Cerita bab syarikat penerbangan pilihan ni, bukanlah nak menunjuk-nunjuk aku ni naik kapal terbang. Aku naik kapal terbang ni biasanya nak balik ke kampung suamiku. Memandangkan jarak yang jauh dan sekiranya menaiki pengangkutan darat mengambil masa hampir satu hari, jadi bermula tahun 2014 kami berazam untuk menggunakan pengangkutan udara sebagai pilihan.
Pada yang tak tahu bahawa kita mempunyai banyak pilihan syarikat penerbangan sekiranya ingin pergi ke destinasi tempatan dengan kata lain dalam Malaysia. Kali ni aku nak kongsikan kelebihan dan kekurangan yang aku tahu mengikut pengalaman aku.
Ini memang menjadi penerbangan pilihan nombor satu kami sekeluarga kerana harga yang berpatutan(beli semasa promo lagi berbaloi-baloi), dekat dengan rumah aku (jimat kos pengangkutan dari rumah ke airport), saiz kapal terbang yang kecil dan tak perlu berjalan jauh untuk naik ke dalam kapal terbang. Cuma yang tak bestnya bila hari hujan/panas kena redah untuk naik kapal terbang. Bahagian tu mungkin boleh diperbaiki lagi kot (macamlah bos besar Fireflyz nak baca blog aku ni).
MAS jatuh nombor dua disebabkan harganya yang agak mahal kecuali apabila ada promosi besar-besaran dari diorang. Aku pernah naik MAS dan dapat tiket murah gila... Bab servis dia memang tip top sesuai dengan harganya. Cuma kos pengangkutan nak ke KLIA yang tinggi menyebabkan aku rasa tak berbaloi nak jadikannya pilihan pertama.
Aku tak pernah gunakan perkhidmatan dari Malindo Air, cuma tahu dari review rakan-rakan yang pernah naik mengatakan sangat berbaloi memilih Malindo Air. Selain dari itu ada dua tempat boleh naik bila kita memilih mereka iaitu di Subang atau KLIA. Bila boleh naik di Subang sudah tentu menjadi pilihanku. Servis dalam kapal terbang tak tahu pulak. Insyaallah ada rezeki nak cuba juga naik.
Ini menjadi pilihan terakhir sebabnya lapangan terbang yang jauh dan juga kena bayar untuk beg. Macam penerbangan lain harga tiket termasuk berat beg. Bagi aku kalau orang tua nak naik penerbangan ni macam tak sesuai sebab kena berjalan jauh. Kami memang dah serik naik Air Asia dan kalau boleh tak nak naik penerbangan ni.
Setakat yang aku tahu hanya ada 4 penerbangan untuk destinasi dalam negara, kalau ada yang tahu ada yang lain bolehlah kongsikan. Tapi untuk destinasi antarabangsa memang ada beberapa pilihan lain. Insyaallah lain entri aku cerita walaupun aku dah lama tak pergi ke luar negara. Kali terakhir pergi masa belajar kat Universiti dulu. Doa-doakan kami sekeluarga dapat bercuti ke luar negara pula.
P/s : Kami dalam perjalanan pulang ke kampung sempena cuti sekolah, doakan kami selamat ye..
No comments:
Post a Comment