Sunday, November 30, 2014

Ikan Bakar belakang Istana

Hari ni dah mula tukar kepada mode bercuti. Walaupun tak ke mana sangat tapi dimulakan dengan aktiviti makan-makan di Ikan Bakar belakang Istana. Balik je kerja terus ke sana untuk menikmati hidangan tengahari dengan ikan bakar.




 Sebenarnya anak-anak tak sihat. Jadi pagi tadi kami buat keputusan bawa pergi mandi swimming pool kat office aku. Risau juga bila anak lembik je kat rumah tu.. Lebih baik bawak anak-anak hirup udara luar.

Sebelum ni pernah bawa anak-anak ke sini dan sangat berselera makan, jadi aku cadangkan makan tengahari Ikan Bakar je... Pilihan anak-anak ikan Tilapia bakar, suami pilih ikan Keli bakar dan aku pula ikan kembong je sebab ikan terubok kegemaran aku takde yang bersaiz kecil. Semuq tinggal yang besar-besar je... Takut membazir pulak.

Apa-apa pun kalau nak makan sini kena pastikan perut kosong dan betul-betul lapar. Kalau tidak memang tak rasa nikmat makan ikan bakar...

Saturday, November 29, 2014

Kontrak Habis - Cooling Period - Mode Bercuti On

Last minit baru perasan yang kontrak kerja aku tamat esok hari (30hb Nov 2014) dan aku juga dah dapat surat tawaran untuk jawatan tetap bermula 4hb Dis 2014. Maksudnya aku di'paksa' bercuti selama 3 hari sebelum memulakan perkhidmatan ke jawatan tetap. Walaupun jawatan sama, tapi taraf jawatan yang berlainan jadi nak tak nak aku kena juga bercuti.... Akhirnya boleh juga ON kan Mode BERCUTI... Yahoooo...

^
^
^
^
^
^
^
^
Tak tahu nak plan ke mana.. maybe pergi bawak anak-anak pergi tempat mandi manda jelah kot.. 

:)

HAPPY NYA...

Tuesday, November 18, 2014

Mannga Asam Boi vs Jambu Batu Asam Boi

Dah lama teringin nak buat tapi selalunya mesti satu bahan takde. Tapi akhirnya kali ni berjaya juga menghasilkan bukan hanya mangga asam boi tapi juga jambu batu asam boi. Mula-mula buat mangga asam boi, aku pakai mangga muda tapi jenis yang lemak manis je sebab tak jumpa mangga epal muda. Tak kisahlahkan... janji mangga muda.. lepas tu hiriskan asam boi dan potong cili api. Lepas tu masukkan dalam bekas tertutup dan goncang-goncangkan bagi sebati. Kalau nak lagi sedap masuk dalam peti dalam sejam atau dua.. Pastu boleh makan dah... jangan terkejut yang suami pun suka makan sebab ada rasa pedas-pedas sikit. Tak sampai sehari dah licin. sempat ambik gambar ni je sebelum dilicinkan.

Mangga Asam Boi

Tak puas makan mangga, aku buat pulak guna jambu batu. Kali ni guna cili api hijau tapi kepedasannya tak boleh lawan dengan cili api merah. Tapi rasa memang tetap mengancam..


Aku tak letak gula sebab asamboi tu dah ada rasa manis kat situ. Lagi sedap tak letak gula pada pendapat aku sebab kalau letak gula dia akan jadi berair bila disimpan dalam peti ais.

Selamat mencuba, kalau terliur balik rumah nanti buat ye..


Monday, November 17, 2014

Orientasi Tahun 1 2015

Selesai sudah orientasi pelajar tahun satu untuk tahun 2015. Tahun depan dua orang anakku dah masuk ke sekolah rendah. Mudah bagiku untuk menjemput bila balik sekolah. Tahun ni (2014) seorang sekolah rendah dan seorang sekolah tadika, berpusing-pusing aku nak menjemput diorang balik sekolah.

Alhamdulillah juga sebab dapat masuk sekolah yang dipilih walaupun kalau diikutkan alamat rumah memang agak jauh dari sekolah dan ada sekolah lain yang berhampiran dengan rumah kami. Tapi disebabkan sekolah tersebut bukan laluan kami, jadi kami cuba je memohon sekolah yang mengikut laluan kami pergi dan balik kerja.

Berbalik pada cerita hari orientasi tahun satu ni diadakan pada 15hb Nov 2014 bermula jam 8 pagi. Tujuan hari orientasi adalah untuk berikan pendedahan awal kepada anak-anak berkenaan dengan alam persekolahan. Selain dari itu, ujian juga diberikan kepada anak-anak bagi mengetahui tahap anak-anak tersebut dan memudahkan pembahagian kelas semasa sesi persekolahan bermula.

Untuk ibubapa pula kami perlu masuk ke dalam dewan untuk mendengar taklimat dari guru-guru yang berkenaan. Kebanyakan isi taklimat sama seperti tahun lepas. Takde apa yang menarik dan info baru yang ada. 



