Showing posts with label Zulfiqri. Show all posts
Showing posts with label Zulfiqri. Show all posts

Monday, December 10, 2018

Last Day MAHA 2018

Tahun ni ada rezeki nak ke MAHA 2018. Ingat lagi last pergi masa pertama kali MAHA dianjurkan. Masa tu rasa serik nak pergi sebab penat nak berjalan jauh untuk terokai keseluruhan kawasan dan juga keadaan orang yang sangat ramai.

Tahun ni kebetulan ada kenduri kahwin di PICC Putrajaya, jadi bolehlah nak menyinggah.

Pengalaman paling tak boleh lupa ialah bila lalu dekat laluan tikus. Parking tepi highway pastu masuk ikut laluan tikus. Nak tau kenapa panggil laluan tikus ialah lalu pagar yang dah dilobangkan.

Ramai kot yang lalu situ. Laluan tu bersebelahan Laman Nanas.

Target nak pergi MAHA kali ni adalah fokus pada tanaman herba dan sayur-sayuran sebenarnya. Memandangkan masa yang singkat tak boleh nak berangan sempat pergi semua tempat.

Pokok strawbery
Memang nak beli anak pokok strawbery. Konon-konon nak cari yang lagi murah. Tapi jangan haraplah nak pusing balik tempat yang dah pergi sebelum ni. Cuma kalau rasa murah terus beli masa tu juga.

Cili gemok-gemok
 Cili ni sekadar pameran je. Rasa nak ambik sebiji dua nak buat semaian.

Microgreen
Kebetulan jumpa rumah hijau yang tanam Microgreen ni. Nak tahu apa microgreen ni kena rajin pergi jumpa pakcik gugel. Makan sayur yang usia bawah 10 hari dan khasiatnya 4 kali ganda dari sayur matang.

Dapat belajar ilmu baru kat sini. Boleh dipraktikkan kat rumah nanti.

Naik jentera-jentera pertanian
Mula-mula sampai memang jumpa dekat tempat jentera-jentera ni. Budak kecik n seronoklah sebab boleh naik semuajentera ni.

Ayam katik cantik ( tak ingat nama)
Jumpa juga booth penternakan. Nampak ayam cantik dan mahal ni. Memang tak mampu nak beli kalau hanya sekadar hiasan je. Kat checkpoint ni jumpa Pokok Ketum untuk dijadikan makanan ayam. Beli dua pokok nak tanam kat rumah. Jangan kena tangkap sudah.

Bunga matahari 
Ternampak pula ladang bunga matahari. Ya Allah memang cantik sangat tapi dah tak larat nak masuk. Ni ambik gambar dekat tepi pagar je.

Tram @ bas untuk pergi dari satu checkpoint ke checkpoint yang lain
Inilah kenderaan yang disediakan untuk pengunjung-pengunjung. Banyak disediakan tapi orang pun ramai. Ada dua jenis. Bas rapid kena beratur tapi tram ni boleh je naik kalau kosong. So pilihan kami naik tram je.

Hasil tangkapan
Nampak tak hasil tangkapan kami di MAHA 2018. Tapi macam ada yang tak masuk dalam gambar. Cuba bayangkan macamana nak bawak balik ke tempat parking.

Ini gara-gara diorang buat lelongan. RM 1 sepokok. Siapa yang tak nak kan? Siap bagi free pokok lagi. Last-last nak balik pening nak angkut camana.

Pengalaman pertama naik motosikal roda 3 yang ada tempat letak barang kat sebelah tu. Buat muka tak malu tanya boleh tak nak tolong hantarkan ke tempat parking. Dahlah parking kat tepi highway, jadi kena berpecah. Sorang ambil kereta sorang lagi angkut pokok ke tempat parking.

Apa-apa pun rasa seronok dan puas hati walaupun tak sempat pergi ke checkpoint yang jual pokok-pokok herba. Hari dah gelap dan macam tak nampak nak memilih untuk membeli pokok-pokok.


