Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Saturday, May 19, 2018

Iftar 2018 : Day 1 & 2

Alhamdulillah dipertemukan dengan Ramadhan kali ini. Sebelum-sebelum ni tak pernah sharekan apa menu atau juadah berbuka puasa kami. Tahun ni terasa nak kongsikan pulak juadah iftar kami sekeluarga setiap hari.

Bukan nak menunjuk-nunjuk tapi lebih kepada rujukan pengambilan makanan setiap hari. Kalau boleh nak beralih kepada makanan yang lebih berkhasiat dan kurangkan makanan berminyak.

Kebiasaannya setiap kali berbuka puasa kami akan masak sendiri bagi menjamin kebersihan dan bahan-bahan yang digunakan dalam masakan. Untuk tahun ni juga aku menyumbangkan satu menu setiap hari atau dengan kata lain aku akan cuba masak satu menu berkhasiat untuk keluarga.

Day 1
Menu Iftar hari pertama :
1. Nasi putih
2. Daging masak kicap dengan kentang*
3. Sayur campur
4. Ikan goreng sambal
5. Ulam Raja goreng tepung
6. Air teh O panas

Day 2

Menu Iftar hari kedua :-
1. Nasi putih
2. Ayam Golek panggang*
3.  Sup tulang
4. Ikan tamban goreng sambal
5. Telur goreng berapi
6. Teh O panas

Buat setakat ni memang takde membeli di PARAM. Kuih muih pun tak beli sebab bila dah makan nasi tu rasanya macam dah cukup kenyang. Cuma lepas terawikh anak-anak akan menjamu Moreh yang disediakan disurau atau masjid.

Tapi.. 

Hari ni macam terpaksa berbuka di masjid je sebab petang ni aku ada pertandingan memanah di Saujana Utama dan suami sebagai salah seorang AJK pertandingan.

Seronok juga nak berbuka puasa kat masjid ni. Pengalaman baru untuk anak-anak. Nantikan update sepanjang bulan Ramadhan nanti ye.


Monday, August 11, 2014

Throwback : Berbuka Puasa di Masjid

Bulan Puasa yang lepas kami sekeluarga memang takde pergi berbuka puasa diluar kecuali kalau ada majlis di office dan mewajibkan aku untuk hadir ke Majlis Berbuka Puasa. Tahun ni anak-anak dah besar, saja nak ajar dan bagi mereka rasa berbuka puasa di Masjid.

Pengalaman pertama aku berbuka puasa adalah semasa zaman Universiti. Masa tu memang aku teruja sangat sebab berbuka dan makan di dalam talam. Itulah pertama kali aku belajar makan dalam talam dan itulah pengalaman yang tak dapat aku lupakan sepanjang hayat aku. Ingatkan kali ni nak pula berikan pengalaman yang sama kepada anak-anak aku. Tapi hajat aku tak tercapai sebabnya masjid yang kami pergi menyediakan hidangan secara buffet. Kami terjah Masjid Kota Damansara je memandangkan masjid berhampiran takde buat majlis berbuka puasa.
Siap sedia dengan kuih dan air untuk berbuka

Menunggu masa untuk berbuka

Part yang paling kelakar ialah Zulqarnain tak puas hati sebab berbuka dengan kuih jer. Dia sanggup pergi balik kat khemah makanan untuk bertanyakan nasi. Bukan tak dihidangkan nasi tapi nasi akan dihidangkan selepas solat Maghrib. Kebiasaannya kat rumah dia akan terus makan nasi dan kami jarang beli kuih  jadi dia rasa pelik pulak sebab tak berbuka dengan nasi.. Huhu.. sekurang-kurangnya mendidik dia untuk lebih bersabar.. Makan sikit dulu, solat dan barulah makan nasi..

Tapi memang bagi pandangan aku bagus untuk bawa anak-anak dekat dengan masjid sejak dari kecil cuma kalau anak yang terlalu kecil takut mengganggu jemaah lain. Jadi kalau nak bawak pun kenalah pandai-pandai samada sembahyang di bahagian belakang atau berikan anak mainan yang boleh melekakan dia semasa menunaikan Solat.

Apap-apapun insyaallah tahun depan nak juga cari Masjid yang buat majlis berbuka puasa dengan makan dalam talam.. Kalau ada yang tahu boleh beritahu ye..


