Friday, October 31, 2014

6 tahun usianya


Alhamdulillah dah 6 tahun kami dipinjamkan dengan ahli syurga Muhammad Zul Iqbaal. Dilahirkan pada 26hb Oktober 2008 dan tahun ni genap usianya 6 tahun. Satu-satunya anak yang lahir di penghujung tahun dan asyik bertanya bila hari lahirnya. :)

Kali ni berkesempatan menyambut di Kelantan kerana kebetulan kami masih bercuti di kampung halaman suamiku. Dibuat sehari awal memandangkan di tarikh tersebut kami akan bertolak pulak ke rumah kembali. Sambil-sambil menggembirakan hati Tok Ma dan Tok Abah.


Hanya belikan sebiji kek yang simple memandangkan tak ramai yang ada dalam rumah dan diraikan bersama. Makanan lain takde sebabnya  baru lepas makan malam.

Hari ni ada pula sambutan beramai-ramai di Tadika. Teruja nak menyambut hari lahirnya bersama rakan-rakan di Tadika. Semoga Muhammad Zul Iqbaal menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat dan menjaga keluarga sebaik mungkin.

Amin...


Wednesday, October 22, 2014

Memanah ada tarikan tersendiri

Sukan memanah di Malaysia masih belum glamour jika nak dibandingkan dengan sukan-sukan yang lain. Mungkin salah satu sebabnya adalah memanah adalah sukan yang agak mahal dari segi kos bagi pendapat aku. Tapi walaupun begitu ia ada peminatnya tersendiri. Salah seorangnya adalah suami aku.


Bermula tahun ni dia memang dah berjinak-jinak dengan aktiviti memanah. Siap ada panah dan anak panah sendiri lagi. Targetnya untuk belajar adalah untuk mengajar anak-anak secara khususnya dan kepada masyarakat secara umumnya.

Memang sesuai dengan keluarga aku yang ada 3 orang anak lelaki. Bolehlah nak ikut jejak langkah ayahnya dalam sukan memanah. Selain pergi belajar dengan jurulatih, suami juga ada berlatih di rumah. Dah tentu bukan dalam rumah lah.. Dekat halaman rumah kami.

Semoga impian suamiku menjadi jurulatih tercapai pada tahun 2015. 

Aminnnn...

Tuesday, October 21, 2014

Cuti-cuti : Gold Coast Morib

Tetiba mak aku ajak pergi Gold Coast Morib. Yang aku tahu kakak dan makcik aku yang nak ke sana, tetiba mak aku suruh kitorang pergi sekali. Kalau ikutkan malas nak pergi sebab badan perlukan rehat lepas bekerja selama 5 hari setengah tapi dah dia beria-ia nak suruh kami pergi, turutkan jugalah kehendaknya. Sebelum ke sana, aku dah janji dengan budak-budak ofis nak pergi makan Cendol dekat Cendol Borhan. Jadi sebelum ke Gold Cost Morib wajib penuhi janji yang telah dibuat.

Sampai kat hotel dalam pukul 6 petang, jadi kami buat keputusan bawak anak-anak mandi esok pagi je sebab boleh mandi sampai pukul 7 petang je. Tak puas pulak diorang mandi nanti jenuh pulak nak memujuk naik. Masuk bilik terus bagi anak-anak mandi Jacuzzi yang ada dalam bilik tu. 3 beradik sekali mandi dah tentu riuh suasana dalam bilik. 

Dah siap mandi dan solat terus keluar cari makan maklumlah tengahari makan cendol je. Haruslah kelaparan masing-masing. Pengalaman aku masa pertama kali sampai ke sini, bukan senang nak cari tempat untuk makan malam kat sini. Aku cadangkan untuk pergi ke Bagan Lalang tapi perjalanan mengambil masa dalam 20-30 minit. Jadi cadangan aku ditolak.. Kami pun keluar dan cari je restoran yang ada. Alhamdulillah jumpa tapi servis agak lambat tapi makanannya boleh tahanlah. Harga pun takdelah mahal sangat.

Lepas makan saja pusing-pusing kat Pantai Morib tapi kami pusing dengan kereta je. Tak turun pun. Habis pusing terus balik hotel dan caj tenaga. Tapi ada satu benda aku tak puashati bila waktu malam bau dipersekitaran hotel sangat busuk. Katanya dari ladang ayam berhampiran. Baunya memang menusuk hidung, jadi haruslah terus masuk bilik tak payah nak sibuk-sibuk lepak-lepak kat kawasan luar.

Esok pagi-pagi semua dah semangat nak mandi-manda. Suami dan anak-anak tak pergi sarapan sebab aku dah siap beli maggi dan roti untuk diorang sebagai alas perut. Sebelum mandi manda, kami pergi jalan-jalan tepi pantai dulu sementara swimming pool buka. Anak-anak sempat juga main air kat tepi pantai tu.



