Friday, October 7, 2016

Pasar Terapung Kelantan @ Pulau Suri

  Gembira rasa hati dapat merasa pergi ke Pasar Terapung. Punyalah excited bangun pagi awal bersiap dan terus cari sarapan. Lepas sarapan terus bergerak nak ke Pasar Terapung ni. Teringin nak pergi sebab hari tu ada ternampak dalam facebook pasal Pasar Terapung yang baru dibuka. Kalau tempat baru biasalah taklah seperti yang dijangkakan tapi satu pengalaman yang menarik untuk aku dan anak-anak.

Pulau Suri ni dalam daerah Tumpat tapi jangan tersilap tempat pergi ye sebab kena pergi ke Jeti Kuala Besar yang terletak di Kota Bharu. Macam kami ni dah tersilap sebab terus ke Tumpat dan memang takkan sampailah kan. Akhirnya kena berpatah balik dan cari Jeti Kuala Besar. Jetinya kecik je dan nak ke Pulau Suri tu naik sampan yang ada enjin. Rasa seram gak nak naik tapi sebab nak merasakan pengalaman ke Pasar Terapung, hilanglah perasaan seram tu.



@ Jeti Kuala Besar
 Kalau nak naik sampan/bot ni hanya perlu tunggu bot datang dan terus beritahu pemilik bot nak ke Pulau Suri. Tambang bot RM 2 seorang untuk satu hala. Untuk bayi takdelah kena caj, tapi kalau nak bayar adalah amat dialu-alukan. Masa kami sampai dalam jam 11 pagi lebih, matahari pun dah semakin meninggi.

Pemandangan Jeti Kuala Besar

Masa untuk naik bot
Aku pergi anak-beranak dan sorang adik ipar je... Bila dah dalam bot ni barulah terfikir betapa dalamnya air ni. Kalau terjadi apa-apa wallahualam. Tapi ada disediakan life jacket tapi kitorang tak pakai pun. Perjalanan dari jeti ke Pulau Suri mengambil masa lebih kurang 10 minit. Kiranya anak-anak merasa pengalaman naik bot kecik macam ni.

Kami dah dalam bot
Alhamdulillah dah selamat sampai. Boleh tahan juga ramainya. Pasar Terapung ni dibuka hanya pada Hari Sabtu dari jam 10 pagi- 12.30 tengahari. Jadi memang agak ramai orang tapi apa yang aku fikir tak sama dengan keadaan sebenarnya sebab aku ingat penjual dan pembeli berada di atas bot. Rupa-rupanya hanya penjual je kat atas bot. Pembeli ditinggalkan di Pulau Suri. Untuk masuk ke Pulau Suri ni kena bayar RM 5 seorang bagi dewasa dan RM 3 seorang bagi kanak-kanak.






Tiket masuk ke Pulau Suri


Ni antara bot-bot yang menjual makanan. Ada dalam 6 @ 7 buah bot yang menjual dan kesemuanya makanan dan minuman. Di atas darat pun ada juga orang yang menjual antaranya hasil kraftangan dan buah-buahan.




Kami takdelah nak membeli sangat sebab dah siap-siap bersarapan pagi sebelum ke sini. Tapi sempat mencuba otak-otak dan keropok lekor. Yang kelakarnya ingatkan otak-otak yang ada isi ikan tu, rupa-rupanya otak-otak ikan seekor tapi ikannya fresh dan rempah ratusnya sedap. Berbaloi membeli satu RM 0.50 je.

Otak-otak
Dekat atas Pulau tu memang disediakan meja dan kerusi untuk rileks-rileks dan menikmati makanan yang dibeli. Tandas juga disediakan sekali. Cuma bagi aku masih kekurangan gerai-gerai yang menjual. Otak-otak ni pun akulah orang terakhir yang membeli sebab lepas tu dah habis dah. 

Lepas selesai makan, kami pun tak lepaskan peluang untuk bergambar bersama. Sebagai tanda kami dah sampai kat sini.
Kami

Excited bergambar dengan kelapa

Bergambar dengan pokok kelapa pulak
Selesai makan dan pusing-pusing, kami pun beredar. Tunggu bot sampai, jangan tersilap naik bot. Kalau naik dari jeti Kuala Besar, cari bot yang ke Kuala Besar. Jangan silap ye.. Masa ni dah panas terik.. memang rasa terbakar kulit. Tapi takpe yang penting impian tercapai...

Masa untuk balik


Masa balik anak-anak excited naik bot. Masa pergi masing-masing macam takut je, Bila balik nampak muka masing-masing yang kegembiraan. Siap main air lagi...
 
