Monday, September 29, 2014

Cuti Deepavali bukan hari Khamis?

Ada sesiapa yang boleh confirmkan berkenanaan pertukaran tarikh cuti Deepavali? Rancang nak balik kampung masa ni. Nampaknya kena tambah lagi sehari cuti... HuHU..


Suka Suki Pertandingan Mewarna

Hari tu masa pergi kedai buku ternampak ada Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak. Aku memang tak boleh tengok kalau ada pertandingan mewarna sebab pasti aku akan bawa anak-anak aku sertai. Target memanglah nak menang tapi itu bukan tujuan utama sebab tujuan utama adalah nak berikan pendedahan kepada anak-anak untuk memasuki pertandingan yang ada dan sesuai dengan usia.


Yuran pendaftaran RM 15 seorang dan dapat satu set crayon, set alat tulis dan non woven bag. Syarat pertandingan adalah perlu mewarna menggunakan crayon yang diberikan. Memang aku tak berapa gemar dengar syarat yang ini sebab anak-anak memang aku tak ajar warna guna crayon sebab sudah pasti lukisan menjadi comot. Tapi nak tak nak kena jugalah anak-anak mencuba menggunakan crayon.

Crayon
 Sebenarnya masa kami datang tempat untuk mewarna disediakan tapi semua dah penuh, terpaksa tunggu sesi kedua sebenarnya. Memandangkan aku malas nak tunggu lagi lama, jadi aku minta kebenaran untuk mewarna kat bawah je. Alhamdulillah diorang benarkan dan anak-anak selesa mewarna dalam aircond dan orang lain mewarna dekat luar (khemah disediakan). Cuma belikan board untuk memastikan kertas lukisan tak terkoyak.

Meja mewarna yang disediakan


Aku daftarkan untuk 2 orang je, tapi Zulfiqar pun nak mewarna sama. Mintak extra kertas warna supaya dia pun boleh mewarna. Tengoklah betapa tekun masing-masing mewarna. Macam-macam aksi dapat dilihat masa mewarna ni. Dah penat dengan posisi ni dia tukar ke posisi lain pula. 


Nilah hasilnya... Mewarna ikut kreativiti masing-masing. Siap untuk dihantar.


Hadiah pertandingan merupakan hamper dan juga piala. Kalau dapat hamper tu jimat duit beli alat tulis setahun aku rasa. Siapa menang aku tak pasti sebab tak tunggu sampai habis sebab dah tengahari dan perut anak-anak dah berkeroncong. Jadi sebelum diorang meragam baik aku bagi diorang kenyang. Lagipun kebarangkalian untuk menang adalah sangat tipis. Yang paling penting anak-anak dapat merasai pengalaman ini dan berjaya menyiapkan dalam masa yang ditetapkan.



Saturday, September 27, 2014

Ibadah Qurban bersama EZ Qurban

Ini bukan iklan berbayar tapi hanyalah untuk berkongsi info kepada rakan-rakan yang sudi singgah ke blog kecil aku ni. Ini bukan pertama kali aku menggunakan khidmat di EZ Qurban. Sebelum ni aku melaksanakan ibadah Aqiqah untuk Muhammad Zulfiqar di sini kerana aku dan suami rasakan perlaksanaan di negara-negar yang susah sangat-sangat memberi manfaat dan membantu mereka sedikit sebanyak berbanding dengan melakukannya di sini. Tapi itu semua terpulang kepada diri sendiri samada ingin buat di Malaysia atau di negara-negara yang susah.




Bagi ibadah Qurban, ini pertama kali aku menggunakan khidmat EZ Qurban. Bukannya tak nak buat di sini tapi harga bagi satu bahagian di sini hampir sama dengan 2 bahagian sekiranya menggunakan khidmat EZ Qurban. Dengan EZ Qurban hanya RM 280 sebahagian manakala di Surau kawasan rumah aku RM 500 sebahagian. Tempat lain aku tak pasti pulak.

Apa-apa pun aku bersyukur sebab tahun ni diberikan rezeki untuk melakukan ibadah Qurban sekali lagi. Harap-harap tahun depan diberikan rezeki lebih untuk melaksanakan ibadah Qurban.


