Monday, February 29, 2016

Family Day 2016

Seronoknya bila dapat bersama-sama dengan ahli keluarga pergi bercuti. Kali ni kami dapat bersama ahli keluarga bercuti di Cherating, Pahang. Sebelum ni dah pernah buat sekali, itupun dah lebih 10 tahun berlalu. Masa tu masing-masing masih bujang dan kecik-kecik lagi. Family Day kali ini untuk semua ahli keluarga sebelah mak aku. Adik beradik mak ada 7 orang, sorang dah meninggal, dua masih bujang dan 4 dah ada anak dan cucu masing-masing. Hanya keluarga Mak Lang je tak dapat pergi di atas factor yang tak dapat dielakkan.

 
 
Memori indah haruslah di simpan agar dapat dijadikan kenangan masa akan datang. Bagi aku kat blog adalah tempat terbaik untuk dipahatkan kenangan indah dalam hidup. Program kami berlangsung selama 3 hari 2 malam. Diadakan pada cuti Tahun Baru Cina (6-8 Feb 2016). Seawal pagi kami dah bertolak ke Cherating memandangkan kebiasaannya akan berlakunya keadaan kesesakan lalulintas menjelang musim perayaan ni.
 
Keluarga aku dan kakak bertolak seawal pagi dalam jam 4.45 pagi. Itupun dah sesak semasa nak memasuki tol Gombak. Tapi selepas tol keadaan tak sesak. Ini berpunca dari jumlah Plaza Tol yang dibuka pada waktu itu sikit berbanding bilangan bilangan kereta yang banyak. Berhenti solat di Masjid di sekitar Bentong yang aku tak pasti namanya.

 
 
Selepas solat kami teruskan perjalanan dan berhenti makan di R&R Temerloh dalam 8.30 pagi untuk sarapan pagi. Kami dah siap bawa bekal dari rumah nasi lemak dan juga karipap. Tiada masalah untuk kami dari segi makanan. Umpama berkelah beramai-ramai di R&R gitu.. Sekali sekala seronok juga sebab bukan selalu ada peluang begitu.
 
Selesai sarapan, kami teruskan perjalanan dan sampai di hotel lebih kurang jam 11.30 pagi. Sepatutnya check in pukul 2 petang tapi dapat check in awal. Alhamdulillah dapat terus lepak-lepak di hotel sambil menunggu ahli keluarga lain yang masih tersangkit dalam kesesakan.
 
Kali ni kami ambil 4 apartment. Satu apartment 3 bilik dan 3 apartment 2 bilik. Kiranya satu tingkat tu memang kami yang punya. Sebab setiap blok dalam setiap tingkat ada 5 apartment je. Jadi hanya satu apartment je orang lain duduk. Kami memilih Sanctuary Resort Apartment untuk percutian kali ni. Rupa-rupanya sekarang keadaan laut bergelora, masa kami datang angin sangat kuat sampai rasa macam boleh terbangkan kami. Ingatkan itu keadaan normal rupanya tidak kerana rupa-rupanya ini adalah musim Monsun Timur Laut. Dah lupa masa belajar dulu pasal monsun-monsun ni. Nasib baik suami aku ingatkan balik.

 
Aktiviti petang hanya buat aktiviti sendiri je.. Aku dan kakak aku keluar untuk order nasi untuk malam ni sebab malam ni kami masak BBQ. Menu BBQ adalah kepak ayam, sosej, kambing. Semua dah siap marinate. Mudahkan kerja kami. Mujur ada kedai makan berhampiran yang boleh masakkan nasi goring untuk kami malam tu. Nasi goreng Cina RM 90 untuk 30 orang makan.

 
Acara BBQ disusuli dengan acara Cabutan Bertuah. Acara ni sebenarnya ditaja oleh Ucu (makcik paling bongsu) sebanyak 5 hadiah dan 3 hadiah dari Acik (makcik kedua akhir bongsu). Jumlah cabutan bertuah ada 8 disebabkan ada 8 keluarga yang sertai family day kali ni.
 
Berakhirlah sudah aktiviti hari pertama. Nantikan update untuk hari kedua dan ketiga...
 
 

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...