Monday, December 16, 2013

Bersunat Zaman Sekarang

Bersunat bagi lelaki adalah prosedur pembedahan yang melibatkan pembuangan separa atau sepenuhnya bahagian kulup (prepuce) pada zakar (penis). Prosedur ini telah pun dijalankan sejak beribu tahun dahulu. 

Sebagai ibubapa yang mempunyai anak, sudah tentu suatu hari nanti akan memikirkan mengenai kaedah terbaik yang akan dipilih apabila ingin menyunatkan anak-anak. Kebiasaannya masalah ini berlaku kepada ibubapa yang mempunyai anak lelaki kerana anak perempuan biasanya sudah disunatkan selepas kelahiran.

Memandangkan aku mempunyai 3 anak yang mana kesemuanya lelaki, maka maklumat mengenai kaedah-kaedah bersunat ini memang sangat diperlukan dan berguna kepada kami sebagai ibubapa. Seboleh-bolehnya kami inginkan kaedah terbaik untuk diberikan kepada anak-anak supaya kurang rasa sakitnya. Ialah bila anak rasa sakit, sudah tentu kita sebagai ibubapa pun terasa sakitnya.

sunat alis001 
Terdapat 5 kaedah bersunat yang aku tahu buat masa ini iaitu :-
1. Konvensional - bersunat oleh doktor secara pembedahan moden dengan suntikan ubat pembiusan, pemotongan kulit dengan gunting,mengikat punca perdarahan dan menjahit luka potongan.

2. Laser - Kelebihan atau kebaikannya adalah laser menghasilkan potongan halus, licin dan kurang perdarahan serta kesan luka bakar yang terlalu halus iaitu sekitar 0.5 micron sahaja. Tapi, kebanyakan sunat Laser yang di tawarkan oleh kebanyakan klinik adalah tidak menggunakan Laser sebenarnya, ini kerana sebuah Mesin Laser berharga tidak kurang dari RM250,000 jadi adalah tidak munasabah digunakan untuk sunat dengan caj RM150.00 sahaja. Biasanya yang digunakan adalah mesin eletrik bervoltage tinggi yang dipanggil Electrocautry.

3. Electrocautry - Electrocautery adalah alat yang menggunakan elektrik dengan voltage dan ‘alternating frequency’ yang tinggi melalui electrode yang terdiri dari wire logam digunakan sebagai pemotong tisu. Penggunaan mesin electrocautery yang tidak mengikut spesifikasi ataupun tidak di selengara dengan baik akan memberikan risiko terbakar atau electrocuted.Pemotongan kulup menggunaka electrocautery adalah tidak di galakkan kerna berbagai komplikasi boleh terjadi.

4. Flash Cauter - ‘Flash cauter’ adalah alat electrocautery khas  yang hanya menggunakan battery sahaja. Ianya maseh menggunakan electrode yang diperbuat dari ‘sharp metal string’ dan pemotongan dilakukan dengan kaedah pemanasan dan ketajaman logam halus tersebut. Kelebihan system ini adalah tiadanya risiko ‘electrocuted’ dan kesan luka bakar yang agak minima serta boleh digunakan di kawasan pendalaman yang tiada bekalan electric.

5. Klamp - Bersunat menggunakan ‘Clamp method’ adalah teknik sunat tertua yang pernah diamalkan oleh manusia sejak beribu tahun dahulu. Tanpa ada ubat bius dan pembedahan moden, ‘sepitan kuno’ (ancient clamp) yang hanya diperbuat dari tanduk-tanduk haiwan, buloh, kayu ataupun kepingan logam telah digunakan sebagai alat untuk bantuan bersunat bagi mempercepatkan proses dan mengurangkan perdarahan. Kaedah ini mempunyai 3 generasi. Generasi ketiga dinamakan sebagai Alisklamp.
Moga info yang dikongsikan dapat memberikan manfaat kepada semua. Kami telah memilih kaedah klamp untuk anak-anak kami bersunat.

Nanti akan diceritakan dalam entri akan datang. Bagi yang berminat nak tahu maklumat lanjut mengenai kaedah klamp ni boleh KLIK SINI.


No comments:

Post a Comment

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...