Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Tuesday, July 4, 2017

Photoshoot di Aidilfiti

Tahun kedua outdoor photoshoot sempena Hari Raya ni. Beruntung ada adik ipar PhotoG ni sebab boleh tumpang sekaki untuk bergambar dengan hasil air tangan profesional.

Lokasi kali ni dekat tepi pantai juga tapi nama spesifiknya kurang pasti sebab ada drebar yang bawakkan kereta. Yang pasti lokasinya di Bachok Kelantan.

 Bukan senang nak ambil gambar dengan anak-anak kecik ni. Kalau sorang bersedia, lagi sorang tak reti duduk diam. Akhirnya terima jelah dengan hasil gambar yang ada.

Keluarga kami

Ibu & Bapa mertua
 Ada 3 keluarga takde dalam gambar sebabnya lambat sampai untuk sesi bergambar ni.Jadi ada keluarga kecil ni jelah.

Gambar ramai-ramai
 Macam biasa gambar anak-anak setiap sorang memang wajib ada sebagai koleksi sepanjang pembesaran diorang.


Muhammad Zulqarnain - 10 tahun

Muhammad Zul Iqbaal - 9 tahun

Muhammad Zulfiqar - 6 tahun

Muhammad Zulfiqri - 2 tahun
Selain gambar hasil tangan PhotoG, ada juga koleksi gambar yang aku ambil sendiri guna hp. 

Ada gambar sweet couple ni kan.. Baru perasan gambar dengan si kecik takde yang macam ni... nak buat macamana sebab dia pun tak habis melasak je.. tak leh nak ajak bergambar pun.






Lokasi penggambaran tepi pantai sebenarnya tapi PhotoG ambil gambar berlatarbelakangkan hutan. Kami anak beranak bergambar pula di tepian pantai. Pakai telefon je... tapi tak banyak sangat sebab bateri dah habis.. layan jelah gambar yang ada ye...

4 heroes

Our Family





Friday, July 29, 2016

Raya Sebulan

Hari Raya tanpa bergambar bukan Hari Raya namanya. Itu bagi akulah... sebab tak semua orang suka bergambar. Aku memang jenis suka bergambar sebagai tanda kenangan untuk anak cucu kami nanti.

Tahun ni giliran raya dengan keluarga aku tetapi kami tetap balik ke kampung suami pada hari raya kedua. Tahun ini masa malam Raya aku kena demam panas, jadi pagi raya memang takdelah dengar suara aku membebel pada anak-anak aku untuk bersiap-siap ke masjid. Tapi aku gagahkan juga diri untuk menyambut hari raya iaitu hari kemenangan umat Islam.

Berdua

Keluarga kami

Dah kata demam, tentulah nak ambil gambar pun tak bermaya pada hari pertama tu. Tapi masa balik ke kampung suami, dah tentulah aku ganti balik momen indah yang ketinggalan. Kami siap pergi outdoor photoshoot lagi. Nasib baik adik ipar jurugambar profesional. Bolehlah simpan kenangan gambar-gambar berkualiti kalau nak dibandingkan dengan gambar yang ambil sendiri.

Nak layan gambar photoshoot kita tunggu enti akan datang... Sebelum tu nak tunjuk sikit lokasi penggambaran kami..





Siapa boleh teka tempat ni memang hebat..

Sunday, July 26, 2015

Hari Raya 2015

Tahun ni giliran berhari raya di Kelantan. Awal-awal dah booking tiket kapal terbang untuk balik kampung berhari raya. Kami balik seminggu sebelum raya memandangkan tak berkesempatan balik menyambut Ramadhan, jadi kami buat keputusan untuk balik raya awal agar dapat berpuasa di kampung.

Anak-anak pulak kenalah memonteng lebih awal sebabnya cuti sekolah bermula pada hari Rabu. Anak-anak baru darjah 2 dan 1 takdelah nak heran sangat kalau memonteng sekolah.

