Lama dah tak update pasal contest yang aku sertai. Nampaknya usaha beberapa bulan lepas membuahkan hasil walaupun taklah sehebat orang lain. Kali ni rezeki dari Peraduan Prego bersama Econsave. Memandangkan hadiahnya memang banyak, jadi aku gagahkan juga untuk mencuba nasib dan alhamdulillah membuahkan hasil.
Showing posts with label Peraduan. Show all posts
Showing posts with label Peraduan. Show all posts
Saturday, July 25, 2015
Saturday, March 14, 2015
Kemenangan 2015 : Peraduan P&G Econsave
Rezeki di bulan Mac dan jug tahun 2015. Dah lama tak masuk peraduan disebabkan kesibukan. Tapi kerajinan semula masuk peraduan sempena Tahun Batu Cina baru-baru ini membuahkan hasil. Ada beberapa kemenangan tapi nak kongsikan apa yang hadiahnya telah diterima.
Sebenarnya ni peraduan yang memerlukan slogan dan aku memang sangat lemah bila bab slogan ni. Disebabkan resit dan borang dah ada, aku isikan saja borang tu dan slogan aku buat secara spontan.
![]() |
Borang peraduan |
Tak berharap sangat nak menang peraduan yang berasaskan slogan ni lagipun dengan pembelian dah dapat mangkuk tingkat CNY. Kiranya itu dah kira sebagai hadiah bagi aku.
Beberapa hari lepas dapat panggilan dan aku dapat hadiah saguhati RM 100 baucer Econsave. Hari ni dah selamat terima dan boleh pergi bershopping sambil usha peraduan lain...
#kemenanganpertama2015
Thursday, August 14, 2014
iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Kalau tanya " Awak nak iPhone 5s percuma tak?" apakah jawapan spontan yang akan kita dengar? Mestilah jawapannya NAAKKKKKK !!!! Begitu juga pada diri aku sendiri maklumlah tak pernah lagi merasa memakai handphone keluaran Apple ni. Tapi aku ada pengalaman pakai laptop Apple memang sangat Best menggunakannya..... Inikan pula telefon pintar seperti iPhone5s sudah tentulah lagi syok untuk aku terus aktif berblog.
Memandangkan harga iPhone5s sememangnya mahal setanding pula dengan kualiti yang diberikan tapi buat masa ni memang aku takdelah mampu nak mendapatkan iPhone5s ni sebab ia jatuh di dalam benda-beda mewah untuk aku. Tapi ada juga berangan sekali-sekala kot-kotlah ada orang nak hadiahkan sempena Hari Jadi ke, Hari Ulangtahun Perkahwinan ke.... hehehe... macam tahu je kan nak tuju pada siapa untuk berikan hadiah tu kan....
Oklah memandangkan Denaihati ada anjurkan peraduan yang menawarkan iPhone5s jadi aku tak nak lepaskan peluang yang ada ni. Ada rezeki sangkut salah satu hadiah yang ditawarkan dah kira bersyukur sangat. Apa hadiah yang ditawarkan? Ada dua jenis hadiah yang ditawarkan iaitu 3 buah iPhone5s dan juga wang tunai... Menarik kan? Antara sponsor-sponsornya adalah :-
12. http://anarm.net
16. http://awn.my
Arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com @http://syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja. Kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk arwah semuga tajaan ini menjadi sedekah yang terima oleh ALLAH.
Kalau ada sesiapa nak sertai jangan berlengah lagi ye sebab peraduan ditutup pada 24/8/2014 11.59pm. Walaupun persaingan sudah tentunya sangat sengit, kalau kita tak berusaha untuk menang tak guna juga. Kalau tak menang sekurang-kurangnya saya dah berusaha. Yang selebihnya semuanya kuasa Allah..
Dah start berangan dapat ambil gambar cantik-cantik dan rajin mengupdate blog. Hahahahaha...
Wednesday, July 2, 2014
Saya Nak RM300 Duit Raya Daripada Nile.com.my
Siapa tak nak kalau orang bagi duit kan. Nak pulak dah nak dekat Raya ni.. Mesti banyak memerlukan duit untuk membeli baju raya, kuih muih, duit raya dan macam-macam lagi. Kalau ada yang nak mencuba nasib boleh cuba masuk peraduan ni. Yang bestnya peraduan ini adalah berdasarkan siapa yang bertuah atau dipilih secara random.
