Thursday, June 20, 2019

Resepi : Spageti Bolognese

Aku bukanlah tukang masak jauh sekali pandai bab-bab memasak ni. Kebetulan berkawan dengan sorang Chef, dah alang-alang berkawan kita korek ilmu dia. Resepi ni dah kali kedua buat memang sangat puas hati sebab tak guna pun perencah dalam tin atau botol tu kecuali tomato puree.

Homemade Spageti Bolognese

Saya nak kongsikan bahan yang digunakan disamping untuk memudahkan saya refer balik kalau terlupa resepi tu.
Antara bahan-bahan utama

Bahan-Bahan (untuk 4 peket spageti lebih kurang 40-50 orang makan)

1. 2kg daging kisar/daging burger
2. 2 tin tomato puree (size tin susu)
3. Sedikit mixed herbs
4. 10 bji bwng besar (diblend)
5. 5 batang carrot (diblend dan tapis air)
6. Cendawan tiram - 2 peket
7. 3 Batang Daun sup
8. Daun Bay (kalau ada letak, kalau takda tak perlu letak)
9. 2 sudu bsr lada hitam biji tumbuk halus
10. 10 ulas bwng putih cincang (diblend)
11. Gula
12. Garam
13. Satu botol ketchup cap heinz atau 5 biji tomato diblend

Cara-cara :-
1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan daging kisar (macam sangai je daging kisar tu). Bila dah agak-agak daging dah masak keluarkan dari kuali letak tepi. Dari pengalaman, kalau pakai daging burger air yang keluar takdelah banyak sangat tapi kalau pakai daging kisar, air agak banyak jadi air tu tapis dan letak tepi dulu. Nanti boleh gunakan balik.

2. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dah diblend. Saya blend semua supaya senang anak-anak nak makan. Tak perlu nak memilih bawang. Semua diorang akan makan kalau dah hancur.

3. Masukkan carrot yang dah diblend dalam kuali dan kacau. Kemudian masukkan tomato puree dan sedikit mixed herbs. Tin tomato puree yang dah kosong tu masukkan sikit air tapisan carrot dan goncang untuk elakkan pembaziran. Kacau sehingga pecah minyak.

4. Bila dah pecah minyak masukkan batang daun sup yang dicincang kecil, daging kisar. Sekiranya guna tomato, masukkan tomato sekali dan kacau lagi.

5. Masukkan cendawan tiram yang dah dipotong halus-halus. Bila dah letak cendawan ni, kuah akan jadi pekat sikit. Untuk pertama kali buat saya letak cendawan, kali kedua tak letak sebab masak tuk jamuan anak-anak kat sekolah. Biasa budak-budak ni letak tepi cendawan ni.

6. Lepas tu masukkan gula dan garam secukup rasa dan kalau perlu tambah sedikit mixed herbs bergantung kepada tekak masing-masing. Last sekali masukkan lada hitam. Kalau guna Ketchup Cap Heinz tu, masukkan last sekali.

7. Siap untuk dimakan.

** cara-cara masak spageti boleh rujuk pada plastik pembungkus. Tak perlu nak kongsi sangat cara-caranya.

Daging burger yang dimasak dengan sedikit minyak

Tumis bawang putih & bawang besar

Carrot yang dah diblend dan tapis airnya

Masukkan carrot dan sedikit Mixed Herbs

Tomato yang diblend

Masukkan tomato puree

Batang Daun Bawang diracik halus

Cendawan Tiram yang diracik halus juga

Sos spageti dah ready. Yang ni ada cendawan

Peminat tegar spageti

Terima kasih pada Chef Robi yang telah berkongsi resepi ni. Lepas ni confirm tak perlu beli kat luar dah. Dah pandai masak sendiri dah. Bahan-bahan pun mudah dapat je.

Tuesday, June 11, 2019

Resepi : Pengat Durian

Tekak teringin nak makan pengat durian. Apalagi kena cari bahan utamanya iaitu durian dan kelapa/santan.

Lepas berpusing satu Sg Buloh dapat juga jumpa durian. Pilih durian udang merah RM 12 sekg.  Dah siap-siap kopek sebelum masak.


Bahan-bahan :-
1. Durian
2. Sebiji Kelapa parut diperah santannya
3. Gula merah
4. Sedikit garam dan gula
5. Daun pandan

Cara-cara :-

Masakkan santan bersama semua bahan yang lain dan masak mengikut kepekatan masing-masing.

Saya suka pekat dan likat sebab bila makan dengan roti takdelah meleleh.

Kemanisan pun kena adjust sendiri sebab lain orang lain level manisnya.


Paling sedap makan dengan roti. Kalau teringin boleh biat sendiri je sebab senang je nak masak. Yang penting bahan semua dah ada.


Selamat Mencuba 🥰🥰

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...