Wednesday, September 24, 2014

Cuti-cuti : Mandi Kolam Air Panas

Cuti panjang tak sah kalau tak pergi bercuti ke mana-mana. Percutian ni memang dah dirancang awal-awal. Aku dah siap booking penginapan dekat Felda Residence Hot Springs. Ni pertama kali aku menjejakkan kaki ke sini begitu juga suami dan mak aku. Tapi suami aku selalu berkursus di Felda Residense Trolak. Walaupun jarak antara kedua-duanya taklah jauh sangat tapi  tempat yang akan kami tuju ni agak ke dalam sikit memandangkan masuk ke kawasan perkampungan Felda. Dari jalan besar ke dalam adalah dalam 9km. Nampak macam dekat tapi sebab menempuh kawasan kelapa sawit, perjalanan masuk ke dalam tu aku rasa agak jauh.


Sampai lebih kurang dalam pukul 11 pagi kurang 2 jam perjalanan dari rumah melalui highway. Walaupun masih awal, kami terus saja mendaftar masuk sekiranya ada bilik kosong tapi takde pun. Waktu Check in pukul 3 petang, takkan pulak dia nak bagi masuk awal pulak kan, cuma jimat untuk tiket masuk ke kawasan Hot Springs sebab dapat 2 free tiket untuk 2 orang untuk dua hari. Nasib baik tak terus pergi mandi, kalau tak kena bayar entrance fee. Walaupun dapat 2 tiket free, kena juga beli untuk 2 orang anak dan mak aku. Lepas selesai urusan pembayaran, kami buat keputusan untuk pergi makan dulu tapi sepanjang perjalanan masuk macam takde kedai menarik untuk disinggah. Tapi nak tak nak cari je kedai yang terdekat. Sedap atau tak itu dah belakang kira. Memang nasib tak berapa baik kedai yang kami singgah tu memang sangat mendukacitakan.

Takpelah makan malam nanti cari tempat yang best sikit untuk makan. Lepas makan, kami terus ambik baju untuk pergi mandi-manda memangdangkan waktu check in lambat lagi. ia ada dua jalan untuk masuk ke kawasan Hot Springs, satu terus dari kawasan penginapan dan satu lagi menaiki kereta dan ada satu laluan masuk untuk pengunjung yang hanya nak ke Hot Springs. Kami ambil keputusan berjalan kaki je dari kawasan penginapan sebab cuaca yang redup tapi cuma jauh sikit bagi mak aku. 

Kawasan untuk buat aktiviti
 Masa kami ada kat sini ada satu kumpulan tengah buat aktiviti team building. Dah lama tak buat aktiviti macam tu tapi kesian tengok orang-orang yang dah agak berumur buat aktiviti team building ni. Banyak juga aktiviti yang boleh dibuat kat sini. Buat Hari Keluarga kat sini pun macam best sebab banyak tempat untuk diadakan aktiviti bersama keluarga. Aktiviti memanah pun ada kat sini tapi bayaran dia aku kurang pasti sebab matlamat kali ni nak mandi manda je.

Restoran Meranti
 Dalam pakej kitorang tu termasuk sekali dengan sarapan pagi. Nilah tempatnya. Makanannya ok lebih kurang sama je dengan hotel-hotel lain cuma pilihannya agak terhad. Tapi bagi aku dah memadainya dengan menu yang disediakan. Kalau nak keluar cari sarapan baik kuburkan jelah niat tu sebab bukannya dekat nak keluar dan makanan pun belum tentu sedap.

Masa hari pertama sampai kami terus tuju ke kawasan air sejuk tapi airnya takdelah sejuk sangat sebab masa tu matahari pun dah terpacak dekat atas kepala. Lepas mandi kat air sejuk masuk pula kolam air panas suhunya 30-35 C. Lama gak kat sini sebab sambil-sambil tu bagi anak-anak makan maggi Cup yang dibeli dekat kedai-kedai kat dalam ni. Lepas tu terus balik hotel memandangkan masing-masing dah kepenatan.

