Monday, December 29, 2014

Staff Dinner 2014

Macam biasa setiap tahun akan diadakan staff Annual Dinner. Ini kali kedua aku hadiri Annual Dinner dengan berbadan dua. Masa tahun pertama bekerja disini (2010) dan ini mungkin tahun terakhir join dinner(2014). Itu tak pasti sebab semuanya masih dalam perancangan lagi.

Kad Jemputan
Walaupun hanya staff dinner tapi siap ada kad jemputan sekali ye. Tema kali ni adalah colour block. Jangan tak tahu aku ikut tema tau walaupun dah berbadan dua. Macam biasa aku akan pergi dengan Cik Abang aku walaupun orang lain tak bawa pasangan masing-masing. Anak-anak kali ni tinggal dengan Mak aku. Harap-harap masing-masing tak buat perangai kat rumah.

Us

Aktiviti takde yang menarik pun. Hanya tunggu untuk dapat cabutan bertuah je. Walau sebenarnya semua orang akan dapat hadiah cabutan bertuah tapi yang Grand Prize akan dicabut malam ni je... Keputusannya aku bukanlah salah seorang pemenang hadiah Grand Prize. Kena tunggu apa yang aku dapat esok je..









Cuti-Cuti : Lost World of Tambun (Part 2)

Sambungan dari Part 1. Sampai ke destinasi dalam pukul 11.30 pagi. Masa ni tak berapa ramai orang tapi nak beratur membeli tiket memang agak lama dan hampir setengah jam buang masa kat sini. Tapi bagusnya dia dah asingkan untuk pembelian tiket secara online/ejen atau pun secara tunai/kad kredit. Memandangkan aku tak sempat membeli tiket secara online, jadi aku kena beratur di kaunter tunai/kad kredit. Kalau tak silap kalau beli online ada diskaun lebih tapi sebab aku tak sempat nak menģgodek komputer, tak tahulah berapa harga tiket yang murah tu.

Beli tunai/kad kredit boleh juga dapat harga murah dengan syarat ada Kad Mesra Petronas. Berapa peratus diskaunnya aku pun tak pasti. Cubalah kira ikut resit ni. Jumlah harga tiket sahaja untuk 2 dewasa, 1 warga emas dan 3 kanak-kanak. Kanak-kanak yang tingginya 90cm ke atas kena beli tiket, kalau rendah dari tu masuk percuma. Anak-anak aku semua kena beli tiket sebab dah melebihi ketinggian.


Masuk dalam tu tak terus pergi mandi sebab tengok dalam jadual di Petting Zoo ada Racoon Feeding Show pukul 12 tengahari, jadi kami berjalan ke Petting Zoo dulu. Aku betul-betul puji dengan pekerja Housekeeping dia sebab jaga kebersihan di sekeliling Petting Zoo dengan baik sekali. Memang berbeza dengan zoo yang aku pernah pergi di tempat lain.

Disambut di pintu masuk
Lepas dah pusing keseluruhan Petting Zoo tu, kami pun ingat nak terus berjalan ke hadapan sebelum mandi, tapi kebetulan  ada train lalu. Tak tahu pun yang ada perkhidmatan train kat dalam ni. Memang rezeki kami sebab ada orang turun, jadi kami boleh naik train tu. Rezeki juga mak aku dapat keliling kawasan tanpa perlu berjalan kaki. Kesian juga dengan mak aku kalau takde train tu sebab kaki dia bukanlah kuat sangat nak berjalan jauh. Untuk makluman train ni PERCUMA ye.. nak naik banyak kali pun takpe, cuma nak beratur jelah di tempat menunggu. Di depan Petting Zoo tu kebetulan ada orang turun, jadi kami dapat naik. Kalau takde orang turun kami kena pergi beratur ke tempat menunggu yang agak jauh.


Lost World Petting Zoo

Jadual Animal Feeding Show

Posing berlatar belakangkan air terjun
Kami turun di Lost World Amusement Park. Kat sini ada permainan yang anak-anak boleh bermain. Permainan ala-ala dekat Genting Highlands tapi takdelah banyak sangat tapi anak-anak seronok main. Selain dari tu ada macam fun fair yang boleh menang Teddy Bear tu. Kitorang tak main yang tu sebab yang itu kena beli token. Anak-anak hanya bermain permainan yang ada kat situ je.

Dah puas bermain, kami beratur naik train balik. Dapat keliling seluruh kawasan Lost World of Tambun. Kami tak turun ke setiap station sebab anak-anak dah bising nak mandi-manda lagipun hari dah panas. Lebih baik bagi anak-anak berendam sebelum lebih banyak ragamnya.




