Showing posts with label 2013. Show all posts
Showing posts with label 2013. Show all posts

Friday, April 4, 2014

Pengisytiharan Pendapatan tahun 2013


Sudahkah sahabat-sahabat semua mengisytiharkan semua pendapatan yang diterima bagi tahun 2013? Aku setiap tahun akan mengisytiharkan menggunakan sistem online yang disediakan oleh LHDN iaitu menggunakan sistem e-filing. Tahun ni aku dah siap isi semua data dalam sistem tu tapi belum lagi tekan butang hantar sebab tengah berkira-kira untuk mengisytiharkan pendapatan dari perniagaan. Aku ada jalankan perniagaan (enterprise) tapi tak tahu macamana nak masukkan dalam sistem e filing ni. Tu yang membuatkan tertangguh.

Yang penting aku nak kongsikan tarikh tutup penghantaran borang samada secara online atau offline. Takut ada yang terlepas kena pulak penalti nanti. Kat bawah ni merupakan tarikh akhir penghantaran borang dan bayaran cukai.

TARIKH AKHIR
Penghantaran Borang dan Bayaran Baki Cukai
e-BE
30 April 2014
e-BT
e-M
e-MT
(Tiada punca perniagaan)

e-B/e-BT
30 Jun  2014
e-M/e-MT
(Ada punca perniagaan)
e-P
Alhamdulillah kami ada 3 orang anak, jadi perlepasan banyak daripada anak-anak. Tapi aku ambil seorang sahaja dan suamiku ambil 2 orang anak. Disarankan juga untuk pasangan suami/isteri tidak memilih untuk taksiran bersama. Kami memang buat taksiran berasingan, bukan sebab bergaduh tapi disebabkan banyak perlepasan yang akan diperolehi kalau dibuat berasingan.

Tahun sebelum ni (2012) ada perlepasan untuk jalur lebar sebanyak RM 500 setahun, tapi tahun ni tiada perlepasan ni. Jadi aku dah rugi kat situ. Perpelasan untuk pembelian buku pun tak digunakan sepenuhnya dan juga banyak beli buku tak simpan resit. Maksimum perlepasan pembelian buku adalah sebanyak RM 1,000 setahun. Aku punya resit tak sampai RM 100 pun.. Rugikan?

Bagi yang masih tak tahu atau tak pernah mengisytiharkan pendapatan tahunan ada kepada LHDN, digalakkan untuk berbuat demikian untuk tidak menyesal di kemuadian hari.. hehehhe...

Tuesday, December 31, 2013

Azam Tahun 2014

Alhamdulillah tahun 2013 akan melabuhkan tirainya dan tahun 2014 akan tiba. Sudahkah kita tetapkan target atau matlamat untuk tahun mendatang.

Usah dikenang apa yang berlaku di tahun 2013. Mana yang baik jadikan iktibar dan cuba perbaiki di tahun baru.

Cuma nak kongsi beberapa azam untuk diriku dan keluarga tercinta.


Tahun 2013 berat badan aku naik bagai di pam-pam. Tahun 2014 harap dapat menurunkan berat badan sekurang-kurangnya dapat berat 65kg selewat-lewatnya 30 Jun 2013.

Moga tercapai impianku itu.

Tuesday, December 24, 2013

Seminggu je dah OK


Nak coretkan pengalaman mengkhatankan 2 anakku yang masing-masing berusia 5 dan  6 tahun. Keputusan untuk mengkhatankan kedua-duanya adalah dari suamiku dan salah satu sebabnya adalah kerana mudah apabila membawa mereka ke masjid. Tak perlu solat di bahagian belakang.

Kami mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah Alisklamp yang dikatakan mudah dari segi penjagaan dan cepat baik dan Alhamdulillah memang betul apa yang diperkatakan. Mana taknya anakku disunatkan pada hari Sabtu dan hari Rabu dah boleh pakai seluar dan esoknya dah boleh berlari ke sana sini. Memang segalanya dipermudahkan.

Tapi sebelum disunatkan kami bawa anak-anakku bermandi-manda di kolam renang dulu. Ialah aku nak sertai khatan perdana tak kesampaian pula. Kiranya siraman dari pili bomba digantikan dengan mandi manda di kolam renang je..

Selesai mandi-manda, siap-siap bagi makan kenyang-kenyang sebelum dibawa ke klinik untuk dikhatankan. Temujanji untuk berkhatan pada jam 11.45 pagi. Dalam pukul 12.45 tghari kedua-duanya selamat dikhatankan. Bahagian paling seronok bila anakku keluar dari bilik doktor dengan muka selamba je.. Siap cakap " Tak sakit pun.. Macam kena gigit semut jer..". Ini semua gara-gara suka tengok cerita Upin dan Ipin. Sampai terikut-ikut dalam kehidupan seharian. Tapi memang aku akui, cerita Upin dan Ipin banyak membantu mendidik anak-anakku ini.
Aksi sebelum dikhatankan
Tapi kalau tengok riak muka lepas berkhatan tu rasa macam takde apa-apa pun. Kalau tak percaya cuba tengok gambar kat bawah ni. Memang berbeza kalau nak dibandingkan dengan khatan pada zaman dulu-dulu yang bagi aku menakutkan bagi semua budak lelaki.


Selesai dikhatankan


Selesai seminggu berkhatan, datang semula ke klinik bagi membuka "clamp" yang dipasang. Rupa-rupanya sebelum buka "clamp" tu sepatutnya budak-budak ni direndamkan dulu bagi memudahkan sarung tersebut di cabut. Dek kerana aku tak merendamkan kedua-duanya, benda tu agak melekat sedikit pada kulit dan membuatkan mereka rasa sakit dan meraung.

