Monday, December 10, 2018

Last Day MAHA 2018

Tahun ni ada rezeki nak ke MAHA 2018. Ingat lagi last pergi masa pertama kali MAHA dianjurkan. Masa tu rasa serik nak pergi sebab penat nak berjalan jauh untuk terokai keseluruhan kawasan dan juga keadaan orang yang sangat ramai.

Tahun ni kebetulan ada kenduri kahwin di PICC Putrajaya, jadi bolehlah nak menyinggah.

Pengalaman paling tak boleh lupa ialah bila lalu dekat laluan tikus. Parking tepi highway pastu masuk ikut laluan tikus. Nak tau kenapa panggil laluan tikus ialah lalu pagar yang dah dilobangkan.

Ramai kot yang lalu situ. Laluan tu bersebelahan Laman Nanas.

Target nak pergi MAHA kali ni adalah fokus pada tanaman herba dan sayur-sayuran sebenarnya. Memandangkan masa yang singkat tak boleh nak berangan sempat pergi semua tempat.

Pokok strawbery
Memang nak beli anak pokok strawbery. Konon-konon nak cari yang lagi murah. Tapi jangan haraplah nak pusing balik tempat yang dah pergi sebelum ni. Cuma kalau rasa murah terus beli masa tu juga.

Cili gemok-gemok
 Cili ni sekadar pameran je. Rasa nak ambik sebiji dua nak buat semaian.

Microgreen
Kebetulan jumpa rumah hijau yang tanam Microgreen ni. Nak tahu apa microgreen ni kena rajin pergi jumpa pakcik gugel. Makan sayur yang usia bawah 10 hari dan khasiatnya 4 kali ganda dari sayur matang.

Dapat belajar ilmu baru kat sini. Boleh dipraktikkan kat rumah nanti.

Naik jentera-jentera pertanian
Mula-mula sampai memang jumpa dekat tempat jentera-jentera ni. Budak kecik n seronoklah sebab boleh naik semuajentera ni.

Ayam katik cantik ( tak ingat nama)
Jumpa juga booth penternakan. Nampak ayam cantik dan mahal ni. Memang tak mampu nak beli kalau hanya sekadar hiasan je. Kat checkpoint ni jumpa Pokok Ketum untuk dijadikan makanan ayam. Beli dua pokok nak tanam kat rumah. Jangan kena tangkap sudah.

Bunga matahari 
Ternampak pula ladang bunga matahari. Ya Allah memang cantik sangat tapi dah tak larat nak masuk. Ni ambik gambar dekat tepi pagar je.

Tram @ bas untuk pergi dari satu checkpoint ke checkpoint yang lain
Inilah kenderaan yang disediakan untuk pengunjung-pengunjung. Banyak disediakan tapi orang pun ramai. Ada dua jenis. Bas rapid kena beratur tapi tram ni boleh je naik kalau kosong. So pilihan kami naik tram je.

Hasil tangkapan
Nampak tak hasil tangkapan kami di MAHA 2018. Tapi macam ada yang tak masuk dalam gambar. Cuba bayangkan macamana nak bawak balik ke tempat parking.

Ini gara-gara diorang buat lelongan. RM 1 sepokok. Siapa yang tak nak kan? Siap bagi free pokok lagi. Last-last nak balik pening nak angkut camana.

Pengalaman pertama naik motosikal roda 3 yang ada tempat letak barang kat sebelah tu. Buat muka tak malu tanya boleh tak nak tolong hantarkan ke tempat parking. Dahlah parking kat tepi highway, jadi kena berpecah. Sorang ambil kereta sorang lagi angkut pokok ke tempat parking.

Apa-apa pun rasa seronok dan puas hati walaupun tak sempat pergi ke checkpoint yang jual pokok-pokok herba. Hari dah gelap dan macam tak nampak nak memilih untuk membeli pokok-pokok.


Kami bertiga je
Next time kalau nak ke MAHA kena setkan siap-siap nak pergi tempat apa sebab jimat masa dari merayau ke tempat lain yang kita tak nak pergi. Tempat jual makanan pun tak singgah sebab matlamat takde nak beli makanan. Cari barang-barang yang susah nak jumpa je.

Thursday, November 8, 2018

Bila bosan


Siapa pernah kerja satu ofis dengan aku mesti tahu apa aktiviti aku akan buat bila bosan dekat ofis,

BERINAI

Memang kegemaran aku sebab suka dengan warna kuku jadi merah lepas pakai inai. Selain tu, masa pakai tu kuku rasa sejuk je.

Aku suka. Tapi biasa pakai sebelah-sebelah tangan dulu sebab tangan sebelah lagi buat kerja atau taip posting dekat blog..

Hahaha...

Tuesday, July 24, 2018

Tempoyak Versi Kelantan

Mesti korang rasa "Ala... buat tempoyak je kot". Bagi aku memang berbeza tempoyak versi Kelantan dengan versi yang aku biasa buat dan makan kat Selangor ni.

Masa balik Raya hari tu mak mertua buat tempoyak ni. Sambil-sambil tu aku koreklah resepinya. Nanti dah balik rumah aku boleh buatkan untuk anak dia makan kan..

