Showing posts with label Khatan. Show all posts
Showing posts with label Khatan. Show all posts

Monday, December 19, 2016

Zulfiqar selamat dikhatankan






Awal bulan Disember hari tu kami buat keputusan untuk khatankan Zulfiqar. Ikut abang-abangnya yang memang disunatkan awal. Salah satu sebab nak suruh sunat awal adalah mudah kalau nak bawa ke Masjid. Dah tak perlu solat dibahagian belakang.

Masa dekat klinik ada juga budak-budak lain yang nak disunatkan. Tapi semua muka takut je tapi Zulfiqar memang takde langsung perasaan takut tu. Boleh pulak bergurau senda dan bermain dengan abang-abangnya sebelum masuk bilik doktor.
 

Patutnya Zulfiqar orang kedua, tapi bila dipanggil takde tak pasal-pasal jadi orang pertama. Aku memang tak masuk dalam tengok sebab rasa seriau je. Ayahnya je yang masuk dengan Iqbaal. Dari luar dengar suara menjerit. Macam sakit benar bunyinya.


Muka baru keluar bilik doktor. Sedih je muka tapi still masih control dengan tak menangis.


Ajak ambil gambar dengan abang pun tak nak pandang camera. Lepas settle semua, ayahnya belanja makan aiskrim satu sorang.

Berkhatan menggunankan clamp ni bagus sebabnya mereka still aktif bergerak. Takdelah asyik terbaring dan pegang kain je.

Hari kedua bersunat siap boleh pergi airport sebab hantar adik ipar yang nak balik ke Kelantan.



Siap berurut dengan kerusi urut lagi..

On the way balik dari airport boleh pulak singgah Star Avenue. Bila dah nampak mainan memang hilang semua rasa sakit. Tapi aku pulak risau takut bentan ke sakit ke..





Ni main gelongsor kat area food court.

Alhamdulillah dah sembuh sepenuhnya dan takde sebarang masalah. Memang bersyukur sangat dan kalau ada yang nak khatankan anak-anak saya cadangkan supaya pilih yang menggunakan kaedah clamp.

P/s : Sekadar coretan untuk tatapan anak-anak bila besar nanti

 

Tuesday, December 24, 2013

Seminggu je dah OK


Nak coretkan pengalaman mengkhatankan 2 anakku yang masing-masing berusia 5 dan  6 tahun. Keputusan untuk mengkhatankan kedua-duanya adalah dari suamiku dan salah satu sebabnya adalah kerana mudah apabila membawa mereka ke masjid. Tak perlu solat di bahagian belakang.

Kami mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah Alisklamp yang dikatakan mudah dari segi penjagaan dan cepat baik dan Alhamdulillah memang betul apa yang diperkatakan. Mana taknya anakku disunatkan pada hari Sabtu dan hari Rabu dah boleh pakai seluar dan esoknya dah boleh berlari ke sana sini. Memang segalanya dipermudahkan.

Tapi sebelum disunatkan kami bawa anak-anakku bermandi-manda di kolam renang dulu. Ialah aku nak sertai khatan perdana tak kesampaian pula. Kiranya siraman dari pili bomba digantikan dengan mandi manda di kolam renang je..

Selesai mandi-manda, siap-siap bagi makan kenyang-kenyang sebelum dibawa ke klinik untuk dikhatankan. Temujanji untuk berkhatan pada jam 11.45 pagi. Dalam pukul 12.45 tghari kedua-duanya selamat dikhatankan. Bahagian paling seronok bila anakku keluar dari bilik doktor dengan muka selamba je.. Siap cakap " Tak sakit pun.. Macam kena gigit semut jer..". Ini semua gara-gara suka tengok cerita Upin dan Ipin. Sampai terikut-ikut dalam kehidupan seharian. Tapi memang aku akui, cerita Upin dan Ipin banyak membantu mendidik anak-anakku ini.
Aksi sebelum dikhatankan
Tapi kalau tengok riak muka lepas berkhatan tu rasa macam takde apa-apa pun. Kalau tak percaya cuba tengok gambar kat bawah ni. Memang berbeza kalau nak dibandingkan dengan khatan pada zaman dulu-dulu yang bagi aku menakutkan bagi semua budak lelaki.


Selesai dikhatankan


Selesai seminggu berkhatan, datang semula ke klinik bagi membuka "clamp" yang dipasang. Rupa-rupanya sebelum buka "clamp" tu sepatutnya budak-budak ni direndamkan dulu bagi memudahkan sarung tersebut di cabut. Dek kerana aku tak merendamkan kedua-duanya, benda tu agak melekat sedikit pada kulit dan membuatkan mereka rasa sakit dan meraung.

Tapi sebagai upah untuk mendiamkan kedua-duanya, aku belikan air Slurpee di 7 Eleven walaupun tangisan masih belum hilang. Tapi bila naik kereta hilang dah tangisan tu dan boleh bermain seperti biasa. Selepas "clamp" dibuka, diingatkan supaya anak diberikan seluar yang berkain lembut selain memakai kain pelikat. Kerana kalau pakai seluar berkain keras akan melukakan.

Semasa menunggu untuk membuka " Clamp"




Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...