Kami bertiga je
Next time kalau nak ke MAHA kena setkan siap-siap nak pergi tempat apa sebab jimat masa dari merayau ke tempat lain yang kita tak nak pergi. Tempat jual makanan pun tak singgah sebab matlamat takde nak beli makanan. Cari barang-barang yang susah nak jumpa je.

Monday, May 14, 2018

Aku seorang pemanah

Sebenarnya aku baru je nak berjinak-jinak dengan sukan memanah. Tapi sebenarya dah lama dah suamiku ajak sama-sama memanah. Tapi masa tu tak terfikir langsung nak memanah.

Mula serius memanah bila pertama kali masuk Pertandingan Memanah Antara Masjid-Masjid di Selangor. Tarikh keramatnya adalah pada 22hb Oktober 2017. Ada kategori individu (lelaki/perepmpuan), berkumpulan (lelaki/perempuan) dan campuran (lelaki dan perempuan). Alhamdulillah kami mendapat tepmat ketiga keseluruhan. Takde hadiah untuk setiap kategori. 

.
Bermula dari sinilah aku jadi lebih minat untuk bergiat aktif dalam sukan memanah dengan mengadakan program-program memanah, kelas memanah dan juga sertai pertandingan memanah.

Sebagai rekod dan kenangan, aku kongsikan setiap pertandingan yang aku sertai buat setakat ni.


LIGA MEMANAH TRADISIONAL KUALA LUMPUR 2018 SUKU PERTAMA
Tarikh : 10hb Februari 2018
Format Kejohanan :-
– 18 Meter
– Target Face 40cm x 40cm, 10 ring, WA standard
– Target Face 60cm x 60cm, 10 ring, WA standard (untuk cilik)
– 10 end
– 3 arrow
– Arrow Bebas
– 20 top ranking setiap kategori akan diserap masuk dalam Division Satu pada Liga Kuala Lumpur suku kedua
– Ranking 21 sehingga 40 setiap kategori akan diserap masuk dalam Division Dua pada Liga Kuala Lumpur Suku Kedua
Keputusan : Tempat ke2 bagi kategori wanita 

PERTANDINGAN MEMANAH TRADISIONAL JEMPUTAN KG TOK MUDA 2018
Tarikh : 15hb Februari 2018
Format Kejohanan :-
Dewasa - 10m & 18m
  Kanak-Kanak (9-13 tahun) - 6m & 10m
Peralatan disediakan
Keputusan : Tempat ke3 bagi kategori wanita 


KEJOHANAN MEMANAH TRADITIONAL DAN BAREBOW, PIALA YDP MPAJ 2018
 
Tarikh : 11hb Mac 2018
Format Kejohanan :-
+ Outdoor
+ 18 meter
+ 40x40 target face FITA 10 ring
+ 3 Arrow
+ Arrow bebas
+ 10 End untuk saringan
+ 28 terbaik akan layak ke Olympic Round
+ 4 teratas dalam saringan akan dapat "BYE" untuk pusingan pertama dalam Olympic Round

PERTANDINGAN LIGA MEMANAH SELANGOR 2.0 
 Tarikh : 18hb Mac 2018

 PERTANDINGAN MEMANAH TRADISIONAL TERBUKA GREEN4U
Tarikh : 1hb April 2018

Format Kejohanan :-
Dewasa - 40m,30m
Cilik - 10m,20m
7 btg anak panah bebas
(Peralatan disediakan)
*Jika tiada peralatan..*

Insyaallah lepas ni akan ada lagi banyak pertandingan dan aktiviti memanah yang akan aku dan keluarga sertai. Sekarang ni kami dah jadi keluarga pemanah. Dah ada kelab memanah sendiri iaitu Freestyle Archers Club.

Tuesday, July 4, 2017

Photoshoot di Aidilfiti

Tahun kedua outdoor photoshoot sempena Hari Raya ni. Beruntung ada adik ipar PhotoG ni sebab boleh tumpang sekaki untuk bergambar dengan hasil air tangan profesional.

