ni, bawak anak-anak balik kampung. Kebetulan ada Pesta Orkid, Flora & Herba 2019. Jadi memang destinasi wajib pergi. Jom layan hasil tangkapan kat sana.

Harga dari RM 30-RM 5 sepokok

Macam palsu je

Pokok Janggut (RM 5)

Pokok Janggut (RM10)

Hasil tangkapan (5 pokok orkid)

Kalau ikutkan banyak lagi nak beli tapi memikirkan macamana nak bawak balik dengan kain baju yang banyak tu. Ini pun dah pening kepala fikir.

Monday, March 25, 2019

Double Birthday Celebration untuk Nenek dan Ummi

Bulan Feb dan Mac sangat sibuk sampai tak sempat nak celebrate birthday. Sempat wish dan beli kek je. Biasa kalau birthday sesiapa kami akan buat makan-makan atau pergi makan spesel sikit kat luar. Kali ni gabung sekali birthday aku dan juga birthday mak aku. Patutnya nak sambut 23hb Mac tapi kebetulan anak-anak ada kem di masjid jadi terpaksa postpone buat lepas habis kem iaitu 24hb Mac. Lambat sehari dari birthday aku.

Kali ni kami pilih untuk makan kat luar je. Destinasi pilihan adalah makan seafood memandangkan mak aku ni kalau makan benda yang pelik-pelik agak kurang gemar. Seafood juga menjadi pilihan.

Kami menuju ke Jeram terjah Restoran Aroma Ikan Bakar. Memang selalu ke sini sebabkan suka dengan suasana tepi pantainya. Kali ni ada sedikit perubahan kat kedai ni sebab dulu ada pondok-pondok dekat tepi pantai tu. Jadi ada pilihan samada nak makan diatas kerusi atau hanya bersila. Rupanya pondok semua dah takde lepas kejadian ribut pada tahun 2018. Jadi semua kena duduk atas kerusi je.

Sebabkan cuaca panas, angin yang bertiup pun terasa bahangnya. Kebetulan air pun tengah surut masa kami datang.

Sementara menunggu, anak-anak dengar cerita dari ayahnya. Muka masing-masing tak boleh blah sebab semuanya baru bangun tidur. Perjalanan dari rumah ke sini mengambil masa lebih kurang sejam. Masing-masing enjin belum panas lagi.


Sotong goreng tepung

Ikan masak masam manis

Pepahat masak cili

Ketam masak cili

Sayur Kailan Ikan masin

Bila dah sampai semua menu, apalagi Bismillahirrahmanirrahim. Dah tak ingat nak berposing dah. Perut dah lapar. Pukul 2 lebih baru nak makan. Perut masing-masing dah berkeroncong dah tak ingat yang lain dah.

Lepas makan, anak-anak dah sibuk nak main kat tepi pantai. Takde siapa pun yang main kat tepi pantai tu memandangkan panas terik tapi anak-anak aku rileks je. Kebetulan dekat tepi pantai tu ada buaian, lagi seronok diorang ni main. Lagipun takde orang lain kacau.

Buaian macam ni biasa ada dekat Pantai Penarik di Terengganu. Bila dah ada kat sini, haruslah bergambar sebagai kenangan.


Buah hati 

Nak juga masuk dalam gambar
Nampak tak kat belakang tu laut sebenarnya. Air tengah surut. Sebelum ni datang tak pernahlah air surut sampai jauh macam ni. Walaupun air kering, pantai ni jenis selut. Agak bahaya kalau tak perhati anak-anak ni. Jadi aku teman anak-anak main sambil laki ngan mak aku tolong licinkan lauk yang tinggal.

Abang-abang jaga adik

Lone ranger

Memang jenis yang ikut kepala dia sendiri je. Tengah panas ni boleh pulak dia berbaring camni.



Buaian untuk disewa RM 5 satu

Menarik ada buaian macam ni. Dengan perut kenyang pastu kena tiup angin tepi pantai mau terlelap biji mata ni. Nasib tak landing dulu kat sini.

Bila dah settle solat kat sini, ingat nak terus balik. 

Tapi..........

Tunngu posting akan datang ye..

