Menjadi tanda tanya dengan tajuk entri kali ini. Sebabnya kebiasaannya kalau buat sambutan hari lahir mestilah dengan suasana dan perasaan yang sangat gembira. Nak dijadikan cerita semalam department aku buat majlis sambutan hari lahir untuk beberapa orang staff yang lahir pada bulan Julai dan Ogos. Biasanya kami buat majlis setiap bulan tapi disebabkan bulan Puasa, kami buat majlis besar-besaran sikit. Makan kat Restoran.
Jadi kami semua naik 3 buah kereta dan aku naik kereta salah seorang yang menyambut hari lahir. Bila tanya bila tarikh lahirnya dia umpama mengelak dan memaklumkan bahawa tarikh lahirnya sama dengan tarikh kematian ibunya. Masa tu aku tak pula terfikir bahawa kemungkinan ibunya meninggal ketika melahirkannya. Tapi bila aku dapat tahu ibunya lahir ketika melahirkannya aku terus rasa sebak. Aku bayangkan bagaimana dia membesar tanpa dapat secubit pun kasih sayang dari ibunya.
Ya Allah besar benar dugaan yang diterima sejak kecil lagi. Aku cuba bayangkan sekiranya aku pula berada di tempat ibunya pula. Terfikir macamana pula dengan anak-anak nanti. Bolehkah suamiku membesar anak-anak tanpa bantuan dari aku. Maklumlah sekarang ni pun aku tengah mengandung jadi bile terdengar perkara macam ni, terus terfikirkan anak-anak sekiranya benda yang sama berlaku pada aku pula. Tapi mintak dijauhkan perkara sebegini dari berlaku kerana aku tahu bukan senang untuk mendidik anak-anak. Pasangan suami isteri sangat saling memerlukan dalam mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang berguna.
Alamak terlebih emosi pulak aku ni. Jom layan gambar makan-makan kami tu ye..
Aku xde dalam gambar... jadi photoG |
Licin sudah... |
No comments:
Post a Comment