Hari kedua, lepas Subuh kami dah turun bawah menikmati angin pagi yang sangat segar. Angin dia memang kuat sangat dengan bunyi daun-daun pokok kelapa sawit memang best. Lepak-lepak dulu dekat kerusi-kerusi yang ada dekat situ. Rugi kalau tak menikmati keindahan pagi kat situ. Lepas dah puas melepak, masa untuk sarapan. Kami antara pengunjung terawal yang bersarapan. Takdelah bersesak sangat dengan orang lain, lepas tu barulah mula ramai yang datang untuk bersarapan. Selesai sarapan, balik bilik tukar baju dan terus pergi mandi. Kali ni berendam dalam kolam air panas dulu.

Rupa-rupanya Zulfiqar tak suka mandi kolam air sejuk, dia prefer mandi kolam air panas. Tengok muka seronoknya dapat mandi air panas. Zulqarnain dan Zul Iqbaal suka mandi air sejuk pulak. Nampaknya kenalah ganti-ganti mandi kat kolam air panas dan air sejuk.

Zulfiqar happy dapat mandi air panas
 Kolam air panas banyak kat sini. Setiap kolam ada suhu tersendiri terpulang kepada tahap ketahanan anda pada suhu tersebut. Anak-anak takut nak berendam dalam kolam sebab ayahnya takutkan nanti "Telor masak". Hahaha... lawak betullah diorang ni.

3 beradik takut berendam dalam kolam air panas

Suhu 35-40 C

Hero-hero kesayanganku
 Selain dari tempat mandi, ada juga tempat merebus telur tapi kami tak join pun merebus telur kat sini sebab aku rasa loya dengan bau telur yang sangat kuat dan hanyir. Ni waktu pagi takde lagi orang merebus telur. Kalau tak, memang sentiasa penuh kawasan ni. Kalau ada yang nak rebus telur tak payah sibuk bawak telur sebab kat sini pun ada jual.

Tempat rebusan telur
 Tempat rebusan telur terletak ditengah-tengah antara kolam air panas dan air sejuk. Di kolam air sejuk ada gelongsor, itu yang sebabkan anak-anak suka nak mandi kat sini.

Kawasan Air Sejuk
 Dah puas mandi kolam air sejuk, masuk sekali lagi dalam kolam air panas sebelum terus balik ke bilik. Masa ni jumpa ada sepasang kembar yang baru 2 bulan. Sangat comel dan kecik-kecik dah mandi kolam air panas. Mak aku siap cakap kalau dia takde nak bagi mandi kolam kecik-kecik macam ni. Hehehehe... itulah mak aku yang penuh dengan pantang larang.

2 baby kat sebelah mak aku

Anak-anak lepas bebas mandi manda kat sini

Mak aku pegang salah sorang baby tu

Lupa pulak nak cerita kat mana kami cari makan untuk makan malam. Lepas solat Asar kami terus keluar untuk makan malam. Hajat nak cuba makan di Restoran Ayam Herbal di Bidor tapi tutup pulak. Terpaksa mencari tempat lain dan akhirnya singgah di Restoran Seafood tapi tak ingat namanya dan tak sempat nak ambil gambar. Alhamdulillah makanannya sedap sangat sampai anak-anak berselera makan. Restoran ni kat tepi sungai je dan dekat dengan persimpangan nak ke Lumut/Pulau Pangkor.

Insyaallah lain kali nak pergi lagi tapi nak sewa banglo dan bawak ahli keluarga yang lain. Kat Banglo ada private kolam air panas kalau tak silap. Semoga dilimpahkan rezeki untuk ke sana.

Amin... 

Tuesday, September 23, 2014

Sana Sini Lego

Alkisah bermulanya anak-anak aku mengenal permainan lego ni adalah pada tahun 2013. Itupun sebab Iqbaal menang tempat kelima dalam Peraduan Mewarna yang dianjurkan oleh Tadikanya. Lego yang aku maksudkan adalah lego yang kecik-kecik ye bukan lego yang besar-besar yang biasa baby main. Kalau suruh aku buat memang aku mintak maaf bebanyak sebab tak kuasa nak memikir macamana nak buat supaya jadi bentuk yang sebenarnya.

