Ini pengalaman pertama aku beli voucher photobook di Groupon. Sebelum ni pernah juga nampak beberapa offer mengenai photobook tapi selalu tak ambil kisah. Kebetulan beberapa hari kebelakangan ini aku rajin pulak blogwalking nampak pula posting rakan-rakan yang dah ada pengalaman berphotobook. Jadi hari ni dengan penuh semangat mencari voucher yang ada. Dan akhirnya terjumpa kat SINI.
Harganya hanya RM 5 untuk 16 muka surat photobook. Aku dengan tamaknya membeli 3 sekaligus memandangkan anak aku ada 3 orang, jadi satu photobook untuk setiap anak. Tak payah susah nak beli album dan print gambar kat kedai gambar. Segala-galanya dihujung jari je..
Punyalah aku tak sabar, lepas beli terus siapkan photobook untuk anak ketigaku.. Berjam-jam jugak nak siapkan satu photobook tu sebab nak mencari gambar-gambar yang sesuai yang menyebabkan banyak masa diambil. Lepas siap aku terus je hantar secara online seperti arahan yang diberikan. Rupanya aku ni tak baca betul-betul sebab harga RM 5 tu belum masuk kos pos iaitu lagi RM 8... Hahaha.. kiranya jumlah kos untuk satu photobook RM 13..
Jadi aku kena tunggu 7 hari bekerja untuk memastikan photobook yang pertama sampai betul-betul di depan pintu. Harap-harap cantiklah.. Sementara menunggu bolehlah aku buat lagi 2 photobook untuk 2 lagi anak bujangku.. Kalau ok bolehlah buat untuk setiap percutian bersama keluarga sbb kalau simpan dalam komputer alamatnya memang takdelah nak menengok-nengok banyak kali kenangan yang lalu...
Nilah cover photobook yang aku buat. Aku ni bukanlah orang yang kreatif nak menggodek benda-benda tu.. Jadi aku rasa setakat ni yang mampu aku buat. Insyaallah photobook akan datang akan cuba tingkatkan mana-mana bahagian.. Huhu