Jadual Train

Berpisah train sebab dah penuh
Sepanjang naik train tu banyak tempat-tempat menarik dapat dilihat dan sebenarnya kalau nak turun pun boleh tapi kami tak turun. Hanya tengok dari jauh je dan yang mana sempat aku ambil gambar aku masukkan kat sini.

Tempat mendulang biji timah

Replika gajah

Kolam dan boleh buat aktiviti kat situ

Sampai tempat mandi, suami dan anak-anak pun bersiap tukar baju untuk mandi-manda. Aku memang tak mandi kat situ sebab kat rumah dah tanya dengan suami nak suruh aku mandi sekali ke tak. Memandangkan dia kata tak payah, jadi aku pun takde sediakan baju mandi untuk aku. Senang sebab kurang sikir baju nak kena bawak. Selesai uruskan anak-anak tukar baju dan masuk kolam, aku dengan mak aku mencari makan tengahari kat dalam tu. Untung kami dah pusing dengan train sebabnya dah tahu lokasi tempat makan yang ada. Pilihan takdelah banyak sangat tapi bolehlah untuk  mengalas perut sementara anak-anak habis mandi. Harga jangan tanya sebabnya di kawasan macam ni sudah tentulah harga agak tinggi. Pejam mata jelah masa bayar sebab bukannya selalu bawa anak-anak jalan-jalan. Aku dan mak dah siap-siap makan kat restoran. Untuk anak-anak dan suami aku tapaukan je. Kat situ banyak pondok-pondok tempat makan, jadi jangan risau pasal tempat makan. Dah penat main dapat makan dah tentulah licin semua benda yang aku beli.


Nasi goreng ayam

Licin semuanya

Habis makan anak-anak sambung mandi manda. Aku pulak sibuk cari hotel untuk kami tidur malam ni. Memang aku tak booking hotel awal-awal sebab tak tahu nak duduk hotel mana. Nanti aku buat entri lain untuk hotel.

Lepas siap mandi, hari pun dah hujan kami pun siap-siap nak check in hotel pulak. Yang penting anak-anak seronok bermain dan mandi manda hari ni.





Saturday, December 27, 2014

Pray for Pantai Timur


Sebak rasanya bila memikirkan keadaan saudara-mara, sahabat handai dan seluruh rakyat yang menghadapi musibah banjir kali ini. Dengar berkenaan kematian disebabkan dibawa arus deras lagi meruntunkan jiwa. Tak terbayang rasanya bagaimana mereka menghadapi banjir kali ini.

Semoga mereka diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian ini dan ada hikmah disebalik semua kejadian ini.

P/s : Teringat keluarga mertua yang berada di Kelantan. Walaupun tak menghadapi banjir tapi sedikit sebanyak terkesan. Harap-harap bekalan makanan mencukupi buat mereka.

Friday, December 26, 2014

Persiapan Persekolah Anak-Anak

Tahun depan dua dari anak bujang akan bersekolah. Makanya perbelanjaan pun dah naik dua kali ganda. Minggu lepas dah pergi membeli baju-baju sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Untuk abang takde masalah tapi untuk Iqbaal ada masalah untuk mencari saiz baju yang padan dengan tubuhnya yang halus.

Hinggakan ambil saiz baju yang paling kecil pun masih nampak besar. Nak tak nak kena juga ambil sebab nnak tempah dah tak sempat. Hantar kedai untuk potong tangan dengan kaki sikit jelah..

Layan jelah gelagat anak-anak masa membeli belah peralatan sekolah. Semuanya dah cukup kecuali tinggal nak beli singlet sebab hari tu saiz besar sangat.





Nak siapkan persiapan persekolahan ni pun habis hampir RM 1,000 termasuk buku-buku sekolah. Moga dengan segala kelengkapan baru dapat berikan semangat kepada anak-anak untuk belajar bersungguh-sungguh.




Wednesday, December 24, 2014

WWW : Keputusan ujian darah semalam 23/12/2014

Bacaan pagi sebelum makan apa-apa

Bacaan 2 jam selepas sarapan pagi

Bacaan selepas makan tengahari @ a.k.a ada jamuan kat office



Bacaan waktu malam 5.2 juga. Dah ambil gambar tapi takde pulak gambarnya, Nampaknya bacaan 7.5 sangat tinggi. Nanti mesti kena membebel dengan Doktor lagi. Ini pun dah habis kawal pengambilan makanan. Tak boleh kawal sebab ada jamuan je.. Rasa semua benda nak makan.


