Showing posts with label Air Ticket. Show all posts
Showing posts with label Air Ticket. Show all posts

Thursday, June 5, 2014

Syarikat Penerbangan pilihanku sekeluarga

Cerita bab syarikat penerbangan pilihan ni, bukanlah nak menunjuk-nunjuk aku ni naik kapal terbang. Aku naik kapal terbang ni biasanya nak balik ke kampung suamiku. Memandangkan jarak yang jauh dan sekiranya menaiki pengangkutan darat mengambil masa hampir satu hari, jadi bermula tahun 2014 kami berazam untuk menggunakan pengangkutan udara sebagai pilihan.

Pada yang tak tahu bahawa kita mempunyai banyak pilihan syarikat penerbangan sekiranya ingin pergi ke destinasi tempatan dengan kata lain dalam Malaysia. Kali ni aku nak kongsikan kelebihan dan kekurangan yang aku tahu mengikut pengalaman aku. 



Ini memang menjadi penerbangan pilihan nombor satu kami sekeluarga kerana harga yang berpatutan(beli semasa promo lagi berbaloi-baloi), dekat dengan rumah aku (jimat kos pengangkutan dari rumah ke airport), saiz kapal terbang yang kecil dan tak perlu berjalan jauh untuk naik ke dalam kapal terbang. Cuma yang tak bestnya bila hari hujan/panas kena redah untuk naik kapal terbang. Bahagian tu mungkin boleh diperbaiki lagi kot (macamlah bos besar Fireflyz nak baca blog aku ni).



MAS jatuh nombor dua disebabkan harganya yang agak mahal kecuali apabila ada promosi besar-besaran dari diorang. Aku pernah naik MAS dan dapat tiket murah gila... Bab servis dia memang tip top sesuai dengan harganya. Cuma kos pengangkutan nak ke KLIA yang tinggi menyebabkan aku rasa tak berbaloi nak jadikannya pilihan pertama.



Aku tak pernah gunakan perkhidmatan dari Malindo Air, cuma tahu dari review rakan-rakan yang pernah naik mengatakan sangat berbaloi memilih Malindo Air. Selain dari itu ada dua tempat boleh naik bila kita memilih mereka iaitu di Subang atau KLIA. Bila boleh naik di Subang sudah tentu menjadi pilihanku. Servis dalam kapal terbang tak tahu pulak. Insyaallah ada rezeki nak cuba juga naik.



Ini menjadi pilihan terakhir sebabnya lapangan terbang yang jauh dan juga kena bayar untuk beg. Macam penerbangan lain harga tiket termasuk berat beg. Bagi aku kalau orang tua nak naik penerbangan ni macam tak sesuai sebab kena berjalan jauh. Kami memang dah serik naik Air Asia dan kalau boleh tak nak naik penerbangan ni.

Setakat yang aku tahu hanya ada 4 penerbangan untuk destinasi dalam negara, kalau ada yang tahu ada yang lain bolehlah kongsikan. Tapi untuk destinasi antarabangsa memang ada beberapa pilihan lain. Insyaallah lain entri aku cerita walaupun aku dah lama tak pergi ke luar negara. Kali terakhir pergi masa belajar kat Universiti dulu. Doa-doakan kami sekeluarga dapat bercuti ke luar negara pula.

P/s : Kami dalam perjalanan pulang ke kampung sempena cuti sekolah, doakan kami selamat ye..

Wednesday, April 2, 2014

Tiket Kapal Terbang Murah

Hari ini dapat email promo dari firefly dekat email. Aku pun memang jenis tak boleh nak tengok harga tiket kapal terbang yang murah ni. Mula-mula destinasi yang aku tengok sudah tentulah ke Kota Bharu. Kenapa aku pilih Kota Bharu? Mesti ada yang tertanya-tanya. Sebab aku ni memang asal usul dari negeri Selangor. Buat apa nak sibuk-sibuk nak cari tiket kapal terbang ke negeri Cik Siti Wan Kembang tu. 

Promo dari Firefly


Sebabnya aku ni kahwin dengan orang jauh. Memandangkan percutian balik kampung yang dirancang semasa musim cuti sekolah yang lalu terpaksa di batalkan, jadi aku bertekad yang cuti sekolah akan datang aku akan pastikan kami pulang ke kampung sebelah suamiku. Lagipun kami dah lama tak pergi bercuti. Sekurang-kurangnya bawa anak-anak naik kapal terbang untuk balik ke kampung, terubat jugalah hati anak-anak nak bercuti.Tapi tengok juga harga yang ditawarkan sebab kami ni keluarga besar. Sekali naik minimum 5 orang itupun kalau mak aku tak ikut. Jadi bila ada offer macam ni, kami memang tak lepaskan peluang sebab kos naik kereta pun sama atau lebih kurang je. Tapi naik kapal terbang banyak jimat masa dan tenaga .... :)


Aku memang paling suka naik Firefly kalau nak dibandingkan dengan Air Asia. Sebab utamanya lapangan terbangnya yang dekat dengan rumah aku. Jadi mudah dan jimat untuk sesiapa mengambil atau menghantar kami nanti. Sebab lain, dia punya airport takdelah kena jalan jauh macam Air Asia dan tangga kapal terbang rendah (senang untuk anak-anak dan orang tua). Selain dari tu, berat bag 20kg bagi seorang penumpang adalah percuma. Cuba kira kami berlima dapat 100 kg percuma. Ikutkan hati nak je angkut beras siam masuk dalam kapal terbang tu...




Yey... yey... akhirnya semua booking dah selamat dibuat. dan kami akan balik kampung pada 5hb Jun- 10hb Jun 2014. Walaupun lambat lagi, lebih kurang 2 bulan lagi, aku tetap seronok sebab sekurang-kurangnya aku dah ada plan untuk anak-anak sempena cuti sekolah akan datang. Semoga apa yang dirancang dipermudahkan olehNYA..

Walaupun Tragedi MH370 masih segar dalam ingatan, aku teruskan juga niat untuk naik kapal terbang. Bukannya apa, bagi aku ajal dan maut semua ditangan ALLAH. Kalau dah termaktub bagaimana cara kita mati, kita tak dapat nak ubah apa-apa pun. 


Ingat nak cari tiket kapal terbang balik RAYA, tapi tiket promo semua dah habis.. kenalah balik naik kereta je...

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...