Hadiahnya pula adalah seperti berikut :-
2 x Lucky Winner , hadiah RM300 Cash
4 x Lucky Winner , hadiah RM100 cash
Ada yang tak nak ke? Kalau tak nak lagi bagus sebab lebih banyak peluang untuk aku menang.. Hahahaha.... Kalaulah aku menang peraduan ni, aku nak berikan duit tu pada mak aku je. Sebab apa dialah yang dah bersusah payah menyediakan hidangan berbuka puasa kami sekeluarga. Bukannya aku tak nak masak tapi mak aku yang dengan senanghatinya tak bagi aku masak. Itu kalau menang RM 100 je, tapi kalau menang RM 300 aku nak agihkan sebahagiannya sebagai duit raya kepada yang memerlukan. Untuk diri sendiri rasanya dah cukup dengan duit gaji yang aku dapat.
Oklah bagi yang nak sertai peraduan ni, ikuti 4 langkah ni yer :-
1. Tajuk: Saya Nak RM300 Duit Raya Daripada Nile.com.my
2. Letakkan gambar kat atas tu dan backlinkskan permalink ini –
> http://www.nile.com.my/page.php?cd=76
3. Hasilkan satu entri, kalau anda dapat Rm300 apakah yang anda akan beli sempena puasa or raya ini? (I.e. kelengkapan baju raya, belanja keluarga berbuka puasa, beli biskut raya, berbuka puasa di hotel, etc)
4. Emailkan ke give_away@nile.com.my beserta tajuk email – Raya Giveaway (and your full name)
a. Blog Link -
b. Full Name -
H/p Number -
Dah buat semua langkah tu, bolehlah check nama korang kat SINI .
Tarikh Tutup pada 21/07/2014, 11.59 malam.
Wednesday, May 14, 2014
Beg Sekolah & Botol Air dari Dutch Lady
Baru-baru ni aku ada redeem 3 buah beg dan 3 biji botol air sempena Peraduan Milkaton 2014 yang dianjurkan oleh Dutch Lady. Kebetulan anak-anak memang suka minum air kotak Dutch Lady, jadi aku memang simpan barkod kotak-kotak susu. Sebabnya Dutch Lady memang selalu sangat buat peraduan berupa sebegini.
Aku takdelah target nak menang RM 10,000 tu. Dapat redeem barang-barang pun dah kira baguskan. Terutamanya botol-botol air tu. Memandangkan anak aku Muhammad Zulqarnain ni menjadi juara hilang botol air, adalah sangat perlu untuk aku redeem botol-botol air ni. Bukannya apa, semenjak dia bersekolah ni aku rasa nak dekat 10 botol air dah hilang. Yang terbaru ni penutup botol hilang, dia bawak balik badan botol tu jer. Ayah dia siap pesan suruh cari penutup botol tu balik kalau tak kena potong duit belanja sekolah.. Hehehehe..
![]() |
Botol Air |
![]() |
Beg sandang |
Monday, May 5, 2014
Bila besar nanti.....
Apa cita-cita aku masa kecik-kecik? Masa dulu-dulu aku memang bercita-cita untuk menjadi seorang peguam. Apakan daya bila dah membesar ni seiring dengan ilmu yang dipelajari semasa zaman Universiti tidak melayakkan aku untuk menjadi seorang peguam. Tapi sekurang-kurangnya aku berjaya kerja di salah sebuah firma guaman walaupun hanya sebagai seorang kerani.
![]() |
Pentas Utama |
Tapi entri ni bukan nak cerita pasal aku, tapi pasal anak keduaku Muhammad Zul Iqbaal yang baru berusia 6 tahun. Semalam tadikanya ada menganjurkan Pertandingan ' What I want to be' untuk semua pelajar berumur 5 & 6 tahun. Jadi aku tidak melepaskan peluang untuk berikan pendedahan kepadanya supaya berani berucap di hadapan orang ramai. Jangan jadi macam aku yang takut bila diberikan microphone.. Anakku telah memilih untuk menjadi Jurutera. Sebab pemilihannya adalah dia dah dengar rakan-rakan sekolahnya menghafal skrip tersebut, jadi kami ikutkan jelah kemahuan dia.