Lepas puas hirup angin segar pantai, suami bawa anak-anak pergi mandi-manda manakala aku ngan mak aku pergi bersarapan dulu. Selesai sarapan aku join anak-anak mandi manda pulak. Sempat ambik gambar ni je sebab lepas tu suami suruh simpan handphone dalam bilik.



Lama jugak kami berendam. Dalam pukul 11 lebih baru naik sebab mengenangkan nak kena check out pukul 12 tghari. Anak-anak pun dah puas mandi, jadi senang nak mengajak naik. Lepas check out terus ke Pantai Morib untuk makan tengahari. Menu utama adalah sotong bakar. Kalau ke sana tak kena sotong bakar memang tak sah. Itu menu kegemaran mak aku. Selain tu kami makan nasi juga. 



Sotong Bakar

Selesai makan, penuhi hajat anak-anak main layang-layang. Sebelum ni pergi sini masa angin kuat memang best sangat main layang-layang. Jangan tertipu pulak yang kami hanya main layang-layang kecik jer bukannya layang-layang besar. Tips aku nak bagi kalau nak beli layang-layang beli kat bahagian tengah tu ye sebabnya boleh buat tawar menawar kat situ.


Selain dari main layang-layang, anak-anak sibuk nak naik motor dan kereta. Layankan jerlah lagipun ada yang nak sponsor..

Zul Iqbaal dan keretanya

Zulfiqar dan motornya

Zulqarnain dan skuternya
Nampaknya Zulqarnain tak lepas nak naik skuter sebab dia tak boleh nak balancekan badan. Jadi lepas ni kenalah suruh dia berlatih naik basikal tayar dua. Jangan jadi macam aku basikal pun tak pandai bawak.

Tu jelah entri cuti-cuti kali ni... Moga menjadi kenangan buat kami sekeluarga dengan penulisan blog ni.


Monday, October 20, 2014

Cendol Borhan

Nama yang tak asing lagi dalam dunia Cendol. Selain Cendol Bakar, ini satu lagi cendol yang glamour. Pertama kali pergi ke sini rasa tak puas merasa tapi memandangkan perut dah kenyang tak boleh juga nak dipaksa. Pergi hari Sabtu lepas balik kerja. Sebenarnya aku malas nak jalan jauh semata-mata nak pekena cendol tapi disebabkan ada rakan pejabat yang sibuk ajak nak belanja pergi jugalah. Aku macam biasa hujung minggu keluarga tak boleh tinggal. Last minit punya perancangan tetiba kata kakak aku nak ikut pergi makan Cendol Borhan pastu kami dipaksa ikut dia bercuti ke Gold Coast Morib. Aku ternganga dekat office bila mak aku cakap nak pergi ke Gold Coast Morib. Aku tahu mak aku seboleh mungkin nak ajak aku pergi sebab dia suka tengok cucu-cucu dia bergembira. Dengan hati yang agak berat kami ikutkan jugalah.

Ikhsan:Google
 Menu utama yang harus diorder adalah Cendol Durian. Memang rasanya sedap dan terasa duriannya. Selain tu menu yang terkenal kat sini adalah Rojak Ayam. Aku haruslah order Rojak Ayam kan. Sambil menaip ni meleleh air liur dibuatnya.

Cendol Durian

Antara menu lain adalah Chicken Cop, Laksa, Mee Kari dan banyak lagi. Cuma nasi jer takde kat sini.

Rojak Ayam

Chicken Chop
Lepas habis makan naik kereta mak aku siap cakap lain kali nak datang lagi. Sebab tak puas makan tadi.. Hohoho.... lokasinya bukannya dekat ye dari rumah. Makan masa hampir sejam juga nak ke sana..

Friday, October 17, 2014

Hari Sukan 2014


Tahun ni memandangkan Zulqarnain darjah 1, jadi aku ngan suami excited sangat nak tengok apa acara yang akan dia masuk. Sebelum kejadian aku dah tanya berapa acara yang dia masuk. Katanya ada 3 acara tapi rupanya ada 2 acara je. Seawal pagi dah bersiap-siap nak ke sekolah memandangkan sekolah anjurkan pada hari Jumaat. Terpaksalah aku dan suami ambil cuti dan Iqbaal memonteng sekolah semata-mata untuk beri sokongan kepada Zulqarnain.

Pagi tu untuk anak-anak aku dah sediakan sarapan mee goreng kegemaran dan dah siap-siap makan kat rumah supaya Zulqarnain ada tenaga untuk masuk acara. Untuk kami pun aku dah siapkan meehoon goreng dan siap bawa bekal sebab tak sempat nak makan. Sampai sekolah orang dah beratur untuk masuk ke padang. Sementara diorang beratur kami sarapan dengan bekal yang ada tu. Nasib baik bawa bekal sebab di kantin takde apa makanan yang menarik pun.