Friday, March 22, 2019

JJCM : Day Trip ke Melaka

Hari tu kebetulan keluarga mertua ke Melaka sebab nak ambik barang-barang adik ipar yang bongsu yang dah habis belajar. Kami pun tak lepaskan peluang nak berjumpa sebab kalau nak tunggu balik kampung memang kena cari cuti panjang baru boleh balik ke sana.

Pagi-pagi lepas Subuh dah keluar rumah. Tak lupa dah siap-siap masak nasi lemak memandangkan jumlah ahli keluarga yang ramai. Senang sebab leceh nak cari kedai makan pagi-pagi ni. Keluarga mertua ambik homestay kat Merlimau. Kami terus ke sana dan bersarapan nasi lemak yang kami bawak.

Lepas sarapan pergi jalan-jalan kat Bandar Melaka. Kami bawa mak dan bapa mertua manakala adik ipar naik kereta satu lagi.

Kami terus cari Cendol viral kat Melaka ni, Cendol Kg Hulu. Adik ipar pusing dulu shopping kat Bandar Melaka. Memandangkan kami bawa orang tua dan anak-anak yang berderet memang takdelah nak bershopping bagai. Pergi terus destinasi tujuan.

Ini antara cendol yang kami order. Cendol Mangga, Cendol Dragon Fruit, Cendol Durian dan Cendol Biasa.

Ada macam-macam jenis cendol sebenarnya. Tapi yang paling tak boleh lupa ialah cendol durian. Memang teringat-ingat dibuatnya.

Cendol Mangga

Cendol Dragon Fruit

Cendol Durian

Memandangkan kami sampai awal dalam pukul 11 pagi, masih banyak tempat kosong lagi. Menu makanan pun takde lagi. Ada roti john je.

Order Roti John Cheese. Memang sedaplah tapi makan cendol je pun dah penuh perut rasanya. Sebab cendol tu ada banyak kacang merah. Anak-anak tak makan, jadi maknyalah yang kena makan kan. Membazir kalau buang.. hahahaha.. statement..


Roti John Cheese

Siap pakai payung sebab kesian dekat mertua panas. Kami anak beranak ok je duduk tengah panas ni.



Anak-anak sibuk nak naik jambatan kat belakang tu. Kebetulan nak Tahun Baru Cina, jadi banyak hiasan tanglung dan lampu warna merah sepanjang jambatan tu. Ambil gambar dah memang wajib sebagai kenangan pada masa akan datang katanya.


Lepas makan cendol bergerak ke Pantai Klebang. Tujuannya nak lepak-lepak tepi pantai je. Nak makan coconut shake dah tak boleh masuk dah. Sebelum sampai Pantai Klebang jumpa dengan Muzium Kapal Selam, singgah sekejap tapi hanya aku dan anak-anak je yang turun sebab ibu dan bapa mertua tak larat nak berjalan banyak.

Ni harga tiket masuk ke Muzium Kapal Selam :-

Dewasa - RM 5
Kanak-Kanak - RM 2

Kat situ hanya ada sebuah kapal selam dan 2 jet pejuang. Memandangkan cuaca yang panas berdenting, memang takdelah nak berjalan-jalan sangat kat situ. Mula-mula masuk dalam kapal selam tu. Dalam tu ada aircond jadi sejuk sikitlah. Dalam kapal selam tu ada patung-patung orang yang konon-kononnya tengah bekerja. Siap ada bunyi dalam tu untuk menunjukkan suasana sebenar dalam kapal selam tu.  Untuk pengunjung, ada jalan masuk dan keluar kapal selam tu berbeza sebab laluan hanya boleh muat seorang je. So, takde masalah nak bertembung bila keluar dan masuk.

Bila dah seround jalan dalam kapal selam tu, kami turun dan tengok jet-jet pejuang yang ada diruang pameran. Yang ni outdoor, jadi terasa kepanasannya memandangkan lokasi pun di tepi pantai. Selesai pusing-pusing kami pun terus bergerak ke Pantai Klebang menikmati angin pantai katanya...

Poyo sangatkan.. padahal dekat Bachok ada je suasana macam tu. Tapi saja nak menghabiskan masa dengan keluarga dekat sana. Itu yang ramai-ramai lepak tepi pantai. 

p/s : Penulisan hanya sebagai kenangan bersama anak-anak. Bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk.


Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...