Monday, December 22, 2014

Diet semasa mengandung

Dugaan kali ni banyak betul semasa mengandung. Bukan nak mengeluh cuma nampak perbezaan yang sangat ketara ke atas keadaan kesihatan kalau nak dibandingkan dengan kandungan yang sebelum ni.

Kali ni doktor sahkan kandungan gula aku tinggi. Tapi takdelah tinggi sangat. Hanya perlu berjaga-jaga dengan pemakanan agar ia tidak memudaratkan diri sendiri dan juga baby dalam perut.

3 kali aku diberikan tarikh untuk berjumpa Pakar Pemakanan. Akhirnya aku terpaksa untuk pergi berjumpa Pakar Pemakanan. Alhamdulillah banyak info yang aku perolehi seleppas itu. Rupa-rupanya terdapat 3 jenis makanan iaitu :-
1. Makanan yang tidak dibenarkan makan
2. Makanan yang perlu disukat untuk makan
3. Makanan yang bebas untuk dimakan

Sebelum tu kena juga tahu berapa bacaan gula yang perlukan pemerhatian untuk ibu mengandung. Untukbaku kadang-kadang je bacaan tinggi tapi kebanyakannya adalah rendah. Tapi still petlu monitor.


Berat badan juga perlu ambil kira juga. Tak boleh terlampau banyak kenaikan mengikut BMI sebelum mengandung. Bagi aku kalau sesiapa nak mengandung lebih baik pastikan anda mempunyai BMI yabg ideal sebab terasa badan sangat berat bila baby dalam kandungan dah membesar. Nak jalan sikit pun rasa letih.


Oklah nak kongsikan makanan yang boleh dan tak boleh dimakan ketika mengandung. Makananbyang perlu dielakkan adalah makanan yang mengandungi gula ringkas. Contohnya minuman bergas, coklah, 3 in 1 dan makanan yang sama waktu dengannya.

Kat bawah ni adalah makanan yang perlu disukat. Maksudnya tak boleh diambil secara berlebihan sebab kandungan serat di dalam makanan ni yang rendah. Makanan ni boleh diambil 3 bahagian sahaja setiap kali hidangan.








Ni antara slide yang aku sempat ambil semasa bersama dengan Pakar Pemakanan. Mungkin boleh dijadikan panduan oleh ibu-ibu mengandung yang menghadapi masalah macam aku ni. Kalau ada yabg tak faham dan nak bertanya insyaallah aku tolong mana yang aku tahu. Baru jumpa Pakar Pemakanan sekali dah nak mengajar orang lain pulak kan....Yang penting ilmu yang bermanfaat boleh dikongsi bersama disamping sebagai rujukan sendiri.



Friday, December 19, 2014

Takwim Persekolahan 2015

Mesti ramai yang masih tercari-cari takwim persekolan untuk anak-anak. Ini terutamanya untuk ibubapa yang anaknya pertama kali masuk ke alam persekolahan. Tak ketinggalan juga pada aku yang perlu tahu bagi membuat perancangan di setiap cuti persekolahan akan datang. Percutian hanya boleh dibuat bila cuti sekolah sahaja memandangkan dah dua orang masuk ke alam persekolahan. Takwim ni juga boleh diambi disini www.moe.gov.my




Wednesday, December 17, 2014

Info Roti


Terjumpa info ni di FB. Selama ni tak tahu pun apa maksudnya. Sekarang dah tahu, jadi sblm beli roti boleh check dulu hari apa roti kita dibuat selain dari tengok tarikh luput roti tu...

Monday, December 15, 2014

Pertama kali seumur hidupku

Kali ni kami suamibisteri diberikan ujian kesihatan. Sebelum ni hanya batuk sahaja tapi lama kelamaan ia memberikan kesan pada anggota badan yang lain. 

Suamiku mengalami tonsil ditekak (sebahagian daripadanya mengalami kemerah-merahan). Manakala aku pula disahkan mengalami Bronchitis. Paru-paru aku berbunyi disebabkan batuk yang berpanjangan. Nak tak nak terpaksa juga aku diberikan Nebulizer.

Sebenarnya sebelum ni aku ada ke klinik biasa untuk check batuk aku dan diberikan ubat batuk. Tapi memandangkan doktor tersebut bukan doktor Pakar Sakit Puan, memang aku takkan makan sebarang ubat dari bukan Doktor pakar memandangkan aku tengah berbadan dua. Bukan tak percaya tapi sekadar berhati-hati menjaga kandunganku.

