Showing posts with label Persekolahan. Show all posts
Showing posts with label Persekolahan. Show all posts

Friday, December 19, 2014

Takwim Persekolahan 2015

Mesti ramai yang masih tercari-cari takwim persekolan untuk anak-anak. Ini terutamanya untuk ibubapa yang anaknya pertama kali masuk ke alam persekolahan. Tak ketinggalan juga pada aku yang perlu tahu bagi membuat perancangan di setiap cuti persekolahan akan datang. Percutian hanya boleh dibuat bila cuti sekolah sahaja memandangkan dah dua orang masuk ke alam persekolahan. Takwim ni juga boleh diambi disini www.moe.gov.my




Monday, November 17, 2014

Orientasi Tahun 1 2015

Selesai sudah orientasi pelajar tahun satu untuk tahun 2015. Tahun depan dua orang anakku dah masuk ke sekolah rendah. Mudah bagiku untuk menjemput bila balik sekolah. Tahun ni (2014) seorang sekolah rendah dan seorang sekolah tadika, berpusing-pusing aku nak menjemput diorang balik sekolah.

Alhamdulillah juga sebab dapat masuk sekolah yang dipilih walaupun kalau diikutkan alamat rumah memang agak jauh dari sekolah dan ada sekolah lain yang berhampiran dengan rumah kami. Tapi disebabkan sekolah tersebut bukan laluan kami, jadi kami cuba je memohon sekolah yang mengikut laluan kami pergi dan balik kerja.

Berbalik pada cerita hari orientasi tahun satu ni diadakan pada 15hb Nov 2014 bermula jam 8 pagi. Tujuan hari orientasi adalah untuk berikan pendedahan awal kepada anak-anak berkenaan dengan alam persekolahan. Selain dari itu, ujian juga diberikan kepada anak-anak bagi mengetahui tahap anak-anak tersebut dan memudahkan pembahagian kelas semasa sesi persekolahan bermula.

Untuk ibubapa pula kami perlu masuk ke dalam dewan untuk mendengar taklimat dari guru-guru yang berkenaan. Kebanyakan isi taklimat sama seperti tahun lepas. Takde apa yang menarik dan info baru yang ada. 



Ada juga yang menangis dan kebanyakannya seronok dapat berjumpa kawan-kawan baru. Anak aku rasanya paling kecik dikalangan budak-budak darjah satu tu.. Tapi muka rileks je.. takde perasaan takut pun. Bila tanya boleh jawab soalan ke tak? dengan konfiden jawab senang je.. Harap-harap betul-betul senang dan boleh jawab.


Nampak muka dia yang 'happy' tu.. dah dapat tag untuk masuk kelas mana untuk ambil ujian. Selesai sudah hari orientasi sekolah, Lepas ni terus datang sekolah je pada 5hb Jan 2015.




Monday, July 21, 2014

Pendaftaran Sekolah Berjaya

Alhamdulillah segalanya dipermudahkan dalam urusan pendaftaran Zul Iqbaal ke Sekolah Rendah. Pendaftaran ni kami dah buat sekali dengan Muhammad Zulqarnain masa tahun 2013. Jadi tak perlu lagi nak sibuk-sibuk pergi mendaftar tahun ni. Tapi sebab risaukan takut tak dapat, aku pergi jugaklah ke sekolah membuat pengesahan tu.

Hari ni bila check dekat website ni http://apps.moe.gov.my/esppsel/ dimaklumkan permohonan kami berjaya. Tak payah nak pening kepala fikirkan sekolah anak kat mana. Tahun depan dua-dua boleh pergi sekolah yang sama.


Masa untuk membuat pengesahan dengan pihak sekolah pulak. Lepas raya baru boleh buat pengesahan sehingga 30 Ogos 2014.

Friday, May 9, 2014

Pertukaran Kelas

Anak aku baru darjah 1. Semalam dapat memo berkenaan pertukaran kelas. Bagi aku agak leceh sebab nak kena ada jadual waktu baru dan kena adapt dengan rakan-rakan baru (untuk anak akulah).

