Sunday, November 26, 2017

Musim Durian 2017

Dulu kalau musim durian tak perlu kelam kabut beli durian. Sebab ada dusun durian sendiri. Tapi sekarang, nak cari durian kena cari dusun durian orang lain. Harga durian kalau kat tepi jalan tu memang tak puas makanlah. Dengan keluarga besar kami ni, paling kurang mahu RM 500 sekali makan.


Kebetulan, hari tu dapat tahu ada musim durian dekat Perak. Contact semua member kat Perak tanya kat mana nak beli durian harga murah. Bila dah tahu ad, terus ajak terjah ke dusun durian tu.


Harga satu kereta sorong ni RM 140. Memang puas gila makan durian. Makan kat pondok dusun tu juga. Beli 10 biji lagi untuk dibawa balik.

Memang puas hati dapat makan durian kat dusun. Teringin nak ada dusun durian camni. Untuk anak cucu akan datang. Cuba gak tanam Musang King tapi pokoknya tak besar-besar.






Nampak tak hantu-hantu durian tengah menikmati keenakan durian masing-masing. Memang puas hati sangat. Bak kata suami, " Puasa makan durian setahun". Yelah kalau harga tepi jalan RM 18 sekg memang agak melampau sebab timbang sekali dengan kulit. Kalau kulit boleh buat makan takpe jugak kan... Ini pun katanya dah hujung musim. Baru nak buat second round lepas gaji. Tapi dah habis musim kot masa tu.

Yang penting kempunan nak makan durian dah lepas.

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...