Ada juga yang menangis dan kebanyakannya seronok dapat berjumpa kawan-kawan baru. Anak aku rasanya paling kecik dikalangan budak-budak darjah satu tu.. Tapi muka rileks je.. takde perasaan takut pun. Bila tanya boleh jawab soalan ke tak? dengan konfiden jawab senang je.. Harap-harap betul-betul senang dan boleh jawab.


Nampak muka dia yang 'happy' tu.. dah dapat tag untuk masuk kelas mana untuk ambil ujian. Selesai sudah hari orientasi sekolah, Lepas ni terus datang sekolah je pada 5hb Jan 2015.




Friday, November 14, 2014

Cara Mudah hafal Al Quran


Hari ini baru aku tersedar yang aku tak pernah nak suruh anak-anak aku menghafal surah-surah pendek. Hanya harap apa yang dah dibelajar kat sekolah saja.. Macamana aku sedar adalah bila nak suruh dia hafal 3 Qul. Memang bagi kita yang dewasa ni nampak mudah tapi bukannya budak-budak dengan kita takde nak menggalakkan a.k.a paksa diorang menghafal surah-surah tu. Sebab nak suruh dia baca 3 Qul tu adalah kerana di Sekolah Agama ada pertandingan. Tapi sebelum ni dia hanya kata untuk Azan je rupa-rupanya ada juga yang kena baca 3 Qul.

Oleh kerana keinsafan aku, jadi aku pun minta tolong pada pakcik Google untuk dapatkan Cara mudah untuk menghafal ayat-ayat Al Quran. Alhamdulillah banyak tips-tips dan cara yang aku jumpa tapi belum dipraktikkan lagi. Kalau ada kawan-kawan yang sama-sama mencari macamana nak menghafal Al Quran boleh baca tips-tips dekat blog-blog yang aku dah singgah ni :-


Kebanyakannya aku rasa guna cara yang agak sama. Rasanya cara ni berkesan kot. Mari kita cuba kaedah yang ada ni dulu. Nanti banyak sangat cara yang kita tahu sampai tak terbuat pulak lagi susah.

Target : Untuk menghafal Surah-Surah pendek terlebih dahulu beserta dengan Tajwid yang betul. Hingga 31 Disember 2014 aku akan hafal sekurang-kurangnya 30 surah di dalam Al Quran.

Amin..



Saturday, November 1, 2014

Makan-Makan : Man Burger Kukus Lava

Hari tu berpeluang ajak suami dan anak-anak merasa makan di Man Burger Kukus Lava. Hajat nak makan memang dah lama tapi disebabkan takde masa yang sesuai simpan jelah dulu hajat tu. Kebetulan hujung minggu hari tu ada Karnival di Masjid dan kami rancang saja nak bawa anak-anak ke Karnival tapi nasib tak menyebelahi sebab hujan lebat. Aku dan anak-anak tak keluar ke Karnival cuma suami je yang keluar untuk tengok-tengok kot-kot ada yang menarik. 

Lepas tu otak ligat berpusing nak ke mana. Kesian anak-anak pun dah lapar sebab diorang baru balik dari latihan Karate-Do. Siap mandi dan solat Asar terus keluar rumah. Mula-mula aku nak ke Secret Recipe tapi en Suami macam tak setuju je, aku pun bagi cadangan untuk ke Man Burger Kukus Lava di Damansara Damai.


Ini Signature Dish dekat sini. Aku ingatkan ni macam ala-ala kapal tapi rupanya Mr Krabs... hahaha.. nampak sangat aku ni takde nak menghayati watak-watak kartun ni. Memang kelas ko Zulqarnain order ni. Memang nampak mengiurkan.


Zul Iqbaal dan Zulfiqar ambil kids menu dan pilihan utama adalah sosej besar. Bahagian yang paling best kat sini ialah Iqbaal makan semua sosej dan Zulfiqar makan semua kentang goreng. Memang sesuai sangatlah masing-masing sebagai pelengkap untuk menghabiskan makanan.

Sedap menikmati sosej

Rileks menghabiskan kentang goreng
 Yang ni aku punya pulak. Nampak menyelerakan dan tak sabar nak makan. Ini Spongebob Triple Special. Terus order triple tu yang tak tahan tu..


Ni pulak suami aku punya. Lupa pulak dia pilih menu apa. Tapi masing-masing menikmati makanan masing-masing. Dah tak boleh nak share... hahaha... masing-masing dah lapar, so tak boleh nak mengecek orang lain punya.


Air pulak aku order Kedondong Asamboi. Ingat biasa je tapi presentation dia memang ada kelas... Aku suka. Siap ada aiskrim lagi. Cuma part tak best dia blend sekali dengan biji asam boi.. Tapi secara keseluruhannya memang best.


Aku suka dengan cara yang digunakan kat sini. Dia buat macam sistem kedai fast food lain. Order dan bayar dulu, baru makanan sampai. Setakat ni tak pernah jumpa kedai makan lain yang amalkan sistem macam ni. Kalau ada yang berhajat nak cuba boleh tengok dulu menu-menu kat bawah ni.






Ada 2 cawangan iaitu di Damansara Damai dan di Saujana Utama. Nak tahu info lanjut boleh tengok dekat FB Man Burger Kukus Lava.




Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...