Memandangkan Ahad lepas ada beli durian D24, aku memang kopek durian tu dan masuk peti sejuk. Sedap makan sejuk-sejuk. Kadang-kadang sampai berebut makan.

Oklah berbalik cerita pasal resepi tempoyak ni, bahan-bahannya memang mudah bangat..

BAHAN-BAHAN :-
1. Cili api ( yang warna merah dan jenis pedas. Refer gambar kat bawah)
2. Durian fresh bukan durian dah masam ye.
3. Sedikit garam dan gula ( untuk balancekan rasa pedas tu)

Dulu arwah nenek ajar kalau tak nak bagi sambal belacan pedas sangat, kena ambil bilangan ganjil.

Durian fresh

Guna lesung batu ye

CARA-CARA :-
1. Tumbuk cili pakai lesung batu hingga cili dan biji-bijinya lumat
2. Masukkan  durian fresh tadi. Jangan pulak masukkan sekali dengan biji durian tu.
3. Masukkan sedikit garam dan gula.

Sebenarnya aku tak nak letak gula tapi sebab bila aku test rasa macam nak meletup rasa pedasnya terus aku masukkan sikit gula.

Dan hasilnya....

Tempoyak versi kelantan

Kebetulan mak dengan laki puasa, dapat menu ni memang makan bertambah-tambah. Saya memang jenis tak tahan pedas, makan sikit rasa dah nak menangis dah. Suami siap bagi thumbs up lagi sebab takde perkataan dapat menggambarkan kepuasan menikmatinya.

So next.. nak buat menu apa lagi ni...

Monday, July 23, 2018

Free Talk by Faizul Ridzuan @ Gamuda Garden

Semalam aku ngan suami berkesempatan nak join talk bersama pakar hartanah Faizul Ridzuan. Aku memang dah lama follow dia dekat fb sejak dah terjebak dengan hartanah ni.

Tarikan yang dibuat untuk ajak orang ramai datang adalah Musang King PERCUMA. Kami sampai betul-betul baru nak mula talk dari Faizul Ridzuan, jadi memang tak sempat nak singgah khemah nak makan durian tu.

Bagi aku ilmu yang disampaikan lebih bernilai dari makan doyan. Selain tu ada gak coconut shake. Itu pun tak sempat ambil sebab bila habis talk semua benda dah habis.

Sebelum talk kena daftar dulu. Dapat door gift ni. Produk kesihatan.

Rose kering
The kesihatan
 Apa yang aku dapat kat sini kalau nak pilih property kena check apa booster atau kelebihan membeli rumah dekat sesuatu kawasan tu. Macam Gamuda Garden ni adalah new township. Kiranya yang ni adalah fasa pertama untuk township tu. Kalau ikutkan memang berbaloi untuk membeli fasa pertama ni tapi kena pastikan holding power tu ada sebab sesuatu kawasan tu untuk menjadi matang mengambil masa. Mungkin dalam 3 atau 4 tahun.

Walaupun lokasi di Rawang, pihak pemaju dah awal-awal siapkan laluan keluar masuk ke lebuhraya berhampiran. Memang takde alasan untuk tidak membeli rumah dekat sini. Bagi kami, yang ada property sebelah township ni rasa amat bersyukur bila ada pembangunan di kawasan ni. Kami beli rumah kat situ lebih kurang 11 tahun yang lepas dan alhamdulillah sekarang nilainya dah makin meningkat ditambah dengan wujudnya new township kat sini.

Selain dari tu dapat juga banyak tips berkenaan pembelian rumah under construction atau subsale. Ikut pendapat Faizul, kalau membeli rumah subsale perlu banyak modal iaitu 10% deposit, kos ubahsuai rumah dan 4% kos guaman. Manakala kalau beli rumah underconstruction kebanyakan pihak pemaju memberikan banyak diskaun. Kadang-kadang hanya perlukan RM 500 je dah boleh beli rumah tu.

Tapi bagi aku kalau untuk tujuan pelaburan, tak boleh sangat guna pendapat ni sebab bukan senang nak dapat penyewa untuk perumahan baru. Kawasan masih belum matang. Apa-apa pun kena buat kira-kira ikut kemampuan memasing. Jangan sibuk buat pelaburan tapi tak buat perancangan yang betul silap-silap rumah boleh kena lelong kalau takde kemampuan untuk bayar bayaran ansuran bulanan.

Wefie sebagai kenangan

Friday, July 20, 2018

Mandi Manda : Air Terjun Serendah

Nak tanya kalau korang rasa stress apa yang korang akan buat?
Macam aku, kalau stress haruslah ajak keluarga mandi laut atau mandi sungai.

Memandangkan dekat Sg Buloh ni jauh nak cari laut atau pantai, pilihan lain adalah cari sungai. Dalam kepala hanya terpikirkan Janda Baik atau Ulu Yam je sebab situ je kitorang pernah pergi. Tapi, bila bagitau hajat dengan member ofis pasal nak pergi mandi sungai, dia pun ajak ke tempat lain dan namanya adalah Air Terjun Serendah atau Air Terjun Kai.

