Thursday, April 16, 2015

Our New Born

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dari mula masuk wad hingga selamat melahirkan. Ini kandungan kelima dan merupakan kelahiran keempatku...

Tanggal 11 April 2015 aku telah selamat melahirkan jejaka comel secara normal. Pagi-pagi bila solat Subuh aku dah suruh suami siap awal-awal untuk ke klinik memandangkan ada keluar sedikit tanda bewarna merah tapi takdelah banyak sangat. Sepatutnya aku memang ada appointment pukul 8pagi, jadi aku hanya datang lebih awal sebab takut juga kalau terberanak kat rumah pulak.

Sebenarnya hari sebelumnya aku dah jumpa Dr dan dah ada contraction setiap 10 minit. Bukaan jalan pun dah buka dalam 1-2 cm. Tapi Dr suruh balik dulu dan datang semula esoknya. Lagipun aku datang sorang je sebab suami masih bekerja.

Sementara menunggu giliran nak jumpa Dr, aku dah mula terasa contraction. Memandangkan menunggu dalam keadaan duduk, jadi ia agak sakit dan aku terpaksa minta suami maklumkan kepada jururawat untuk maklumkan kepada Dr. Terus aku dipanggil dan Dr periksa bukaan jalan sudah 4-5 cm. Aku terus dimasukkan ke wad dan dipasangkan CTG bagi memeriksa kadar denyutan jantung baby dalam kandungan.

Dari rekod CTG tu nampaknya keadaan jantung baby semakin perlahan. Jadi Dr pecahkan air ketuban bagi mempercepatkan proses bersalin. Selepas air ketuban dipecahkan aku dibawa ke bilik bersalin. Berdebar rasanya tapi kali ni suami sentiasa ada di sisi disepanjang proses kelahiran. Menurut kata jururawat yang bertugas, hanya 2 sebab kenapa bacaan jantung baby tak berapa cantik iaitu :-
1. Tali pusat terbelit dileher baby atau
2. Ibu yang menahan kesan dari contraction dan oksigen tak sampai pada baby

Jadi, aku diberikan oksigen supaya dapat membantu bayi dalam kandungan agar cukup oksigen. Setelah berhempas pulas menghadapi saat-saat getir bersalin, akhirnya pada jam 10.57 pagi telah selamat dilahirkan bayi lelaki yang sangat comel seberat 3.5kg. Menurut kata Dr, aku hanya kena satu jahitan sahaja.

Inilah wajah jejaka comelku yang keempat selepas dilahirkan. Syukur atas rezeki yang dikurniakan kepada kami sekeluarga.


Catatan ini hanyalah sebagai catatan peribadi dan pengalaman diriku sebagai kenangan pada masa hadapan dan juga sebagai kenangan manis yang tidak akan dilupakan.


No comments:

Post a Comment

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...