Percutian kami ke Johor kali ni difokuskan ke Legoland dan juga tempat makan yang menarik yang ada di sekitarnya. Seawal pagi kami keluar dari hotel untuk ke Legoland, tapi sebelum tu nak cari sarapan di Hutan Bandar. Memandangkan takde pemandu pelancong, memang nak terjah ke satu tempat tu memang hanya menggunakan khidmat Waze. Memang kalau takde bantuan dari Waze tu tak tahu kami dapat sampai atau tak ke destinasi yang dituju.
Pagi tu kami merancang nak sarapan di Hutan Bandar, tapi dukacitanya dimaklumkan bahawa Hutan Bandar yang kami pergi ni takde langsung tempat makan macam yang pernah keluar dalam rancangan Majalah 3. Memang kecewa gila tak dapat nak merasa menu di Hutan Bandar. Akhirnya kami terus menukar ke destinasi ke Legoland terus sambil cari mana-mana kedai makan yang ada di sepanjang perjalanan. Memang susah nak cari kedai makan dekat area tu, akhirnya kami makan dekat kedai mamak yang terletak berhampiran dengan Mydin.
|
Nan Cheese |
Selesai sarapan, kami terus ke Legoland. Kami sampai sebelum kaunter pintu buka lagi, tapi kaunter tiket dah buka. Aku hanya pergi belikan tiket untuk mak aku je sebab tiket kami sekeluarga aku dah beli secara online.
Masa ni kami tengah tunggu suamiku parking kereta. Anak-anak memang nampak muka tak sabar je kat pintu masuk Legoland tu. Seperti biasa anak-anak aku memang takkan dengar arahan kalau aku suruh ambik gambar, jadi hasilnya semua gambar-gambar ni adalah gambar candid..
Masa nak masuk tu saja tanya pendapat pekerja kat situ samada pergi water theme park dulu atau main-main dulu pastu baru terjun dekat theme park. Pekerja tu cadangkan untuk pergi water theme park dulu sebab takut petang hujan. Katanya kalau hujan dan kilat Water Park akan ditutup. Memandangkan keadaan cuaca masa aku pergi tu hujan wak tu petang, kami pun buat keputusan pergi ke Water Theme Park dulu.
|
Pintu Masuk Water Theme Park |
Kat sini kami takdelah lama sangat sebab takut tak sempat pula main dekat Theme Park tu. Semua orang mandi kecuali mak aku. Anak-anak puas main gelongsor, cuma Zulfiqar macam takut-takut dengan air. Akhirnya dia mandi sekejap je. Lepas tukar baju dia terus main lego-lego yang bersepah-sepah kat situ. Seronok dia main lego-lego ni, lagipun legonya besar-besar bukannya kecik-kecik. Abang-abangnya selagi aku tak suruh naik diorang takkan naik termasuklah Ayahnya..
|
3 beranak seronok main air |
|
Zulfiqar dan legonya |
|
Zulqarnain tak takut air
|
|
Zul Iqbaal pun |
Dalam pukul 12 tengahari kitorang tukar baju sebab nak bermain di kawasan Theme Park pula. Masa ni pun dah rasa penat dah, rasa macam dah tak larat nak berjalan lagi. Tapi kerana anak-anak terpaksa juga diturutkan. Dekat Water Park ni ada satu gelongsor yang tinggi, yang tu kami tak main sebab nak kena berjalan kaki jauh. Kalau anak-anak dah besar bolehlah bawak main kat situ, tapi anak-anak kecik lagi jadi tak payah nak berangan.
Ni permainan pertama yang kami jumpa selepas keluar dari Water Park, tapi anak-anak tak boleh main lagi jadi nak melepaskan kempunan ambik jelah dekat sini.
Aku tunjukkan gambar yang kami main jelah ye.. Memang tak banyak benda yang kami main salah satu sebabnya anak-anak tak cukup ketinggian nak bermain. Zulfiqar dan Zul Iqbaal paling kesian sebab banyak tak boleh main.
|
Zulfiqar je tak dapat naik ni |
Ni aku dan Zulqarnain je naik. Ayah tolong jaga anak-anak ye..
Lepas turun Conquer the Dragon terus bawak Zulqarnain main ni. Anak-anak yang lain tak tahu kat mana.
Last-last jumpa diorang dekat tengah-tengah ni. Tengah main lego. Aku pun ajak naik keretapi comel yang khas untuk anak-anak. Nasib baik aku muat naik keretapi ni. Hahahaha...
Ni macam ala-ala Menara Taming Sari dekat Melaka. Yang ni semua orang dapat naik, seronok diorang bila dapat tengok sekeliling kawasan.
Memandangkan mak aku tak larat jalan jauh, jadi aku bawak mak aku naik keretapi je. Itupun terselah muka kegembiraannya. Masa mula-mula aku naik berdua ngan mak aku jer, kali kedua baru kami sekeluarga naik bersama.
|
Trademark Legoland |
|
Pelbagai monumen |
|
Baru lepas masuk kelas memandu |
Selepas Driving School pergi pula Boating School. Tapi kemuncak kegembiraan anak-anak adalah dapat bawak kereta ni. Muka masing-masing ceria lepas habis memandu. Oklah dah tak tahu nak tulis apa, layankan jerlah gambar-gambar ni ye..
Walaupun nampak macam-macam kami main, tapi banyak benda kami tak sempat main atau boleh dikatakan badan ni dah tak larat nak main semua benda dalam masa satu hari.
Bagi aku nak pergi kali kedua tu takdelah sangat sebab banyak permainan yang biasa ada di tempat lain. Cuma ia didesignkan dengan menggunakan lego. Itu yang membuatkan ia lain dari yang lain. Lagi satu, bagi pendapat aku kalau anak-anak anda yang macam tak cukup ketinggian atau dengan kata lain 'rendang' baik jangan pergi sebab nanti kecewa diorang bila dah beratur tapi tak boleh main. Umur anak yang aku cadangkan adalah 7 tahun dan ke atas sesuai untuk ke sini. Kalau rombongan tadika tu lagi aku rasa membazir kalau pergi ke tempat macam ni.
Itu sekadar pandangan dari aku yang dah ke sana. Harap entri dapat berikan rujukan kepada sesiapa yang nak berhajat ke Legoland.