Lokasi kali ni dekat tepi pantai juga tapi nama spesifiknya kurang pasti sebab ada drebar yang bawakkan kereta. Yang pasti lokasinya di Bachok Kelantan.

 Bukan senang nak ambil gambar dengan anak-anak kecik ni. Kalau sorang bersedia, lagi sorang tak reti duduk diam. Akhirnya terima jelah dengan hasil gambar yang ada.

Keluarga kami

Ibu & Bapa mertua
 Ada 3 keluarga takde dalam gambar sebabnya lambat sampai untuk sesi bergambar ni.Jadi ada keluarga kecil ni jelah.

Gambar ramai-ramai
 Macam biasa gambar anak-anak setiap sorang memang wajib ada sebagai koleksi sepanjang pembesaran diorang.


Muhammad Zulqarnain - 10 tahun

Muhammad Zul Iqbaal - 9 tahun

Muhammad Zulfiqar - 6 tahun

Muhammad Zulfiqri - 2 tahun
Selain gambar hasil tangan PhotoG, ada juga koleksi gambar yang aku ambil sendiri guna hp. 

Ada gambar sweet couple ni kan.. Baru perasan gambar dengan si kecik takde yang macam ni... nak buat macamana sebab dia pun tak habis melasak je.. tak leh nak ajak bergambar pun.






Lokasi penggambaran tepi pantai sebenarnya tapi PhotoG ambil gambar berlatarbelakangkan hutan. Kami anak beranak bergambar pula di tepian pantai. Pakai telefon je... tapi tak banyak sangat sebab bateri dah habis.. layan jelah gambar yang ada ye...

4 heroes

Our Family





Friday, May 15, 2015

Botak pun comel

Statement ni khas untuk baby ye.. kalau orang tua botak dikatakan comel, boleh fikir sendirilah kat mana tahap kecomelan tu kan....

Genap umur Muhammad Zulfiqri 30 hari, kami buat keputusan botakkan rambutnya yang lebat tu. Walaupun sayang nak membotakkan rambutnya tapi untuk nampaknlebih bersih dan kemas kami botakkan juga.



Sebelum botakkan rambut, siap sedia buatkan baju dari kertas untuk mengelakkan rambut-rambut yang digunting jatuh kat badan dan jadikan badan gatal-gatal.


Kelakar pulak aku tengok gambar ni balik tapi bila pakai ni dia jadi tak berapa selesa. Akhirnya biarkan pakai pampers je.. Memandangkan rambut panjang, jadi kena gunting dulu rambut sebelum dicukur.

Akhirnya siap juga walaupun mengambil masa hampir satu jam. Walaupun tak berapa licin tapi oklah... 


Lepas cukur nampak lebih lena tidurnya.. Ruam kat muka pun dah kurang. Mungkin sebab dah kurang berpeluh. Maklumlah kalau rambut panjang banyak berpeluh dan sebabkan ruam.

Pernah terbaca bagus membotakkan anak-anak sejak dilahirkan tapi tak ingat apa kelebihannya... Nanti kalau jumpa artikel tu boleh aku kongsikan kat sini..




Monday, April 20, 2015

Jaundice @ Demam Kuning

Pengalaman melahirkan 3 anak sebelum ini diikuti dengan jaundice selepas beberapa hari kelahiran memang sudah menjadi biasa bagi aku. Begitu juga untuk kelahiran kali ini menghadapi masalah yang sama. Walaupun begitu perasaan risau masih ada kerana jika dibiarkan akan memberikan kesan kepada bayi tersebut.

Mula buat pemeriksaan selepas hari keempat kelahiran. Ini kerana nampak jelas kulit anak yang kekuningan. Periksa di Klinik Kesihatan je. Selepas 3 hari berturut-turut membuat pemeriksaan, bacaan jaundice semakin tinggi dan perlu bawa anak ke hospital untuk dibiarkan di bawah lampu @ phototherapy. Hari pertama ke Hosp Sg Buloh tapi disuruh balik sebab bacaan baru lebih sikit dari 'border' dan memandangkan wad penuh, kami diauruh balik dan periksa semula di Klinik kesihatan.