Hari ni aku pergi menghantar anakku masuk ke kelas barunya. Nak jumpa guru kelas dia dan tanya berkenaan dengan jadual waktu. Kesian pulak nanti kalau ikut jadual waktu kelas lama nanti orang belajar lain, lain pulak buku yang dibawa.

Sempat juga aku berjumpa dengan guru kelas baru (Puan Salwani) dia dan minta nombor telefon. Bukannya apa senang untuk komunikasi sekiranya ada perkara penting seperti tak dapat hadir kelas dan tak hadir ujian pentaksiran. Aku cuba tanya Puan Salwani berapa kali setahun pertukaran kelas akan berlaku? Dia kata akan ada sekali lagi.. Aduh... kesian kepada anak-anak yang terpaksa ditukarkan kelas.

Pertukaran kelas ni katanya untuk memberikan tumpuan kepada pelajar yang lemah. Jadi kelas yang lemah akan kerap diberikan latihan untuk peningkatan. Dulu anak aku berada di kelas 1 Usaha, kini ditukarkan kepada kelas 1 Rajin. Nampaknya aku sebagai ibu kenalah bertambah rajin membantu Zulqarnain belajar bersungguh-sungguh. Menurut Puan Salwani lagi, kadang-kadang pelajar pandai BM dan Matematik tapi lemah dalam BI atau sebaliknya.

Ada tak blogger kat sini menghadapi apa yang aku hadapi sekarang?

Friday, December 27, 2013

Keperluan Sekolah Anak

Alhamdulillah tahun pertama anak bersekolah. Sebagai ibu bapa perasaan risau macam aku pula yang nak masuk sekolah tahun depan. Yang penting persiapan untuk kelengkapan anak-anak yang bersekolah dapat dibuat seawal mungkin.

Baju-baju sekolah, kasut, stokin sekolah dah siap dibeli. Tapi untuk baju sekolah agama kena potong sikit bahagian kaki dan tangan. Memandangkan aku ni bukanlah pakar jahit, jadi aku serahkan saja pada yang pakar. Itupun belum berkesempatan untuk menghantar tapi dah dimaklumkan kepada tukang jahit. Insyaallah petang ni aku bawa anak aku dan baju yang hendak dipotong tu. Harap-harap tak terlewat :)-

Bakal sekolah anakku yang pertama
Buku sekolah pun aku dah beli di Kedai Buku Sekolah. Nanti takdelah kelam kabut nak membeli semasa hari pertama sekolah. Aku suka tengok cara diorang uruskan kedai buku ini. Kemas dan teratur jer susunan buku-buku. Buku-buku tu dah siap diasingkan untuk setiap tahun. Menjimatkan masa sekiranya ramai ibubapa yang datang membeli sekaligus.

Kedai Buku Sekolah yang teratur
Senarai buku untuk setiap umur/darjah pun disediakan di situ. Memandangkan anakku akan masuk darjah 1 maka buku-buku yang perlu dibeli mestilah untuk darjah 1. Ibubapa diberi pilihan untuk tidak membeli buku kerja tu. Aku belikan siap-siap buku kerja sebab risau pulak kalau nak suruh anakku beli sendiri nanti. Jumlah harga buku pun boleh tahan juga.
Senarai buku yang perlu dibeli
Selesai pembelian buku sekolah anakku, singgah pula di sekolah agama bagi memastikan nama anakku ada di dalam senarai pelajar dan pada sesi yang betul. Tahun ni sesi pagi anakku akan bersekolah agama di waktu pagi dan bersekolah kebangsaan di waktu petang.


Yuran sekolah Agama
Selesai periksa apa yang perlu di sekolah agama, sempat juga tengok harga untuk yuran yang perlu dibayar ketika hari pertama persekolahan. Ingatkan dapat bayar awal tapi tidak dibenarkan. Tunggu jelah semasa hari pertama persekolahan nanti.

Ada beberapa item yang masih belum dibelikan. Harap-harap hujung minggu ni dapat dibeli apa yang diperlukan. Moga info ini berguna kepada ibubapa yang bersekolah di sekolah yang sama.



Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...