Pengalaman melahirkan 3 anak sebelum ini diikuti dengan jaundice selepas beberapa hari kelahiran memang sudah menjadi biasa bagi aku. Begitu juga untuk kelahiran kali ini menghadapi masalah yang sama. Walaupun begitu perasaan risau masih ada kerana jika dibiarkan akan memberikan kesan kepada bayi tersebut.
Mula buat pemeriksaan selepas hari keempat kelahiran. Ini kerana nampak jelas kulit anak yang kekuningan. Periksa di Klinik Kesihatan je. Selepas 3 hari berturut-turut membuat pemeriksaan, bacaan jaundice semakin tinggi dan perlu bawa anak ke hospital untuk dibiarkan di bawah lampu @ phototherapy. Hari pertama ke Hosp Sg Buloh tapi disuruh balik sebab bacaan baru lebih sikit dari 'border' dan memandangkan wad penuh, kami diauruh balik dan periksa semula di Klinik kesihatan.
Hari berikutnya sekali lagi ke Klinik Kesihatan untuk memeriksa darah dan bacaan semakin tinģgi. Nak tak nak memang kena duduk juga di hospital tapi aku dan suami buat keputusan untuk terus ke hospital swasta bagi mendapatkan rawatan walaupun perlu mengeluarkan belanja yang agak tinģgi. Tapi di hospital swasta, anak tidak diletakkan sekali dengan ibu di dalam wad tapi diletakkan di nursery hospital.
Memandangkan aku tak dapat bersama anak, aku buat keputusan untuk tidak tinggal di hospital dan kebetulan pula tiada bilik kosong. 2 malam tidur tanpa anak di sisi rasa serba tak kena dibuatnya. Aku gagahkan juga bangun tengah malam untuk mengepam susu agar dapat diberikan kepada anakku bila lapar. Tapi setiap hari aku akan jenguk juga anak aku untuk hilangkan rasa rindu.
Hari ni dah kembali di sisi aku.. gembira rasanya dan jaundice pun dah hilang...
Sedikit pengalaman apabila anak menghadapi Jaundice.
Hari ni dah kembali di sisi aku.. gembira rasanya dan jaundice pun dah hilang...
Sedikit pengalaman apabila anak menghadapi Jaundice.
No comments:
Post a Comment