Hari berikutnya sekali lagi ke Klinik Kesihatan untuk memeriksa darah dan bacaan semakin tinÄ£gi. Nak tak nak memang kena duduk juga di hospital tapi aku dan suami buat keputusan untuk terus ke hospital swasta bagi mendapatkan rawatan walaupun perlu mengeluarkan belanja yang agak tinÄ£gi. Tapi di hospital swasta, anak tidak diletakkan sekali dengan ibu di dalam wad tapi diletakkan di nursery hospital. 

Memandangkan aku tak dapat bersama anak, aku buat keputusan untuk tidak tinggal di hospital dan kebetulan pula tiada bilik kosong. 2 malam tidur tanpa anak di sisi rasa serba tak kena dibuatnya. Aku gagahkan juga bangun tengah malam untuk mengepam susu agar dapat diberikan kepada anakku bila lapar. Tapi setiap hari aku akan jenguk juga anak aku untuk hilangkan rasa rindu.

Hari ni dah kembali di sisi aku.. gembira rasanya dan jaundice pun dah hilang...
Sedikit pengalaman apabila anak menghadapi Jaundice.

Thursday, April 16, 2015

Our New Born

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dari mula masuk wad hingga selamat melahirkan. Ini kandungan kelima dan merupakan kelahiran keempatku...

Tanggal 11 April 2015 aku telah selamat melahirkan jejaka comel secara normal. Pagi-pagi bila solat Subuh aku dah suruh suami siap awal-awal untuk ke klinik memandangkan ada keluar sedikit tanda bewarna merah tapi takdelah banyak sangat. Sepatutnya aku memang ada appointment pukul 8pagi, jadi aku hanya datang lebih awal sebab takut juga kalau terberanak kat rumah pulak.

Sebenarnya hari sebelumnya aku dah jumpa Dr dan dah ada contraction setiap 10 minit. Bukaan jalan pun dah buka dalam 1-2 cm. Tapi Dr suruh balik dulu dan datang semula esoknya. Lagipun aku datang sorang je sebab suami masih bekerja.

Sementara menunggu giliran nak jumpa Dr, aku dah mula terasa contraction. Memandangkan menunggu dalam keadaan duduk, jadi ia agak sakit dan aku terpaksa minta suami maklumkan kepada jururawat untuk maklumkan kepada Dr. Terus aku dipanggil dan Dr periksa bukaan jalan sudah 4-5 cm. Aku terus dimasukkan ke wad dan dipasangkan CTG bagi memeriksa kadar denyutan jantung baby dalam kandungan.

Dari rekod CTG tu nampaknya keadaan jantung baby semakin perlahan. Jadi Dr pecahkan air ketuban bagi mempercepatkan proses bersalin. Selepas air ketuban dipecahkan aku dibawa ke bilik bersalin. Berdebar rasanya tapi kali ni suami sentiasa ada di sisi disepanjang proses kelahiran. Menurut kata jururawat yang bertugas, hanya 2 sebab kenapa bacaan jantung baby tak berapa cantik iaitu :-
1. Tali pusat terbelit dileher baby atau
2. Ibu yang menahan kesan dari contraction dan oksigen tak sampai pada baby

Jadi, aku diberikan oksigen supaya dapat membantu bayi dalam kandungan agar cukup oksigen. Setelah berhempas pulas menghadapi saat-saat getir bersalin, akhirnya pada jam 10.57 pagi telah selamat dilahirkan bayi lelaki yang sangat comel seberat 3.5kg. Menurut kata Dr, aku hanya kena satu jahitan sahaja.

Inilah wajah jejaka comelku yang keempat selepas dilahirkan. Syukur atas rezeki yang dikurniakan kepada kami sekeluarga.


Catatan ini hanyalah sebagai catatan peribadi dan pengalaman diriku sebagai kenangan pada masa hadapan dan juga sebagai kenangan manis yang tidak akan dilupakan.


Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...