Tuesday, October 4, 2016

Cuti-Cuti Terengganu : Part 1

Sempena cuti Awal Muharram yang jatuh pada hari Ahad dan digantikan pada hari Isnin, aku dan suami buat keputusan untuk balik ke kampung memandangkan kami tak dapat balik kampung masa cuti Hari Raya Aidiladha baru-baru ini. Kali ini kami ambil keputusan untuk melalui Terengganu untuk ke Kelantan. Memandangkan keluarga mertua masih berada di Penang (rumah adik ipar), kami buat keputusan untuk tidur satu malam di Terengganu tapi tak decide nak stay kat mana lagi. Kami plan hanya terus terjah je mana-mana hotel atau chalet yang berkenan di hati bila sampai nanti.

Bertolak hari Jumaat selepas Subuh iaitu sebelum orang ramai keluar bekerja. Alhamdulillah tak sangkut dengan kesesakan lalulintas. Berhenti sebentar di RNR Temerloh untuk bersarapan dan kemudian meneruskan ke destinasi pertama iaitu ICT(Ikan Celup Tepung) & KLCC (Keropok Lekor Cicah Colek). Rupanya ada port khas yang memang sedap untuk makan ICT iaitu di Pantai Mengkabang, Terengganu. Memandangkan hari Jumaat, kami sampai ketika orang solat Jumaat dan warung yang popular di situ iaitu Warung Pok Nong dibuka pada jam 3.30 petang. Nak tak nak terpaksa ke kedai lain. Kami singgah di Warung Adik Beradik ni tapi bagi aku tepungnya agak masin dan ikannya kurang segar. Kalau nak dibandingkan dengan kedai yang suami pernah pergi katanya kedai ni kureng sikit dari segi rasa. Tapi ada macam-macam pilihan yang boleh didapati antaranya cendawan, sosej, udang, ketam, sotong, ikan kembong, ikan pari dan ada lagi beberapa jenis nasi dan mee turut sama dijual.
 

Cendawan celup tepung

Fishball

Sosej

Ketam celup tepung

Udang celup tepung

Ikan pari celup tepung

Ikan kembong celup tepung


Takde gambar sotong celup tepung sebab dijual mengikut pinggan. Kalau ada orang order baru dia goreng. Sepinggan RM 10 kalau tak silap. Kami cuba setiap satu dari goreng-gorengan ni dan harganya RM 40 termasuk air. Bagi aku kira oklah tapi lain kali nak cuba di kedai lain pulak.

Oklah nanti sambung lagi untuk part 2 tempat keropok lekor famous.





No comments:

Post a Comment

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...