Nak tanya kalau korang rasa stress apa yang korang akan buat?
Macam aku, kalau stress haruslah ajak keluarga mandi laut atau mandi sungai.
Memandangkan dekat Sg Buloh ni jauh nak cari laut atau pantai, pilihan lain adalah cari sungai. Dalam kepala hanya terpikirkan Janda Baik atau Ulu Yam je sebab situ je kitorang pernah pergi. Tapi, bila bagitau hajat dengan member ofis pasal nak pergi mandi sungai, dia pun ajak ke tempat lain dan namanya adalah Air Terjun Serendah atau Air Terjun Kai.
|
Air Terjun Serendah |
Serius masa sampai tu macam terpaku melihat keindahan pemandangan dekat sini. Kami sampai seawal 8 pagi ye. Parking pun masih kosong cuma ada satu family tengah lepak bersarapan menghadap air terjun ni. Lepas sarapan diorang terus balik tak mandi manda kat sini pun.
Rasa tempat tu kami yang punya pulak. Tapi dah makin lama orang pun dah makin ramai. Tapi sekurang-kurangnya merasa jugalah kami mandi manda dengan tenang dan jauh dari hiruk pikuk kehidupan.
|
Posing berlatarbelakangkan air terjun |
Ni sebagai bukti yang kami sekeluarga dah sampai ke sini. Sebagai kenangan anak-anak bila dah besar nanti. Sebenarnya program mandi manda ni kitorang plan dua tiga hari sebelum pergi je. Jadi ramai je Budak ofis aku tak dapat join sebab dah masing-masing dah ada plan memasing. Yang join hanya Zue, Mai dan Salina anak beranak je.
|
Kami dibawah air terjun |
Sebenarnya aku tak berani nak pergi kat bawah air terjun tu sebab takut dalam. Lagi satu laki aku awal-awal dah cakap kalau lemas dia tak selamatkan sebab dia pun tak pandai berenang. Dah laki cakap macam tu agak-agak aku berani ke nak ke sana? Hahahaha… Ni pergi sana sebab nak ambik gambar kenangan je.
Tapi memang agak menakutkan sebab air terjun tu kuat sangat dan terasa
macam air tu menarik ke dalam tempat dalam. Jadi, mak anak 4 ni main kat tepi-tepi je lepas bergambar. Sebab sejuk pun ya sebab sekelilingnya memang banyak pokok-pokok yang menyebabkan cuaca sentiasa redup.
|
Ada pasir kat bahagian gigi air |
Anak-anak bila dah puas main air, dia main pasir pulak. Mainlah anak-anak sampai puas-puas. Aku dan suami percaya yang bila anak-anak biasa buat aktiviti macamni, diorang akan jadi lebih cergas dan bijak. Sebab aku tengok ada je Budak rasa geli kalau nak pijak pada pasir dan rumput. Rasa macam rugi je hidup kalau tak menikmati semua benda tu masa hidup ni.
Dalam pukul 11 pagi aku dah ajak anak-anak naik tukar baju sebab aku ada misi seterusnya iaiti mencari doyan dekat Batang Kali. Memandangkan sekarang musim durian di mana-mana, jadi aku assume kat sana pun tengah musim.
Kat sini semua fasiliti lengkap dan bersih. Ada pondok untuk lepak-lepak, ada tandas yang sangat bersih. Cuma dalam tandas agak gelap tapi memang bersih. Selalu jumpa tandas kat tempat macam ni mesti kotor kan. Tapi kena bayar 30 sen untuk sekali masuk.
|
Dekat belakang tu tandas. Khemah biru tu orang jaga tandas tu |
|
Kat belakang ni pondok-pondok untuk duduk. Ada yang pasang tikar tidur kat situ pun ada |
Lepas dah siap-siap tukar baju nak balik, anak-anak sempat main dekat taman permainan dalam kawasan ni jugak. Aku dan laki aku berganti-ganti tukar baju. Ambil masa nak dekat sejam gaklah nak bagi siap 6 orang. Huhuhu… tu siap pakej main kat taman lagi.
|
Fiqri main jongkang jongkit dengan Ummi |
|
3 beradik ni main buaian dengan gembira |
Lupa nak citer sebelum sampai ke kawasan air terjun ni akan melalui kawasan perkampungan orang asli. Jalan pun hanya muat sebuah kereta. Kalau bertembung dengan kereta kena pandai-pandailah tolak ansur siapa nak jalan dulu.
Overall memang aktiviti outing yang paling best. Nanti boleh repeat dengan ahli keluarga pulak. Memang puas hati tapi kena datang awal kalau tak tak best.