Ni antara koleksi lego-lego yang ada. Tapi ada lagi yang aku tak ambik sebab tak sempat nak ambik gambar tengok-tengok dah hilang tanganlah, pedanglah.. Tapi bila ada bahagian yang hilang anak-anak jadi bertambah kreatif dengan reka macam-macam lagi. 




Dijual dalam kotak-kotak kecil

Sejak akhir-akhir ni jumpa pula tempat yang jual lego-lego berbentuk Superhero macam IronMan, Spiderman, Captain America dan banyak lagi. Memang jadi kegilaan suamiku untuk buat koleksi untuk setiap Superhero tu. Yang paling tak tahan adalah setiap Superhero mempunyai pelbagai pilihan atau dengan kata lain ada macam-macam aksi. Memang jadi rambang mata bila masuk kedai. Kalau nak beli haruslah jangan dibawa anak-anak ye sebab ditakuti akan di'paw' dengan anak-anak.


Tapi biasalah bila bermain bertiga ladang-kadang hilang kepala, pastu hilang tangan. Kalau menyapu memanglah kena berhati-hati sebab takut tersapu sekali lego-lego ni. Bab terpijak kaki tu dah tak boleh nak marah sebab siapa suruh gatal-gatal beli kalau tak sanggup sakit kaki terpijak lego-lego tu. Kalau terpijak dan hancur tu kira nasiblah siapa suruh sepah-sepah. Kalau tak nak kena pijak baiklah simpan di tempat yg selamat.

Layan jelah minat anak-anak dan suami dengan mainan halus-halus ni ye.. Dulu masa zaman aku kecik-kecik mana ada main lego Superhero tapi lego bentuk rumah, pokok dan yang sesuai dengan budak perempuan je yang ada. Dah kata belum ada anak perempuan mana pulak nak munculnya permainan yang sesuai untuk gegirl. Doakan moga ada rezeki untuk dapat gegirl pulak kali ni.

Thursday, September 11, 2014

Cabaran yang diberikan menjadi Cabaran untuk aku

Entri ni rentetan dari entri yang lepas berkaitan Cabaran RM 50 yang aku berikan untuk anak-anak aku. Kalau ada yang tak tahu apa Cabaran RM 50 tu bolehlah baca kat sini dan sini. Sangkaan aku yang mengajar subjek Matematik darjah 1 adalah mudah meleset sama sekali apabila tibanya bahagian tolak. Bahagian operasi tambah mudahlah nak mengajar tapi tidak bagi operasi tolak terutamanya apabila melibatkan lebih dari sepuluh (10). Nak tahu kenapa? Sebab anak-anak ada 10 jari tangan je, kalau lebih dari 10 alamatnya dengan jari-jari kaki kena keluarkan sekali.

Melompat aku bila anak-anak mengira menggunakan jari kaki sekali. Huhu.. nampaknya Cabaran ini memang memberikan Cabaran yang besar pada aku untuk belajar bagaimana kaedah yang mudah untuk anak-anak menjawab soalan sebegini. Ini adalah contoh soalan yang anak-anak kena selesaikan. Agak-agak uols yang bukan guru Matematik sekolah macamana nak selesaikan?

Aku dengan penuh rasa tercabar terpaksa gunakan platform internet untuk belajar macamana nak selesaikan masalah ni. Malulah kalau aku tak tahu nak jawab pada anak-anak kan.. Selain dari cari di interner, aku cuba juga tanya pada kawan aku yang merupakan seorang guru Matematik sekolah rendah tapi dia ajar darjah 6. Level pemahaman murid memang sangat berlainan dari pelajar darjah satu. Itu memang aku sangat akui.

