Sebagai ibubapa yang mempunyai anak, sudah tentu suatu hari nanti akan memikirkan mengenai kaedah terbaik yang akan dipilih apabila ingin menyunatkan anak-anak. Kebiasaannya masalah ini berlaku kepada ibubapa yang mempunyai anak lelaki kerana anak perempuan biasanya sudah disunatkan selepas kelahiran.
Memandangkan aku mempunyai 3 anak yang mana kesemuanya lelaki, maka maklumat mengenai kaedah-kaedah bersunat ini memang sangat diperlukan dan berguna kepada kami sebagai ibubapa. Seboleh-bolehnya kami inginkan kaedah terbaik untuk diberikan kepada anak-anak supaya kurang rasa sakitnya. Ialah bila anak rasa sakit, sudah tentu kita sebagai ibubapa pun terasa sakitnya.
Terdapat 5 kaedah bersunat yang aku tahu buat masa ini iaitu :-
1. Konvensional - bersunat
oleh doktor secara pembedahan moden dengan suntikan ubat pembiusan,
pemotongan kulit dengan gunting,mengikat punca perdarahan dan menjahit
luka potongan.
2. Laser - Kelebihan
atau kebaikannya adalah laser menghasilkan potongan halus, licin dan
kurang perdarahan serta kesan luka bakar yang terlalu halus iaitu
sekitar 0.5 micron sahaja. Tapi, kebanyakan
sunat Laser yang di tawarkan oleh kebanyakan klinik adalah tidak
menggunakan Laser sebenarnya, ini kerana sebuah Mesin Laser berharga
tidak kurang dari RM250,000 jadi adalah tidak munasabah digunakan untuk
sunat dengan caj RM150.00 sahaja. Biasanya yang digunakan adalah mesin
eletrik bervoltage tinggi yang dipanggil Electrocautry.
3. Electrocautry - Electrocautery
adalah alat yang menggunakan elektrik dengan voltage dan ‘alternating
frequency’ yang tinggi melalui electrode yang terdiri dari wire logam
digunakan sebagai pemotong tisu. Penggunaan
mesin electrocautery yang tidak mengikut spesifikasi ataupun tidak di
selengara dengan baik akan memberikan risiko terbakar atau
electrocuted.Pemotongan kulup menggunaka electrocautery adalah tidak di
galakkan kerna berbagai komplikasi boleh terjadi.
4. Flash Cauter - ‘Flash
cauter’ adalah alat electrocautery khas yang hanya menggunakan battery
sahaja. Ianya maseh menggunakan electrode yang diperbuat dari ‘sharp
metal string’ dan pemotongan dilakukan dengan kaedah pemanasan dan
ketajaman logam halus tersebut. Kelebihan system ini adalah tiadanya
risiko ‘electrocuted’ dan kesan luka bakar yang agak minima serta boleh
digunakan di kawasan pendalaman yang tiada bekalan electric.
5. Klamp - Bersunat
menggunakan ‘Clamp method’ adalah teknik sunat tertua yang pernah
diamalkan oleh manusia sejak beribu tahun dahulu. Tanpa ada ubat bius
dan pembedahan moden, ‘sepitan kuno’ (ancient clamp) yang hanya
diperbuat dari tanduk-tanduk haiwan, buloh, kayu ataupun kepingan logam
telah digunakan sebagai alat untuk bantuan bersunat bagi mempercepatkan
proses dan mengurangkan perdarahan. Kaedah ini mempunyai 3 generasi. Generasi ketiga dinamakan sebagai Alisklamp.
Moga info yang dikongsikan dapat memberikan manfaat kepada semua. Kami telah memilih kaedah klamp untuk anak-anak kami bersunat.Nanti akan diceritakan dalam entri akan datang. Bagi yang berminat nak tahu maklumat lanjut mengenai kaedah klamp ni boleh KLIK SINI.
No comments:
Post a Comment