Friday, July 25, 2014

(STICKY POST) : Niat Puasa dan Doa Berbuka Puasa

Dah tua-tua ni memang tak boleh nak ingat sangat macam-macam doa ni. Iyelah setahun sekali je membacanya. Untuk kali ni aku letakkan kat sini sebagai rujukan aku sepanjang bulan Ramadhan. Tapi biasanya niat Puasa aku akan baca untuk sebulan terus sebab takut terlupa baca niat.


Selain tu doa berbuka puasa pun aku dah letak kat sini sebagai rujukan kepada sesiapa yang terlupa atau tak hafal sangat doa ni.


Selamat bertarawikh ye semua. Malam ni malam pertama kita bertarawikh..

Saturday, July 19, 2014

Mood Raya sudah datang

Kali ni mood raya datang awal pulak rasanya. Tahun-tahun sebelum ni aku tak berapa rajin nak pasang pelita kat sekeliling rumah tapi tahun ni sebab anak-anak dah besar rasa nak menambahkan keseronokan dengan memasang pelita. Takdelah aku nak pasang keliling rumah sebab mahu nak kena ada 100 biji pelita baru boleh kira pasang keliling rumah tu.

Aku beli sepeket je pelita tu. Ada dalam 10 biji pelita dan harganya RM 5.90 je. Masa dulu-dulu kerja-kerja memasang pelita ni dilakukan oleh arwah abang aku. Semenjak dia meninggal memang takde siapa nak menyambung kerja-kerja dia setiap kali menjelang Raya.. Lepas lebih kurang 6 tahun baru aku tergerak nak menceriakan rumah dengan lampu-lampu pelita ni.

1 peket pelita

Kalau ada yang nak pasang pelita kat rumah tu mesti ingat sebelum boleh pasang pelita ni kena buat kerja sikit. Kena pasangkan sumbu pada pelita tu. Memandangkan kerja-kerja ni macam pertama kali aku buat memang nak menyiapkan 10 pelita ni pun ambil masa 15 minit jugak. Dengan bantuan hero-hero aku yang lain juga.

Pelita yang dah siap sumbunya
 Tengoklah kegigihan masing-masing memasukkan sumbu ke dalam pelita. Ini pengalaman pertama anak-anak buat benda-benda ni.

Gigih anak beranak ni memasang sumbu

Bila dah siap pasang, aku pun masukkan siap-siap minyak tanah dalam setiap pelita supaya mudah nanti terus sangkut je kat tepi pagar tu. Dulu-dulu beli RM 1 je minyak tanah tu tapi dapat sebotol besar. Tahun ni suami aku beli sebotol kecik yang tak sampai 1 liter dah RM 3.50. Sebotol pun tak cukup untuk 10 biji pelita sehari ok... Nak jimat aku rasa boleh pakai minyak petrol je kot. Tengoklah macamana kan.... kalau tak memang tak menyala lah gamaknya pelita-pelita aku tu...

Suasana malam nanti aku update kat next entry sebab semalam anak-anak tak ambik gambar. Cuma ambik video je....









Wednesday, July 16, 2014

WWW : Shooting Hari Raya

Dah bersiap nak bershooting sempena Hari Raya di Tadika. Semangat aku menyiapkan dia biar nampak betul-betul nak berHari Raya. Pakai baju raya 2 tahun lepas. Badan dan keringgian maintain.....



Monday, July 14, 2014

Menang Voucher Berbuka Puasa di Bangi Golf Resort

Alhamdulillah permulaan minggu yang baik sebabnya hari ni dikejutkan dengan hadiah buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort. Minggu lepas masa blogwalking ternampak GA ni dekat blog Eyriqazz. Sesaja je join tak sangka ada rezeki aku kat situ. 2 voucher bernilai RM 50 setiap satu menjadi milik aku. Samada nak pergi ke tak belum tahu lagi. 


P/S : Dah lama tak menang apa-apa peraduan untuk tahun 2014. Ini mungkin pembukaan untuk menang lebih lagi untuk tahun ni.

Terima kasih Eyriqazz sebab bagi hadiah voucher ni..