Doakan aku kuat mengharungi segala ujian yang diberikan ye...

Thursday, December 4, 2014

Cuti-Cuti : Lost World of Tambun (Part 1)

Akhirnya kami buat keputusan bawa anak-anak ke Lost World of Tambun, Ipoh. Ini pertama kali kami menjejakka  kaki ke sini. Dulu aku pernah belajar di Ipoh selama setahun masa tu tahun 1999/2000. Keadaan memang jauh berbeza sampai aku pun tak jumpa mana lokasi tempat belajar aku dulu.

Anak-anak dah memang bersemangat pagi-pagi bila bagitahu nak pergi hotel. Tapi sebenarnya matlamat utama adalah nak bawak anak-anak mandi manda di Lost World of Tambun. Lagipun aku belum buat keputusan nak tinggal di Hotel mana. Sampai sana nanti baru aku fikirkan Sebelum jalan jauh kenalah isi perut dulu. Dah siap sarapan baru gerak.


Anak-anak seronok sepanjang perjalanan dan bila nampai sign IPOH pastu nampak pula air terjun Lata Kinjang lagilah seronok sampai siap ajak pergi mandi air terjun pula.


Dalam pukul 11.15 pagi kami sampai di Lost World of Tambun. Rupanya lokasinya dekat juga dengan exit Ipoh. Macam biasa Waze menjadi pilihan hati untuk menunjukkan jalan untuk kami sekeluarga.


Nampak tak apa yang aku nampak? Dari jauh dah nampak signboard The Lost World of Tambun. Anak-anak pun dah bersedia dengan selipar masing-masing dan tak sabar nak turun dari kereta.

Oklah nanti aku sambung cerita pasal apa aktiviti kami di sana.

Sunday, November 30, 2014

Ikan Bakar belakang Istana

Hari ni dah mula tukar kepada mode bercuti. Walaupun tak ke mana sangat tapi dimulakan dengan aktiviti makan-makan di Ikan Bakar belakang Istana. Balik je kerja terus ke sana untuk menikmati hidangan tengahari dengan ikan bakar.




 Sebenarnya anak-anak tak sihat. Jadi pagi tadi kami buat keputusan bawa pergi mandi swimming pool kat office aku. Risau juga bila anak lembik je kat rumah tu.. Lebih baik bawak anak-anak hirup udara luar.

Sebelum ni pernah bawa anak-anak ke sini dan sangat berselera makan, jadi aku cadangkan makan tengahari Ikan Bakar je... Pilihan anak-anak ikan Tilapia bakar, suami pilih ikan Keli bakar dan aku pula ikan kembong je sebab ikan terubok kegemaran aku takde yang bersaiz kecil. Semuq tinggal yang besar-besar je... Takut membazir pulak.

Apa-apa pun kalau nak makan sini kena pastikan perut kosong dan betul-betul lapar. Kalau tidak memang tak rasa nikmat makan ikan bakar...

Saturday, November 29, 2014

Kontrak Habis - Cooling Period - Mode Bercuti On

Last minit baru perasan yang kontrak kerja aku tamat esok hari (30hb Nov 2014) dan aku juga dah dapat surat tawaran untuk jawatan tetap bermula 4hb Dis 2014. Maksudnya aku di'paksa' bercuti selama 3 hari sebelum memulakan perkhidmatan ke jawatan tetap. Walaupun jawatan sama, tapi taraf jawatan yang berlainan jadi nak tak nak aku kena juga bercuti.... Akhirnya boleh juga ON kan Mode BERCUTI... Yahoooo...

^
^
^
^
^
^
^
^
Tak tahu nak plan ke mana.. maybe pergi bawak anak-anak pergi tempat mandi manda jelah kot.. 

:)

HAPPY NYA...

Tuesday, November 18, 2014

Mannga Asam Boi vs Jambu Batu Asam Boi

Dah lama teringin nak buat tapi selalunya mesti satu bahan takde. Tapi akhirnya kali ni berjaya juga menghasilkan bukan hanya mangga asam boi tapi juga jambu batu asam boi. Mula-mula buat mangga asam boi, aku pakai mangga muda tapi jenis yang lemak manis je sebab tak jumpa mangga epal muda. Tak kisahlahkan... janji mangga muda.. lepas tu hiriskan asam boi dan potong cili api. Lepas tu masukkan dalam bekas tertutup dan goncang-goncangkan bagi sebati. Kalau nak lagi sedap masuk dalam peti dalam sejam atau dua.. Pastu boleh makan dah... jangan terkejut yang suami pun suka makan sebab ada rasa pedas-pedas sikit. Tak sampai sehari dah licin. sempat ambik gambar ni je sebelum dilicinkan.