Nantikan entri seterusnya tempat yang menarik untuk dilawati di Kelantan.

Thursday, October 6, 2016

Keropok Lekor BTB 2209 @ Tok Beng

Sambungan dari entri sebelum ni, destinasi berikutnya adalah Kedai Keropok Lekor yang tersohor di Terengganu iaitu Keropok Lekor BTB 2209 atau dikenali sebagai Keropok Lekor Tok Beng. Ada macam-macam jenis keropok lekor yang dijual di sini. Sebelum ni biasa beli keropok lekor dekat Kedai Keropok Lekor 007 berhadapan dengan Masjid Kuala Ibai. Kali ni nak cuba yang lain pulak. Kat sini disediakan juga kawasan parking kereta yang luas untuk kemudahan pelanggan-pelanggan.


Selain dari keropok lekor batang, ada juga dijual dalam bentuk poppers dan terdapat bermacam-macam perisa. Ada keju, black pepper dan beberapa perisa lain. Dah cuba black pepper cheese poppers tapi bagi aku takdelah sedap sangat tapi ada kelainan di situ. Lain orang lain pendapat, mungkin kami pun dah kekenyangan.

Jenis-jenis keropok lekor yang dijual

Dalam kedai ni ada dua kedai yang berlainan. Satu menjual keropok lekor berperisa dan satu lagi menjual keropok lekor batang. Keistimewaannya adalah keropok-keropok ni dah siap dibungkus menggunakan vakum. Kalau nak berjalan jauh tak risau keropok tu cepat rosak. Aku memang memborong keropok batang tu memandangkan geng-geng ofis pun ada order. Memang keropok ni terasa ikannya.

Dari pandangan luar (tempat parking)

Dah selesai memborong kami teruskan perjalanan mencari penginapan. Tapi akhirnya bermalam di rumah mertua terus sebab semua hotel/chalet penuh.


Tuesday, October 4, 2016

Cuti-Cuti Terengganu : Part 1

Sempena cuti Awal Muharram yang jatuh pada hari Ahad dan digantikan pada hari Isnin, aku dan suami buat keputusan untuk balik ke kampung memandangkan kami tak dapat balik kampung masa cuti Hari Raya Aidiladha baru-baru ini. Kali ini kami ambil keputusan untuk melalui Terengganu untuk ke Kelantan. Memandangkan keluarga mertua masih berada di Penang (rumah adik ipar), kami buat keputusan untuk tidur satu malam di Terengganu tapi tak decide nak stay kat mana lagi. Kami plan hanya terus terjah je mana-mana hotel atau chalet yang berkenan di hati bila sampai nanti.

Bertolak hari Jumaat selepas Subuh iaitu sebelum orang ramai keluar bekerja. Alhamdulillah tak sangkut dengan kesesakan lalulintas. Berhenti sebentar di RNR Temerloh untuk bersarapan dan kemudian meneruskan ke destinasi pertama iaitu ICT(Ikan Celup Tepung) & KLCC (Keropok Lekor Cicah Colek). Rupanya ada port khas yang memang sedap untuk makan ICT iaitu di Pantai Mengkabang, Terengganu. Memandangkan hari Jumaat, kami sampai ketika orang solat Jumaat dan warung yang popular di situ iaitu Warung Pok Nong dibuka pada jam 3.30 petang. Nak tak nak terpaksa ke kedai lain. Kami singgah di Warung Adik Beradik ni tapi bagi aku tepungnya agak masin dan ikannya kurang segar. Kalau nak dibandingkan dengan kedai yang suami pernah pergi katanya kedai ni kureng sikit dari segi rasa. Tapi ada macam-macam pilihan yang boleh didapati antaranya cendawan, sosej, udang, ketam, sotong, ikan kembong, ikan pari dan ada lagi beberapa jenis nasi dan mee turut sama dijual.
 

Cendawan celup tepung

Fishball

Sosej

Ketam celup tepung

Udang celup tepung

Ikan pari celup tepung

Ikan kembong celup tepung


Takde gambar sotong celup tepung sebab dijual mengikut pinggan. Kalau ada orang order baru dia goreng. Sepinggan RM 10 kalau tak silap. Kami cuba setiap satu dari goreng-gorengan ni dan harganya RM 40 termasuk air. Bagi aku kira oklah tapi lain kali nak cuba di kedai lain pulak.

Oklah nanti sambung lagi untuk part 2 tempat keropok lekor famous.





Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...