Wednesday, May 7, 2014

Tiket Legoland Murah


Dalam entri sebelum ni aku dah ceritakan mana nak dapatkan hotel selesa dan berpatutan mengikut budget aku. Entri kali ni aku nak kongsikan mana nak dapatkan tiket yang murah. Bukannya apa, selagi mana kita boleh dapatkan tiket pada harga murah, apa salahnya kan? Boleh belanjakan duit lebih tu ke tempat lain.

Antara tempat yang ada offer tiket murah adalah kat SINI. Apa yang ditawarkan kat situ boleh tengok kat bawah ni :-
What You Get:
- Open Date Ticket
(RM80) Offer 1: [1 Child] Legoland Malaysia
(RM110) Offer 2: [1 Adult] Legoland Malaysia
(RM199) Offer 3: [2 Adults] Legoland Malaysia
(RM345) Offer 4: [2 Adults] Legoland Malaysia + Hello Kitty Town & The Little Big Club
(RM354) Offer 5: [2 Adults + 2 Children] Legoland Malaysia
(RM639) Offer 6: [2 Adults + 2 Children] Legoland Malaysia + Hello Kitty Town & The Little Big Club

Bagi aku harganya dah agak murah kalau nak dibandingkan dengan harga asal. Tapi aku tak boleh beli dekat sini sebabnya voucher hanya boleh digunakan bermula 14hb Mei 2014. Memandangkan aku nak pergi pada 12hb Mei 2014, aku kena cari kat tempat lain.

Hello Kitty Town

The Little Big Club

Groupon pun ada buat offer tapi hanya boleh digunakan bermula 31hb Mei 2014 je..

Nampaknya aku kena buat keputusan mengenai pembelian tiket ni. Memandangkan dah tiada pilihan voucher yang murah, jadi aku ambil keputusan untuk beli je terus secara online di www.legoland.com.my. Kebetulan ada offer untuk Family Combo Ticket. Family Combo Ticket ini adalah untuk 4 tiket Theme Park dan Water Park. Cukuplah untuk kami anak beranak. Cuma anak aku yang kecik masih belum 3 tahun, jimatlah sikit. Untuk tiket mak aku pulak kami akan cari je kat sana sebab nak beli online dah tak sempat sebab kena beli 7 hari sebelum. Untuk Family Combo Ticket, kena beli minimum 3 hari sebelum dan offer ni valid sampai 22hb Mei 2014. Jadi memang sesuai sangat untuk kami sekeluarga.


Rasanya dah tak larat nak survey tiket murah dah. Moga entri ni dapat bantu rakan-rakan lain yang merancang nak bercuti ke Legoland. Aku sarankan supaya survey voucher tiket yang murah supaya ada penjimatan di situ. Jadi setakat ni jumlah belanja kami adalah :-

Hotel (2 hari) - RM 276
Tiket (4 org) -  RM 460
Jumlah           RM 736

Ni belum termasuk duit minyak, tol, makan dan minum. Sekali sekala bercuti kenalah keluar duit sikit.

No comments:

Post a Comment

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...