Mangga Asam Boi

Tak puas makan mangga, aku buat pulak guna jambu batu. Kali ni guna cili api hijau tapi kepedasannya tak boleh lawan dengan cili api merah. Tapi rasa memang tetap mengancam..


Aku tak letak gula sebab asamboi tu dah ada rasa manis kat situ. Lagi sedap tak letak gula pada pendapat aku sebab kalau letak gula dia akan jadi berair bila disimpan dalam peti ais.

Selamat mencuba, kalau terliur balik rumah nanti buat ye..


Monday, November 17, 2014

Orientasi Tahun 1 2015

Selesai sudah orientasi pelajar tahun satu untuk tahun 2015. Tahun depan dua orang anakku dah masuk ke sekolah rendah. Mudah bagiku untuk menjemput bila balik sekolah. Tahun ni (2014) seorang sekolah rendah dan seorang sekolah tadika, berpusing-pusing aku nak menjemput diorang balik sekolah.

Alhamdulillah juga sebab dapat masuk sekolah yang dipilih walaupun kalau diikutkan alamat rumah memang agak jauh dari sekolah dan ada sekolah lain yang berhampiran dengan rumah kami. Tapi disebabkan sekolah tersebut bukan laluan kami, jadi kami cuba je memohon sekolah yang mengikut laluan kami pergi dan balik kerja.

Berbalik pada cerita hari orientasi tahun satu ni diadakan pada 15hb Nov 2014 bermula jam 8 pagi. Tujuan hari orientasi adalah untuk berikan pendedahan awal kepada anak-anak berkenaan dengan alam persekolahan. Selain dari itu, ujian juga diberikan kepada anak-anak bagi mengetahui tahap anak-anak tersebut dan memudahkan pembahagian kelas semasa sesi persekolahan bermula.

Untuk ibubapa pula kami perlu masuk ke dalam dewan untuk mendengar taklimat dari guru-guru yang berkenaan. Kebanyakan isi taklimat sama seperti tahun lepas. Takde apa yang menarik dan info baru yang ada. 



Ada juga yang menangis dan kebanyakannya seronok dapat berjumpa kawan-kawan baru. Anak aku rasanya paling kecik dikalangan budak-budak darjah satu tu.. Tapi muka rileks je.. takde perasaan takut pun. Bila tanya boleh jawab soalan ke tak? dengan konfiden jawab senang je.. Harap-harap betul-betul senang dan boleh jawab.


Nampak muka dia yang 'happy' tu.. dah dapat tag untuk masuk kelas mana untuk ambil ujian. Selesai sudah hari orientasi sekolah, Lepas ni terus datang sekolah je pada 5hb Jan 2015.




Friday, November 14, 2014

Cara Mudah hafal Al Quran


Hari ini baru aku tersedar yang aku tak pernah nak suruh anak-anak aku menghafal surah-surah pendek. Hanya harap apa yang dah dibelajar kat sekolah saja.. Macamana aku sedar adalah bila nak suruh dia hafal 3 Qul. Memang bagi kita yang dewasa ni nampak mudah tapi bukannya budak-budak dengan kita takde nak menggalakkan a.k.a paksa diorang menghafal surah-surah tu. Sebab nak suruh dia baca 3 Qul tu adalah kerana di Sekolah Agama ada pertandingan. Tapi sebelum ni dia hanya kata untuk Azan je rupa-rupanya ada juga yang kena baca 3 Qul.

Oleh kerana keinsafan aku, jadi aku pun minta tolong pada pakcik Google untuk dapatkan Cara mudah untuk menghafal ayat-ayat Al Quran. Alhamdulillah banyak tips-tips dan cara yang aku jumpa tapi belum dipraktikkan lagi. Kalau ada kawan-kawan yang sama-sama mencari macamana nak menghafal Al Quran boleh baca tips-tips dekat blog-blog yang aku dah singgah ni :-


Kebanyakannya aku rasa guna cara yang agak sama. Rasanya cara ni berkesan kot. Mari kita cuba kaedah yang ada ni dulu. Nanti banyak sangat cara yang kita tahu sampai tak terbuat pulak lagi susah.

Target : Untuk menghafal Surah-Surah pendek terlebih dahulu beserta dengan Tajwid yang betul. Hingga 31 Disember 2014 aku akan hafal sekurang-kurangnya 30 surah di dalam Al Quran.

Amin..



Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...