Aku juga nak kongsi bagaimana untuk menyelesaikan masalah operasi tolak macam contoh kat atas tu. Sebenarnya ada banyak cara. Buat masa sekarang aku menggunakan cara pinjam orang sebelah. Macam kat bawah ni. Masa ajar tu pastikan anak-anak potong mana yang dipinjam dan tulis bakinya. Lepas tu letak nombor satu yang dipinjam dekat depan nombor yang meminjam. Tipsnya masa mula-mula ni suruh anak-anak sebutkan kuat-kuat ayat ni :

"Dua tolak tujuh tak boleh, kena pinjam sebelah"
"Dua pinjam satu tinggal satu, tambah satu dekat sebelah dua"

Lepas dah suruh sebut tu ajar pula macamana nak selesaikan satu-satu bahagian. Dua belas tolak tujuh. Ini pun kena ajar anak untuk sebut macam kat bawah ni :-

"Dua kat kepala, pastu 10 tolak 7 dapat tiga"
"Tiga campur dengan kat kepala dua jadinya lima"

Tulis jawapan dan selesaika bahagian satu lagi.
"Satu tolak kosong jawapannya satu."

Maka selesailah masalah tadi. Kena suruh anak buat benda yang sama tapi soalan yang berlainan banyak kali. Pastikan kalau bawah 10 tak perlu tulis macam ni. Kadang-kadang bila dia dah terbiasa buat macam ni, yang bawah 10 pun nak juga tulis. Jadi kena selalu perhatikan.

Sebenarnya ada beberapa lagi cara yang aku nak tulis tapi memandangkan masa yang terlalu cemburu, lain kali aku kongsikan cara lain. Kalau anak aku sporting untuk buat video macamana dia selesaikan soalan macam ni, nanti aku update kat sini je..

Moga bermanfaat untuk ibu-bapa sekalian yang sudi singgah kat sini.




Thursday, September 4, 2014

KIFARAH apa yang aku faham

Aku paling risau bila anak-anak tak sihat. Kalau aku sakit aku takdelah nak rasa risau sangat sebab yang penting bagi aku kesihatan anak-anak adalah sangat berharga bagi aku. Tapi bila anak-anak sakit aku sudah pasti ini atas balasan yang Allah berikan kepada kami sekeluarga. Biasanya aku akan teringat pasal isu keberkatan dari punca rezeki yang aku terima.

Kita ni manusia memang selalu lalai. Kadang-kadang waktu kerja ada yang 'menuang', buat benda lain dan juga banyak benda yang bukan dalam skop kerja yang sepatutnya. Dari situ aku kadang-kadang perasan punca anak-anak sakit. Memang aku selalu pesan pada diri sendiri dan suami supaya memastikan punca rezeki kami dari sumber yang HALAL dari segala segi.

Alhamdulillah memang anak-anak jarang sangat sakit bila kita dah setkan dalam kepala supaya tak buat perkara-perkara sebegini. Tapi memang ramai dikalangan orang Islam sendiri masih tak sedar bahawa punca rezeki adalah faktor utama yang menyumbang kepada keadaan kesihatan ahli keluarga kita. Walaupun kita bekerja dengan syarikat yang menjalankan urusniaga HALAL, kalau kita tidak menjalankan tugas seperti yang dipersetujui dengan majikan boleh juga menjadikan hasil yang kita dapat itu HARAM.

Aku bukanlah bijak pandai nak bercerita panjang lebar bab-bab agama ni tapi cukuplah sebagai panduan untuk diri sendiri dan keluarga kecil aku. Mana tahu dengan hasil tulisan aku ni dapat menyedarkan mereka yang tak sedar atau tak perasaan mengenai perkara ni.

Entri ni terhasil sebab ada 2 staff aku terpaksa ambil Emergency Leave untuk menjaga anak yang tak sihat dan salah seorangnya anaknya dimasukkan ke wad. Aku tahu macamana dia bekerja dan mungkin ini Kifarah yang terpaksa diterima. Walaupun dia bukan Islam, tapi isu keberkatan memang perlu ambil kira oleh setiap agama.

Kalau ada Ustaz/Ustazah yang membaca dan ada yang silap bolehlah terus komen dan berikan pandangan. Mungkin ada yang perlu diperbaiki.

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...