Acara Perbarisan
 Acara sukan ni dia buat ringkas sangat sebab selepas acara terus diadakan upacara penyampaian hadiah. Zulqarnain mewakili rumah kuning. Tengah beratur untuk ambil hadiah. Dapat tempat ketiga untuk kedua-dua acara. 

Ambil hadiah


Pingat Gangsa

Terdapat 4 rumah sukan iaitu Kuning, Merah, Biru dan Hijau.Yang kelakarnya kami sekeluarga setiap seorang mewakili warna rumah tersebut.


Tengoklah bintang Dugro Star tu tak habis-habis dengan spek bintang dan topi dia tu. Tak habis-habis menyakat Zulfiqar.







Thursday, October 9, 2014

Begedil Daging Korban

Masa Hari Raya Haji kedua patutnya kami nak merendang sekali lagi tapi kali ni merendang daging. Tapi memandangkan semua kedai dah bercuti, maka tak jadi nak merendang sebabnya kelapa takde kedai semua tak buka. Seronok suami aku sebab terlepas dari kena berpanas masak rendang. Kami memang kalau Hari Raya merendang dan melemang menggunakan kayu. Tak nak masak guna dapur gas, tak sedap katanya.... Sebenarnya sehari sebelum raya kami merendang dan melemang tapi memandangkan aku bekerja setengah hari dan balik je kepala dah sakit jadi memang takdelah menolong langsung. Gambar pun takdelah kan.. sebab takde di tempat kejadian.. tapi masa lemang tengah dimasak aku adalah temankan suami aku jaga api.

Berbalik kepada cerita bergedil ni, aku memang peminat begedil. Kalau tiba masa aku rajin memang aku akan buat. Cuma agak leceh nak buatnya. Bahan-bahan yang dipakai senang je sebab semua bahan memang dah sedia ada dalam rumah. Kebetulan banyak daging korban jadi tentu lagi sedap jadinya.


Memandangkan buat ni sekali sekala, jadi kenalah search juga resepi kat internet dan aku gunakan bahan apa yang ada.. tak ikut pun semua bahan-bahan yang dinyatakan. Ok aku share bahan-bahan yang aku gunakan :-

Bahan-Bahan 
1. Daging yang siap dicincang (kalau malas beli je daging cincang)
2. Kentang
3. Lada Hitam
4. Daun Sup
5. Minyak Masak
6. Lada sulah (tapi aku pakai rempah perap)
7. Telur 
8. Bawang
9. Garam

Cara-cara
1. Goreng kentang dan tumbuk hingga hancur
2. Dengan minyak sikit masukkan bawang dan daging (biar sampai agak-agak masak) sebab takut daging tak masak nanti. Keluarkan dan tapis minyak
3. Gaul semua bahan kecuali telur dan bentukkan ikut bentuk yang disukai
4. Celup dengan telur yang telah dikacau dan goreng.
5. Siap untuk dimakan..


Selamat mencuba.



Wednesday, October 8, 2014

Aidiladha di sambut sederhana

Tahun ni tak balik kampung suami untuk menyambut Aidiladha. Mana taknya cuti hanya sehari je, kalau balik pun buang masa kat atas jalan raya je. Tengok dekat FB ramai rakan-rakan yang tersangkut dalam kesesakan lalulintas. Kami sekeluarga pernah berpengalaman duduk dalam kereta selama 24 jam semasa pulang berhari raya ke Kelantan 2 tahun lepas. Sampai betul-betul di pagi raya jadi memang takdelah nak berhari raya masa tu. Sampai rumah terus qada' tidur.

Oklah tahun ni seperti tahun-tahun lain kalau tak balik kampung, kami sekeluarga akan sertai program korban anjuran Surau berhampiran. Kali ni ada 4 ekor lembu yang akan dikorbankan. Mak aku mengambil satu bahagian manakala aku dan suami ambil keputusan untuk membuat korban di Kemboja. Tak kisahlah kat mana ibadah korban dilaksanakan yang penting niat kat dalam hati tu.



Kami anak beranak lepas selesai solat Aidiladha di masjid terus bawa anak-anak ke surau untuk melihat acara penyembelihan lembu. Bagi Zulqarnain dan Zul Iqbaal ni satu aktiviti yang diorang suka, sampai je terus meluru ke tempat penyembelihan manakala Zulfiqar masih takut-takut bila nampak lembu. Memandangkan kawasan sembelihan di kawasan berbukit, jadi aku dan Zulfiqar duduk kat bawah bukit je. Anak-anak lain dan suami jadi saksi kat atas bukit tu.






