Friday, September 2, 2016

Salah satu impian 2016 telah tercapai

Alhamdulillah telah Allah makbulkan salah satu impianku tahun ini. Memang betul kita perlu tulis apa yang ingin diimpikan. Biarlah orang kata hanya angan-angan semata-mata. Tapi angan-angan tanpa usaha memang takkan tercapai juga. Nak tahu apa impianlu tahun ni boleh terjah entri ni.

Masa bulan Januari 2016, aku memang sibuk cari rumah untuk dijual dalam mudah.my. Target aku adalah rumah Subsale (rumah second hand). Bukan tujuan untuk duduk tapi sekadar pelaburan untuk tanggung anak-anak belajar dan back up untuk hari tua nanti. Kebetulan berkenanan satu hartanah yang terdapat dalam iklan dan terus menelefon nombor tertera dan site visit terus diarrangekan.

Aku membeli hartanah melalui agen. Kebetulan masa site visit tu agen tersebut memaklumkan ada lagi satu property yang ingin dijual tapi pada harga bawah nilai pasaran. Dalam masa yang sama juga ada seorang rakan universiti yang ingin menjual rumahnya di kawasan yang sama. Kiranya kami pergi melihat ketiga-tiga buah hartanah tersebut.


Setelah melihat keadaan rumah tersebut, aku dan suami terus jatuh hati memandangkan kesemua unit tersebut mempunyai penyewa. Maksudnya sudah ada orang yang akan membayar hartanah tersebut setiap bulan. Tanpa berfikir panjang aku memilih untuk membeli 2 unit tersebut dari agen manakala suamiku membeli unit dari rakan kami.

Setelah 7 bulan menguruskan pembelian rumah pertama bagi aku, akhirnya hartanah tersebut berjaya dimiliki. Bukan hanya satu tapi dua unit rumah dibeli serentak atas nama sendiri. Sekarang masanya untuk menguruskan penyewa-penyewa pula. Memang bersyukur dapat berjumpa agen yang bagus dalam urusan pembelian rumah tersebut. Next target nak cari lagi beberapa hartanah yang berpotensi sebagai pelaburan. Adakah tahun ini juga atau tahun depan? Bergantung kepada kesungguhan aku nak mencari je sebenarnya...


Impian-impian lain masih diusahakan agar dapat dicapai tahun ini atau awal tahun hadapan. Insyaallah

No comments:

Post a Comment

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...