Raya tahun ni tema warna adalah merah menyerlah. Bak kata Zulfiqar Merah Dung Dung Chey... Baju dah memang beli siap-siap sebelum puasa lagi sebab tak nak bersesak-sesak dengan orang ramai masa bulan puasa nanti. Lagipun ada anak kecik ni lebih baik cari semua benda awal-awal.

Kali ni sempat buat photoshoot dengan semua adik beradik sebelah suami. Memandangkan semua orang ada masa lagi 2 hari sebelum Raya, jadi selepas berbuka kami terus bersiap-siap untuk ambil gambar keluarga. Biasa orang ambil di pagi raya tapi kitorang lebih awal lagi dah ambil. Jom layan gambar raya kami tahun ni..

Keluarga Kami (sebelah suami)

Adik-Beradik Suami (4 lelaki & 3 perempuan) termasuk Ma & Abah

Yang dah ada pasangan sahaja
Yang single

Tok Ma & Tok Abah bersama cucu-cucunya
Riuh rumah Tok Abah & Tok Ma bila semua dah balik beraya. Maklumlah dari 8 orang cucu hanya sorang je perempuan dan yang lain semuanya lelaki. Yang paling riuh adalah anak-anak akulah.... Bila kitorang balik kuranglah sikit riuhnya sebab yang lain kecik-kecik lagi..

Inilah kenangan untuk hari raya kali ni. Insyaallah nak juga buat photoshoot untuk keluarga sebelah aku. Aku memang suka ambil gambar dan simpan sebagai kenangan masa akan datang.

Sweet Couple

Selamat Hari Raya kepada siapa yang sudi singgah sini..


Saturday, August 9, 2014

Lemang satu kemestian

Setiap tahun kalau aku beraya dengan Mak aku lemang dan rendang memang menu wajib kami masak sehari sebelum Raya. Tapi tahun ni agak mencabar sebabnya cuaca yang terlalu panas sepanjang bulan puasa begitu juga semasa sehari sebelum berpuasa. Memang agak mencabar sebab memasak menggunakan dapur kayu bukan dapur gas.

Sebelum tu benda yang paling penting kena cari dulu iaitu buloh lemang. Bukan senang nak dapatkan buluh lemang ni walaupun aku duduk di kawasan kampung. Siapa pulak nak pergi menebang buluh. Baik beli je. Kebiasaannya kami beli buluh dari penjual lemang je tapi tahun ni memang ada orang menjual buluh lemang yang katanya buluh tu dari Pahang. Aku tak kisah asal usulnya janji tak payah nak bersusah payah masuk hutan cari buluh.
Ganas tak dia punya iklan..

Sesi memilih buluh lemang
Kami mulakan dengan memasak rendang ayam dan daging. Dua-duanya dimasak secara berasingan, cuma menggunakan bahan-bahan yang sama sahaja. Bila dah sebati baru kami asingkan kepada dua kawah. Satu untuk Ayam dan satu lagi daging, hati dan paru. Antara bahan-bahan yang dimasukkan adalah :-

1. Santan pekat
2. Bawang Merah (dikisar)
3. Cili kering (dikisar)
4. Serai (diracik dan ditumbuk lumat)
5. Daun Kunyit (diracik halus)
6. Kerisik
7. Garam Kasar

Sebelum diasingkan

Abang Ipar aku mengacau rendang

Satu Rendang Daging dan satu Rendang Ayam

Semua bahan-bahan ni aku tak reti sangat sukatannya sebab semuanya mak aku dah siap sediakan. Kami cuma perlu kopek dan kisar semua benda tu.

Selesai masak rendang, masa untuk melemang pula. Masa ni aku suami isteri dah kepenatan. Sebelum tu aku dah siap basuh pulut dan buluh lemang. Suami aku pulak tolong masukkan daun pisang dalam buluh tu. Bukan semua orang pandai masukkan daun pisang dalam buluh ni sebab kalau silap masuk, pulut akan terkeluar dari daun dan lemang jadi tak cantik. Suami aku belajar masukkan dari arwah Abang aku. Alhamdulillah ilmu tu dapat diperturunkan kepada suami aku.

