Saturday, March 14, 2015

Kemenangan 2015 : Peraduan P&G Econsave

Rezeki di bulan Mac dan jug tahun 2015. Dah lama tak masuk peraduan disebabkan kesibukan. Tapi kerajinan semula masuk peraduan sempena Tahun Batu Cina baru-baru ini membuahkan hasil. Ada beberapa kemenangan tapi nak kongsikan apa yang hadiahnya telah diterima.

Borang peraduan
Sebenarnya ni peraduan yang memerlukan slogan dan aku memang sangat lemah bila bab slogan ni. Disebabkan resit dan borang dah ada, aku isikan saja borang tu dan slogan aku buat secara spontan. 

Tak berharap sangat nak menang peraduan yang berasaskan slogan ni lagipun dengan pembelian dah dapat mangkuk tingkat CNY. Kiranya itu dah kira sebagai hadiah bagi aku.



Beberapa hari lepas dapat panggilan dan aku dapat hadiah saguhati RM 100 baucer Econsave. Hari ni dah selamat terima dan boleh pergi bershopping sambil usha peraduan lain... 

#kemenanganpertama2015

Friday, March 13, 2015

Team Building @ Lost World of Tambun

Kali kedua menjejakkan kaki ke sini tahun ni. Kali ni pergi menaiki bas bersama-sama dengan rakan sepejabat sebab untuk pertama kalinya kami akan mengikuti Team Building. Ada 29 orang je yang sertai program ni sebabnya kalau ramai pergi alamatnya tak jalanlah semua kerja kat ofis tu.


Ni bas yang kami naik. Sangat selesa dan memandangkan tak ramai peserta jadi bas kosong. Lagipun ada yang naik kereta sendiri untuk ke sana. Bas kosong sebabnya kami berhenti di R&R untuk sarapan pagi. Lepas sarapan aku terus naik bas sebab yang lain ada yang merokok dulu sebelum naik bas. Bila tunjuk anak-anak gambar ni mesti masing-masing akan menunjukkan reaksi keterujaannya sebab diorang sangat suka naik bas tapi agak susah untuk aku dan suami bawa anak-anak menaiki bas.


Ni bilik penginapan aku selama 3 hari 2 malam. Satu bilik kongsi dua orang. Biliknya selesa tapi kalau bawa family bagi aku agak kurang selesa sebab lantainya tiada karpet. Kalau bawa anak-anak aku lebih suka cari hotel berlantaikan karpet sebab senang anak-anak nak bergolek atau bermain kat bawah. Taklah sejuk kan...

Sampai je kat hotel, kami disediakan minum pagi. Walaupun dah makan di R&R tapi masih tetap makan apa yang disediakan. Aktiviti hari pertama aku tak ambil gambar pun sebab ada aktiviti yang melibatkan air dan aku malas nak fikir mana nak simpan bila aku buat aktiviti nanti. Lepas minum pagi terus ada aktiviti Ice Breaking dan menyiapkan bendera kumpulan dan juga War Cry kumpulan kami. Lepas tu makan tengahari dan balik ke bilik sebelum mulakan aktiviti di Lost World of Tambun. Kebanyakan aktiviti semua dibuat di dalam taman tema. Dari hotel ke taman tema hanya berjalan kaki je tapi bagi aku yang berbadan dua yang dah masuk 30 minggu ni agak mencabar nak berjalan kaki jauh ni. Tapi sebab tak boleh nak mengada-ngada sebab tiada suami di sisi, ku gagahkan juga.

Ni aktiviti hari kedua kami ddapatlah tunjuk gambar sebab hari ni punya aktiviti aku tak boleh buat jadi aku boleh bawa camera dan menjadi jurugambar. Pagi-pagi macam biasa sarapan pagi dulu dekat Garden Terrace Lost World of Tambun. Nak makan pun jenuh nak berjalan kaki tapi takpe lepas tu terus masuk Taman Tema untuk buat aktiviti.

Makan dulu
 Jam 9 pagi dah masuk dalam Taman Tema walaupun belum dibuka untuk pengunjung. Dari pintu masuk ke Team Building Park agak jauh juga bagi aku yang membawa muatan kat dalam perut ni. Macam biasa aku orang terakhir sambil menikmati pemandangan sekeliling kawasan. Walaupun jauh, tapi lihat pemandangan sekeliling hilang rasa penat.

Team Building Park

Ni semua ahli kumpulan aku. Majoriti lelaki je perempuan hanya ada 4 orang je.. Ni lepas penat berjalan rehat sekejap sebelum aktiviti bermula. Sebelum aktiviti berat, kena panaskan badan dulu. Aktiviti panaskan badan aku masih boleh sertai dan inilah hasilnya.. 

Kumpulan Blue Star

Muka diconteng bagi yang ada buat kesalahan. Rasa seronok hilang segala stress bekerja. Dah lama sangat tak sertai aktivit-aktiviti macam ni. Dulu masa zaman Universiti memang setiap hujung minggu buat aktiviti lasak.


Sebelum mula cabaran di dalam air, sudah tentu kena pastikan semua tak takut bila berada di dalam air. Ini adalah aktiviti untuk memberikan keyakinan kepada setiap peserta. Memang ramai yang jenis penakut bila masuk dalam air. Aku kat tepi kolam ni jadi tukang gelak jelah bila tengok gelagat masing-masing.


Selesai aktiviti sesi bergambar dengan ahli-ahli kumpulan masing-masing. Sesi bergambar dengan ular lagi. Seram tengok ular tu sebab terbayangkan kalaulah dia mengganas agak-agak apalah yang terjadi agaknya ye..


Hari terakhir ada juga buat aktiviti. Memang setiap aktiviti yang diberikan banyak pengajaran di sebaliknya. Ini salah satu aktivitinya iaitu permainan 'The Mole'.



Kesimpulannya Team Building kali ni dapat berikan aku pelajaran yang banyak dan boleh digunapakai suatu hari nanti. Sebelum balik singgah beli buah limau barli dulu sebagai buah tangan untuk keluarga yang ditinggalkan kat rumah.








Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...