Tapi sebagai upah untuk mendiamkan kedua-duanya, aku belikan air Slurpee di 7 Eleven walaupun tangisan masih belum hilang. Tapi bila naik kereta hilang dah tangisan tu dan boleh bermain seperti biasa. Selepas "clamp" dibuka, diingatkan supaya anak diberikan seluar yang berkain lembut selain memakai kain pelikat. Kerana kalau pakai seluar berkain keras akan melukakan.

Semasa menunggu untuk membuka " Clamp"




Tuesday, December 17, 2013

Bantuan Persekolahan dari Kerajaan Negeri Selangor


Semalam dapat mesej melalui Whatsapp mengatakan bahawa kerajaan Selangor akan memberikan bantuan persekolahan kepada rakyat Selangor. Sekiranya betul tak salah untuk kita manfaatkan apa yang diberikan.Kebetulan tahun ni anakku yang sulung akan menjejakkan kaki ke tahun 1, maka peluang keemasan ini tidak perlu dilepaskan.

Tapi ada sedikit keraguan mengenainya kerana aku telah cuba menelefon ketiga-tiga nombor yang diberikan dan 2 daripadanya masuk mesej dan satu daripadanya tidak diangkat panggilan tersebut. Bagi yang rasa nak terus terjah ke Pusat Khidmat DUN boleh je cuba. Tak rugi pun..


Monday, December 16, 2013

Bersunat Zaman Sekarang

Bersunat bagi lelaki adalah prosedur pembedahan yang melibatkan pembuangan separa atau sepenuhnya bahagian kulup (prepuce) pada zakar (penis). Prosedur ini telah pun dijalankan sejak beribu tahun dahulu. 

Sebagai ibubapa yang mempunyai anak, sudah tentu suatu hari nanti akan memikirkan mengenai kaedah terbaik yang akan dipilih apabila ingin menyunatkan anak-anak. Kebiasaannya masalah ini berlaku kepada ibubapa yang mempunyai anak lelaki kerana anak perempuan biasanya sudah disunatkan selepas kelahiran.

Memandangkan aku mempunyai 3 anak yang mana kesemuanya lelaki, maka maklumat mengenai kaedah-kaedah bersunat ini memang sangat diperlukan dan berguna kepada kami sebagai ibubapa. Seboleh-bolehnya kami inginkan kaedah terbaik untuk diberikan kepada anak-anak supaya kurang rasa sakitnya. Ialah bila anak rasa sakit, sudah tentu kita sebagai ibubapa pun terasa sakitnya.

sunat alis001 
Terdapat 5 kaedah bersunat yang aku tahu buat masa ini iaitu :-
1. Konvensional - bersunat oleh doktor secara pembedahan moden dengan suntikan ubat pembiusan, pemotongan kulit dengan gunting,mengikat punca perdarahan dan menjahit luka potongan.

2. Laser - Kelebihan atau kebaikannya adalah laser menghasilkan potongan halus, licin dan kurang perdarahan serta kesan luka bakar yang terlalu halus iaitu sekitar 0.5 micron sahaja. Tapi, kebanyakan sunat Laser yang di tawarkan oleh kebanyakan klinik adalah tidak menggunakan Laser sebenarnya, ini kerana sebuah Mesin Laser berharga tidak kurang dari RM250,000 jadi adalah tidak munasabah digunakan untuk sunat dengan caj RM150.00 sahaja. Biasanya yang digunakan adalah mesin eletrik bervoltage tinggi yang dipanggil Electrocautry.

3. Electrocautry - Electrocautery adalah alat yang menggunakan elektrik dengan voltage dan ‘alternating frequency’ yang tinggi melalui electrode yang terdiri dari wire logam digunakan sebagai pemotong tisu. Penggunaan mesin electrocautery yang tidak mengikut spesifikasi ataupun tidak di selengara dengan baik akan memberikan risiko terbakar atau electrocuted.Pemotongan kulup menggunaka electrocautery adalah tidak di galakkan kerna berbagai komplikasi boleh terjadi.

4. Flash Cauter - ‘Flash cauter’ adalah alat electrocautery khas  yang hanya menggunakan battery sahaja. Ianya maseh menggunakan electrode yang diperbuat dari ‘sharp metal string’ dan pemotongan dilakukan dengan kaedah pemanasan dan ketajaman logam halus tersebut. Kelebihan system ini adalah tiadanya risiko ‘electrocuted’ dan kesan luka bakar yang agak minima serta boleh digunakan di kawasan pendalaman yang tiada bekalan electric.

5. Klamp - Bersunat menggunakan ‘Clamp method’ adalah teknik sunat tertua yang pernah diamalkan oleh manusia sejak beribu tahun dahulu. Tanpa ada ubat bius dan pembedahan moden, ‘sepitan kuno’ (ancient clamp) yang hanya diperbuat dari tanduk-tanduk haiwan, buloh, kayu ataupun kepingan logam telah digunakan sebagai alat untuk bantuan bersunat bagi mempercepatkan proses dan mengurangkan perdarahan. Kaedah ini mempunyai 3 generasi. Generasi ketiga dinamakan sebagai Alisklamp.
Moga info yang dikongsikan dapat memberikan manfaat kepada semua. Kami telah memilih kaedah klamp untuk anak-anak kami bersunat.

Nanti akan diceritakan dalam entri akan datang. Bagi yang berminat nak tahu maklumat lanjut mengenai kaedah klamp ni boleh KLIK SINI.


Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...