Nak tengok cara macamana menyalur buluh lemang boleh tengok kat sini

ht

Ok nak kongsi apa bahan-bahan yang diperlukan bagi menghasilkan lemang yang sedap :-

1. Buluh lemang (aku beli RM 1.50 sebatang)
2. Daun pisang (ambik je kat belakang rumah)
3. Pulut (aku sarankan pakai pulut Siam Brand AAA) - memang sedap dari biasa
4. Santan (dari kelapa yang diparut sendiri bukan beli santan kilo)
5. Garam kasar (*mak aku memang masak lemang pakai garam kasar. Tak silap rasanya supaya lebih sedap)

Bakar lemang guna api merendang tadi

Tukang jaga api

Paling penting pastikan cara pembakaran yang betul supaya lemang tak berkerak. Kali ni memang cepat betul habis. 10 batang hari raya pertama dah licin. Yang paling terkejut Abang Ipar aku boleh habiskan sebatang lemang sorang-sorang masa malam raya lagi....

Kalau rajin nak melemang lagi sebab tak puas makan hari tu tapi tak tahu bila masanya.....

Thursday, August 7, 2014

Simpan kenangan Raya dengan Photobook

Setiap kali Hari Raya mesti menjadi acara wajib mengambil gambar bersama keluarga. Memang satu kewajipan sejak aku kecik aktiviti ni kami buat tapi tak tahu kemana perginya gambar-gambar tu. Tahun ni aku diperkenalkan dengan Photobook yang biasanya dipromosikan pada harga diskaun di Groupon. Aku dah beli beberapa voucher dan ada yang dah redeem, ada juga yang expired dan ada juga yang masih belum di redeem.

Jadi untuk mengelakkan voucher aku ni expired, baik aku buatkan Photobook sempena Hari Raya ni. Memandangkan kami beraya di 2 kampung, jadinya kenalah ada 2 photobook berasingan sebab kalau buat dua-dua dalam satu photobook confirm tak muat nak masukkan semua gambar dalam satu album je.

Inilah dia 2 photobook yang aku buat

Riang Ria Raya di Selangor

Riang Ria Raya di Kelantan

Kalau ada yang teringin nak buat photobook macam aku ni bolehlah klik pada banner kat sebelah tu.. Memang puas hati sebab photobook ni hasil air tangan sendiri. Nak design macamana pun boleh...






Thursday, July 31, 2014

Pinky....

Tahun ni berpeluang beraya dengan tema warna pink. Walaupun aku sorang je perempuan dan semua anak-anak aku lelaki, tema pink menjadi idaman hati.


Paling suka dengan gambar ni sebab semuanya buat muka ceria... Tahun ni rasanya paling banyak berposing di hari raya pertama. Kebanyakan menggunakan monopod je..


Tahun ni giliran beraya di sebelah keluarga aku. Ni gambar aku dan kakak aku bersama dengan mak aku... Nampak tak kemeriahan setiap keluarga dengan warna tema masing-masing. Tapi warna pink paling menyerlah... Tak silap kami pilih warna ni...

Raya ketiga baru balik ke Kelantan, kampung suami. Raya keempat barulah pergi menziarahi ahli keluarga terdekat yang berhampiran.

Insyaallah hari Ahad baru bertolak balik semula. Tak sempat nak jengah blog sebab line internet tak berapa bagus di kampung.

Apa-apa pun saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang membaca atau singgah di blog kecil saya ni..







Wednesday, June 25, 2014

Sepantas Kilat

Semalam aku terlebih rajin pergi mencari baju raya. Tapi bukan pergi shopping kompleks tapi menghadap depan komputer jer. Memang malas sungguh nak pergi cari baju ni.. Paling senang cari kat internet je. Sekarang ni dah banyak pilihan baju yang ada. Terpulang pada tuan punya badan sesuai dengan citarasa atau tak.