![]() |
Ada gaya jurutera tak? |
Sebenarnya nak suruh dia menghafal skrip sekejap je dah boleh hafal. Maklumlah budak-budak. Kalau orang tua macam aku ni mesti ambik masa 2 @ 3 hari nak menghafalnya. Cuma nak bagi lancar je skrip yang ada. Memandangkan kami sekeluarga demam, memang aku takde buat latihan. Persediaan semua last minit. Ingatkan nak cari kasut macam Phua Chu Kang warna kuning tu tapi tak jumpa.. Jumpa kasut ala-ala kontraktor tu pun dah kira bagus. Malam sebelum kejadian kelam kabut cari baju ( cari baju Sekolah warna putih) dan kertas Manila. Apa kegunaan kad Manila tu nanti tengok dalam video..
Tambahan props yang kecik-kecik tu atas usaha suamiku juga. Dia pun excited nak suruh anak dia buat yang terbaik semasa persembahan nanti. Target supaya Iqbaal tak gugup/nervous je... Lancar ke tidak itu lain cerita. Yang penting dia dah belajar untuk bercakap depan orang ramai dan menggunakan microphone sebaik mungkin.
Memang sangat-sangat berbaloi kami buat latihan malam tu dan pagi sebelum tu... Alhamdulillah apa yang kami suruh dia buat. Cuma ada beberapa bahagian yang dia terlupa buat. Yang penting kami puas hati dengan persembahannya dan tak sangka dapat tempat kedua bagi kategori 6 tahun. Aku rasa salah satu sebabnya adalah anak aku menggunakan semua props sebaik mungkin tapi peserta yang lain ada props tapi tidak menggunakannya.
![]() |
Bergambar dengan Teacher Liza |
Apa-apapun hilang rasa tekanan bila selesai persembahan. Anak-anak yang buat persembahan tapi ibu bapa pula yang nervous terlebih... Nampaknya setiap tahun kami menggondol hadiah setiap kali aktiviti/peraduan dianjurkan. Macam tahun lepas anakku Zulqarnain mendapat tempat pertama untuk kategori 6 tahun dalam pertandingan mewarna dan mendapat hadiah basikal manakala Zul Iqbaal mendapat tempat kelima bagi kategori 5 tahun. Tahun ni memandangkan hanya Zul Iqbaal je yang bersekolah di situ, jadi dapat nombor dua tu dah satu kejayaan besar bagi aku.
Insyaallah tahun depan giliran Zulfiqar pula.. Tapi dari pemerhatian aku, anak-anak memang kena diasah bakatnya. Macam Zulqarnain lebih kepada mewarna dan kekemasan manakala Zul Iqbaal lebih kepada bercakap dihadapan orang ramai. Nampaknya kami kena cari tempat yang sesuai untuk mengasah bakat yang ada..
Thursday, March 27, 2014
Tak sabar nak shopping PERCUMA di AEON
Sebelum ni aku ada buat entri mengenai kemenangan hadiah saguhati peraduan yang aku sertai. Alhamdulillah dah selamat terima voucher AEON bernilai RM 100. Bolehlah berbelanja sambil mengintai mana-mana peraduan yang boleh aku sertai..
Sebenarnya bukan senang nak menang kalau masuk peraduan. Mana yang tak pernah menang mesti nampak macam aku ni banyak kali menang. Tapi kalau nak dibandingkan dengan pro-comper yang lain memang aku ni umpama anak ikan bilis je.. Tapi walau macamana pun tetap bersyukur sangkut juga satu hadiah. Sekurang-kurangnya cover kos yang dikeluarkan pun dah kira bagus. Takde lah rasa membazir sangat masuk peraduan. Ada juga sahabat-sahabat yang cuba-cuba sertai peraduan tapi bila tak menang terus dah tak sertai..
Sebenarnya bila dah tak menang kita mesti terus berusaha untuk mencuba. Jangan berhenti setengah jalan. Perlu juga ada ilmu kalau nak sertai peraduan ni. Aku pun banyak juga belajar dari pakar-pakar secara tak langsung.
Moga lepas ni ada lebih banyak kemenangan untuk aku dan rakan-rakan yang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Cheesekut Mini
Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...

-
Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...
-
Kalau tanya " Awak nak iPhone 5s percuma tak?" apakah jawapan spontan yang akan kita dengar? Mestilah jawapannya NAAKKKKKK !!!! B...
-
Pejam celik, pejam celik sekejap jer dah 7 tahun usia perkahwinan kami. Tanggal 27 Mei 2006 aku diijabkabulkan dengan suami tersayang M...