Acara melapah daging korban dilakukan oleh kaum lelaki. Kaum wanita hanya menyediakan menu untuk makan tengahari sahaja. Selain itu menjadi semangat kepada sang suami yang kuat berusaha membantu melapah lembu-lembu tu. Selesai melapah dan solat Zohor, kami makan tengahari beramai-ramai pula. Biasanya daging dimasak sup tapi kali ni dimasak gulai kari pula. Memang sedap tapi memandangkan ini daging fresh aku tak berani makan banyak memandangkan aku baru je berbadan dua.

Selesai sudah sambutan Hari Raya Aidiladha kami yang serba sederhana.






Friday, October 3, 2014

Memanah Berkuda

Aktiviti memanah berkuda bagi aku satu aktiviti sukan yang baru. Sebelum ni tengok dengan internet je. Minggu lepas berpeluang tengok secara 'live' depan mata sempena Pameran Kuda Antarabangsa yang diadakan di Kelab Lumba Kuda berhampiran dengan Palace of The Golden Horses.

Matlamat kami datang ni hanyalah untuk menyaksikan pertandingan memanah berkuda. Selain dari tu ada juga pertandingan kuda yang biasa diadakan dan kami pun pernah menjadi penonton juga memandangkan pertandingan diadakan dekat sangat dengan rumah kami. Jadi kali ni memang terus tuju ke tempat pertandingan memanah berkuda.



Masa kami sampai pertandingan memanah berkuda ni belum mula lagi. Jadi sempat tengok peserta-peserta dengan pakaian tradisional dari negara masing-masing.

Kiri : England
Kanan : Syiria

Bila tengok peserta dari Syiria ni aku terbayang dengan cerita-cerita Arab yang memakai pakaian tradisonal macam ni. Kat bawah ni salah seorang wakil Malaysia. Ada beberapa peserta dari Malaysia. Teruja nak menyokong peserta Malaysia dan nasib baik ada peserta yang menunjukkan prestasi yang bagus semasa pertandingan.


Suka dengan peserta dari Jepun ni sebab dengan pakaian tradisionalnya dan yang spesialnya adalah anak panahnya cantik. Takde pula gambarnya. Tapi kesian dengan peserta ni sebab tak dapat memberikan persembahan yang terbaik.

Dari Jepun


Ni pun peserta dari Malaysia, En Akmal namanya. Kami pernah berjumpa secara personal dengan dia semasa pergi beraktiviti di ladangnya di Ladang Alam Warisan, Kuala Pilah. Entri ke sana belum sempat nak ditulis lagi.

En Akmal


Yang ini aku tak pasti dari mana. Nampak gaya macam dalam cerita Shaolin je. Mungkin wakil dari negara Cina. Kebanyakan peserta adalah lelaki dan kalau tak silap aku hanya ada 3 orang peserta perempuan sahaja. Ni salah seorangnya tapi tak tahu dari negara mana sebab dia tak pakai pakaian tradisional negara dia. Tapi aku respek diorang sebab mempunyai tenaga yang power untuk menarik anak panah tu. Kat bawah ni antara gambar-gambar peserta yang aku sempat ambik. Maklumlah pakai camera telefon je jadi kualitinya takdelah sama macam DSLR.







Di dalam kawasan ni banyak sangat monumen kuda (betul ke?) yang telah dilukis pelbagai benda menarik di Malaysia. Ingat nak ambik gambar masa sampai tapi sebabkan mengejar masa sebab takut pertandingan mula, jadi nak ambil masa nak balik nanti. Tapi masa sebelum balik tu memang ada tanda-tanda hujan lebat nak turun sebab langit pun dah gelap tapi rupanya tak jadi hujan. Walaupun hujan tak jadi, tapi diorang dah standby bungkus kuda-kuda tu takut basah... Nak nangis sebab tak dapat ambik gambar kuda tu...

Kuda yang dah dibungkus

Dengan rasa kecewa kami pun balik jerlah.. Alhamdulillah dapat juga bergambar dengan satu-satunya kuda yang tak dibungkus. Ni tempat menunggu Shuttle Bus pasal tu ramai orang. Masing-masing sibuk nak ambik gambar kuda ni sebelum naik bas. Dari tempat parking disediakan shuttle bus sebabnya jauh dari tempat pameran. Anak-anak memang suka sangat naik bas sampaikan bila turun dari bas masa nak balik Zulfiqar siap cakap "Bestnya naik bas". Bukannya bestnya tengok kuda...


Itu saja aktiviti kami minggu lepas. Sambil-sambil beri pendedahan pada anak-anak Sukan Memanah Berkuda sebabnya suami memang sekarang sibuk belajar memanah. Harap-harap lepas ni dia pula boleh ajar anak-anak memanah.


Salam Aidiladha dan Selamat menunaikan ibadah Qurban dari kami. Tahun ni tak balik kampung sebab cuti pendek dan ada meeting betul-betul lepas cuti. Insyaallah cuti Deepavali baru balik kampung...


Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...