Showing posts with label Fireflyz. Show all posts
Showing posts with label Fireflyz. Show all posts

Friday, June 20, 2014

Penerbangan bersama Firefly

Nak ikutkan cerita ni dah basi dah. Ni cerita masa balik kampung hari tu yang kami sekeluarga naik Firefly. Kampung takdelah jauh kalau naik kapal terbang, ambik masa sejam jer. Cuma yang lamanya menunggu nak naik kapal terbang tu je yang banyak buang masa. Tapi dengan firefly tak perlu datang awal sangat. Bagi yang dah buat web check in dan takde beg nak dimasukkan dalam perut kapal terbang hanya perlu sampai 10 minit sebelum pintu ditutup dan bagi yang ada beg nak dimasukkan kena ada 30 minit sebelum pintu tutup.

Bagi anak-anak ni bukan kali pertama tapi tahun ni baru kali pertama kami balik naik kapal terbang. Alhamdulillah selamat perjalanan pergi dan balik kami. Kami hanya bawa satu beg je untuk pakaian seramai 5 orang dan selama 5 hari. Nasib baik dalam kategori had yang dibenarkan. Kalau tak jenuh nak bukak balik beg dan keluarkan muatan yang terlebih tu. Berat maksimum 32 kg untuk satu beg. Walaupun kami boleh bawak sampai 100 kg, setiap beg kena ikut syarat yang ditetapkan. Bila balik lalgi berat tak silap dalam 32.6kg juga. Nasib balik lebih 600gram diorang masih terima.

Berat Bag kami
 Bermonopod kami masa menunggu pintu dibuka. Yang kelakarnya orang belakan tengok kami bermonopod dia pun sibuk keluarkan monopod dia. Tapi memang happening suara kami sekeluarga bermonopod. Ini pertama kali bermonopod, jadi macam excited terlebih gitu... Hahaha...

Bermonopod satu keluarga
 Dalam Firefly memang disediakan makanan ringan sebagai kudap-kudapan secara PERCUMA walaupun perjalanan kami sekejap jer. Ini salah satu sebab aku suka pilih penerbangan ni. Anak-anak memang suka bila dijamu benda-benda macam ni. Masa pergi dihidangkan dengan kacang tanah dan karipap sardin. Air pula samada air epal atau oren. Nasib baik penumpang tak penuh, jadi anak-anak aku boleh pulak request extra air... Pramugari pun ok jer layan kerenah anak-anak aku.

Muhammad Zulfiqar makan kacang tanah
 Kalau kat rumah aku rasa anak-anak aku takde nak heran nak makan kacang tanah ni. Dalam kapal terbang licin semuanya.. Itulah namanya budak-budak. Masa balik ke KL pula dihidangkan dengan Muffin Coklat. Memandangkan masa balik penerbangan pagi, anak-anak takdelah ada mood nak makan sangat. Aku pun nak ambil gambar pun takde mood.

Karipap Sardin

Selamat menjejakkan kaki di Kelantan. Tak percaya rasanya sebab hari ni aku kerja, belum gelap lagi aku dah sampai ke negeri lain pulak. Terpaksa kerja sebab nak jimat cuti. Balik awal 2 jam jer. Takdelah kena tolak cuti.

My Heroes

Bagi yang tak pernah merasa naik Firefly aku cadangkan cubalah sekali. Insyaallah akan jatuh hati dengannya. Macam kamilah.. penerbangan pertama dulu pergi bercuti ke Langkawi masa tahun 2007, sampai sekarang Firefly tetap dihati.




Thursday, June 5, 2014

Syarikat Penerbangan pilihanku sekeluarga

Cerita bab syarikat penerbangan pilihan ni, bukanlah nak menunjuk-nunjuk aku ni naik kapal terbang. Aku naik kapal terbang ni biasanya nak balik ke kampung suamiku. Memandangkan jarak yang jauh dan sekiranya menaiki pengangkutan darat mengambil masa hampir satu hari, jadi bermula tahun 2014 kami berazam untuk menggunakan pengangkutan udara sebagai pilihan.

Pada yang tak tahu bahawa kita mempunyai banyak pilihan syarikat penerbangan sekiranya ingin pergi ke destinasi tempatan dengan kata lain dalam Malaysia. Kali ni aku nak kongsikan kelebihan dan kekurangan yang aku tahu mengikut pengalaman aku. 



Ini memang menjadi penerbangan pilihan nombor satu kami sekeluarga kerana harga yang berpatutan(beli semasa promo lagi berbaloi-baloi), dekat dengan rumah aku (jimat kos pengangkutan dari rumah ke airport), saiz kapal terbang yang kecil dan tak perlu berjalan jauh untuk naik ke dalam kapal terbang. Cuma yang tak bestnya bila hari hujan/panas kena redah untuk naik kapal terbang. Bahagian tu mungkin boleh diperbaiki lagi kot (macamlah bos besar Fireflyz nak baca blog aku ni).



MAS jatuh nombor dua disebabkan harganya yang agak mahal kecuali apabila ada promosi besar-besaran dari diorang. Aku pernah naik MAS dan dapat tiket murah gila... Bab servis dia memang tip top sesuai dengan harganya. Cuma kos pengangkutan nak ke KLIA yang tinggi menyebabkan aku rasa tak berbaloi nak jadikannya pilihan pertama.



Aku tak pernah gunakan perkhidmatan dari Malindo Air, cuma tahu dari review rakan-rakan yang pernah naik mengatakan sangat berbaloi memilih Malindo Air. Selain dari itu ada dua tempat boleh naik bila kita memilih mereka iaitu di Subang atau KLIA. Bila boleh naik di Subang sudah tentu menjadi pilihanku. Servis dalam kapal terbang tak tahu pulak. Insyaallah ada rezeki nak cuba juga naik.



Ini menjadi pilihan terakhir sebabnya lapangan terbang yang jauh dan juga kena bayar untuk beg. Macam penerbangan lain harga tiket termasuk berat beg. Bagi aku kalau orang tua nak naik penerbangan ni macam tak sesuai sebab kena berjalan jauh. Kami memang dah serik naik Air Asia dan kalau boleh tak nak naik penerbangan ni.

Setakat yang aku tahu hanya ada 4 penerbangan untuk destinasi dalam negara, kalau ada yang tahu ada yang lain bolehlah kongsikan. Tapi untuk destinasi antarabangsa memang ada beberapa pilihan lain. Insyaallah lain entri aku cerita walaupun aku dah lama tak pergi ke luar negara. Kali terakhir pergi masa belajar kat Universiti dulu. Doa-doakan kami sekeluarga dapat bercuti ke luar negara pula.

P/s : Kami dalam perjalanan pulang ke kampung sempena cuti sekolah, doakan kami selamat ye..

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...