Saturday, June 28, 2014

Ramadhan datang lagi

Diam tak diam esok dah bermulanya puasa. Moga diberikan kesihatan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadah puasa ini. Dengan cuaca sekarang yang panas yang aku kira agak melampau, moga dapat memberikan kekuatan kepada semua umat Islam untuk melaksanakan puasa di sepanjang bulan Ramadhan.
Anak-anak dah merangka bagaimana Solat Terawikh akan dilaksanakan. Tahun lepas anak-anak kena dipisahkan untuk menunaikan Solat Terawikh sebabnya kalau ada sekali alamatnya banyak main jelah.. Sebab dia dua beradik pun boleh jadi untuk main-main. 

Tahun lepas...........

Nenek dengan Abang Zulqarnain ke Surau
Ayah dengan Zul Iqbaal ke Masjid
Ummi dengan Zulfiqar di rumah je..

Tahun ni anak-anak sendiri buat keputusan untuk buat pertukaran suka sama suka .....

Nenek dengan Zul Iqbaal ke Surau
Ayah dengan  Abang Zulqarnain ke Masjid
Ummi dengan Zulfiqar masih di rumah memandangkan adik masih kecil lagi..

Bab berpuasa pula nampaknya anak aku dua orang tu memang tak sabar-sabar nak laksanakan ibadah Puasa. Dari awal minggu lagi dah sibuk nak berpuasa. Harap-harap mereka dapat melaksanakan ibadah puasa walaupun dah penat bersekolah. Cabaran juga nak kejutkan bangun Sahur dan menanti waktu berbuka bagi aku.

Macamana dengan kawan-kawan yang lain? Moga kita dapat perbanyakkan ibadah untuk Ramadhan kali ini. Mohon dan maaf jika ada salah dan silap. Mana tahu terkasar bahasa dan terguris perasaan sepanjang penulisan aku di blog ini.


Tuesday, June 24, 2014

Dah beli baju Raya ke belum?

Tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan. Macamana dengan semua persiapan menjelang Ramadhan dan juga Hari Raya yang akan datang? Alhamdulillah tahun ni semuanya aku dah beli siap-siap sebelum masuknya bulan Ramadhan untuk suami dan 3 hero-hero kecil aku. Minggu lepas kebetulan jalan-jalan di shopping kompleks terjumpa dan terbekenan dengan material dan warna baju Melayu untuk anak-anak dan suami. Sudah semestinya warna sedondon kami pilih. Tahun ni tema pink, tak rancang langsung nak warna apa tapi kebetulan jumpa warna pink dan semua saiz ada. Jadi aku malas nak fikir lebih panjang dan banyak membuang masa terus buat keputusan untuk membeli.

Baju T-shirt dan seluar anak-anak dan suami untuk dipakai masa Hari Raya pun dah siap beli masa ada sales dekat The Store. Cuma tinggal kasut je belum beli. Kiranya dah lega tak perlu nak bersesak masa bulan Ramadhan untuk mencari baju raya lagi.

Sekarang masa untuk aku mencari baju raya untuk diri sendiri pulak. Hari tu ingatkan nak cari sekali tapi biasalah kalau bawak anak-anak memang tak dapatlah aku nak membelek baju-baju yang berkenan. Lagipun bila aku tengah membelek mesti diorang pun sibuk nak belek manik-manik yang ada kat baju. Sampai kena tegur pulak dengan orang kedai tu. Dari aku kena bayar baju yang aku tak nak beli, baik awal-awal aku keluar. Keputusannya aku akan pergi cari sendiri sorang-sorang nanti bila free.

Semalam berbual dengan suami kat meja makan. Cakap pasal persiapan Hari Raya untuk suami dan anak-anak dah selesai, tinggal aku punya je belum selesai. Suami siap pesan baik pergi cari sebelum Ramadhan supaya bulan Ramadhan nanti boleh beri tumpuan sepenuhnya untuk menunaikan ibadat. Jadi jenuh hari ni aku jalan-jalan depan komputer mencari baju yang berkenan. Letih mata memilih baju yang ada pelbagai design, corak dan warna. Harap-harap dapat bertemu pilihan hati disamping warnanya mestilah sedondon kannnn....

Kalau ada sesiapa boleh bagi link yang ada offer baju cantik-cantik dengan harga yang berpatutan, bolehlah share link tu kat aku. Biar banyak pilihan senang nak bandingkan harga nanti.

Warna Tema tahun lepas



Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...