Semalam sempat order sehelai Jubah dan seluar Palazo di lelong. Bukan maksudnya aku pergi jualan lelong ye. Aku selalu gak singgah sini nak dapatkan harga yang murah. Kena rajin survey sebab ada barang yang memang murah dan ada jugak sama je dengan harga kat luar. Semalam order hari ni dah dapat. Memang pantas servis yang diberikan. Sebelum ni memang tak pernah beli jubah atau baju kurung siap secara online sebabnya tak tahu nak ukur saiz badan sendiri. Ini pun percubaan kali pertama, kalau ok bolehlah beli je terus secara online.   

Aku beli kat JF Boutique secara online.  Tapi aku tak beli direct kat situ sebab bila banding harga, beli dekat  lelong lagi murah. Kat situ memang banyak pilihan jubah. Tapi aku takut nak beli jubah lycra sebab nampak bentuk badan. Tapi tak silapnya ada jenis kain lycra yang tak mengikut bentuk badan.

Invoice
Nilah jubah yang aku berkenan tu. Jenis kain chiffon. Harap-harp muatlah hendaknya. Tapi ni bukan baju Raya hari pertama sebab tema tahun ni warna pink, jadi aku kenalah cari warna pink juga. Ni mungkin boleh pakai untuk raya kedua atau ketiga. Orang perempuan mana boleh ada sehelai je baju raya. Kalau boleh seminggu nak pakai baju baru..

Jubah pilihan

Nanti bila free nak cari lagi baju-baju atau jubah yang cantik dan harganya berpatutan. Dah lama rasanya tak beli baju baru. Pergi kerja pun asyik pakai baju yang sama je. Sekali-sekala laburkan sikit untuk diri sendiri.  

Tuesday, June 24, 2014

Dah beli baju Raya ke belum?

Tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan. Macamana dengan semua persiapan menjelang Ramadhan dan juga Hari Raya yang akan datang? Alhamdulillah tahun ni semuanya aku dah beli siap-siap sebelum masuknya bulan Ramadhan untuk suami dan 3 hero-hero kecil aku. Minggu lepas kebetulan jalan-jalan di shopping kompleks terjumpa dan terbekenan dengan material dan warna baju Melayu untuk anak-anak dan suami. Sudah semestinya warna sedondon kami pilih. Tahun ni tema pink, tak rancang langsung nak warna apa tapi kebetulan jumpa warna pink dan semua saiz ada. Jadi aku malas nak fikir lebih panjang dan banyak membuang masa terus buat keputusan untuk membeli.

Baju T-shirt dan seluar anak-anak dan suami untuk dipakai masa Hari Raya pun dah siap beli masa ada sales dekat The Store. Cuma tinggal kasut je belum beli. Kiranya dah lega tak perlu nak bersesak masa bulan Ramadhan untuk mencari baju raya lagi.

Sekarang masa untuk aku mencari baju raya untuk diri sendiri pulak. Hari tu ingatkan nak cari sekali tapi biasalah kalau bawak anak-anak memang tak dapatlah aku nak membelek baju-baju yang berkenan. Lagipun bila aku tengah membelek mesti diorang pun sibuk nak belek manik-manik yang ada kat baju. Sampai kena tegur pulak dengan orang kedai tu. Dari aku kena bayar baju yang aku tak nak beli, baik awal-awal aku keluar. Keputusannya aku akan pergi cari sendiri sorang-sorang nanti bila free.

Semalam berbual dengan suami kat meja makan. Cakap pasal persiapan Hari Raya untuk suami dan anak-anak dah selesai, tinggal aku punya je belum selesai. Suami siap pesan baik pergi cari sebelum Ramadhan supaya bulan Ramadhan nanti boleh beri tumpuan sepenuhnya untuk menunaikan ibadat. Jadi jenuh hari ni aku jalan-jalan depan komputer mencari baju yang berkenan. Letih mata memilih baju yang ada pelbagai design, corak dan warna. Harap-harap dapat bertemu pilihan hati disamping warnanya mestilah sedondon kannnn....

Kalau ada sesiapa boleh bagi link yang ada offer baju cantik-cantik dengan harga yang berpatutan, bolehlah share link tu kat aku. Biar banyak pilihan senang nak bandingkan harga nanti.

Warna Tema tahun lepas



Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...