Air Terjun Serendah
Serius masa sampai tu macam terpaku melihat keindahan pemandangan dekat sini. Kami sampai seawal 8 pagi ye. Parking pun masih kosong cuma ada satu family tengah lepak bersarapan menghadap air terjun ni. Lepas sarapan diorang terus balik tak mandi manda kat sini pun.

Rasa tempat tu kami yang punya pulak. Tapi dah makin lama orang pun dah makin ramai. Tapi sekurang-kurangnya merasa jugalah kami mandi manda dengan tenang dan jauh dari hiruk pikuk kehidupan.

Posing berlatarbelakangkan air terjun
Ni sebagai bukti yang kami sekeluarga dah sampai ke sini. Sebagai kenangan anak-anak bila dah besar nanti. Sebenarnya program mandi manda ni kitorang plan dua tiga hari sebelum pergi je. Jadi ramai je Budak ofis aku tak dapat join sebab dah masing-masing dah ada plan memasing. Yang join hanya Zue, Mai dan Salina anak beranak je.

Kami dibawah air terjun
Sebenarnya aku tak berani nak pergi kat bawah air terjun tu sebab takut dalam. Lagi satu laki aku awal-awal dah cakap kalau lemas dia tak selamatkan sebab dia pun tak pandai berenang. Dah laki cakap macam tu agak-agak aku berani ke nak ke sana? Hahahaha… Ni pergi sana sebab nak ambik gambar kenangan je.

 Tapi memang agak menakutkan sebab air terjun tu kuat sangat dan terasa 
macam air tu menarik ke dalam tempat dalam. Jadi, mak anak 4 ni main kat tepi-tepi je lepas bergambar. Sebab sejuk pun ya sebab sekelilingnya memang banyak pokok-pokok yang menyebabkan cuaca sentiasa redup.

Ada pasir kat bahagian gigi air
Anak-anak bila dah puas main air, dia main pasir pulak. Mainlah anak-anak sampai puas-puas. Aku dan suami percaya yang bila anak-anak biasa buat aktiviti macamni, diorang akan jadi lebih cergas dan bijak. Sebab aku tengok ada je Budak rasa geli kalau nak pijak pada pasir dan rumput. Rasa macam rugi je hidup kalau tak menikmati semua benda tu masa hidup ni.

Dalam pukul 11 pagi aku dah ajak anak-anak naik tukar baju sebab aku ada misi seterusnya iaiti mencari doyan dekat Batang Kali. Memandangkan sekarang musim durian di mana-mana, jadi aku assume kat sana pun tengah musim.

Kat sini semua fasiliti lengkap dan bersih. Ada pondok untuk lepak-lepak, ada tandas yang sangat bersih. Cuma dalam tandas agak gelap tapi memang bersih. Selalu jumpa tandas kat tempat macam ni mesti kotor kan. Tapi kena bayar 30 sen untuk sekali masuk.

Dekat belakang tu tandas. Khemah biru tu orang jaga tandas tu

Kat belakang ni pondok-pondok untuk duduk. Ada yang pasang tikar tidur kat situ pun ada
Lepas dah siap-siap tukar baju nak balik, anak-anak sempat main dekat taman permainan dalam kawasan ni jugak. Aku dan laki aku berganti-ganti tukar baju. Ambil masa nak dekat sejam gaklah nak bagi siap 6 orang. Huhuhu… tu siap pakej main kat taman lagi.

Fiqri main jongkang jongkit dengan Ummi

3 beradik ni main buaian dengan gembira
Lupa nak citer sebelum sampai ke kawasan air terjun ni akan melalui kawasan perkampungan orang asli. Jalan pun hanya muat sebuah kereta. Kalau bertembung dengan kereta kena pandai-pandailah tolak ansur siapa nak jalan dulu.

Overall memang aktiviti outing yang paling best. Nanti boleh repeat dengan ahli keluarga pulak. Memang puas hati tapi kena datang awal kalau tak tak best.

Thursday, July 12, 2018

Mengidam Durian

Sekarang tengah musim durian di merata-rata tempat. Dekat fb wall sepanjang masa ada je orang post pasal durian.Ada yang murah dan ada yang mahal juga. Bergantung pada $$. Beli ikut kemampuan masing-masing.

Semalam terjumpa tempat baekk punya beli durian murah. Lokasi betul-betul berhadapan dengan Petronas Kuang. Masa aku sampai tu memang nampak berbakul-bakul durian baru sampai gamaknya. Dia baru nak susun durian atas rak. Ada yang ikut longgok ada yang ikut timbang yang bagi aku harganya lebih murah dari tempat lain yang aku pernah jumpa. Memanadangkan laki aku takde kat rumah, aku beli yang longgok je. Selonggok RM 20 untuk 4 biji tapi aku Berjaya dapat free lagi sebiji. Buahnya takdelah besar sangat tapi isi dia memang kuning macam durian Musang King. Biji pun kecik je. Satu je tips aku nak bagi bila membeli durian adalah suruh dia kopek untuk tengok isi dia ok ke tidak.

Buah-buah besar kira ikut timbang

Selonggok RM 20

Kucing tidur
Memandangkan makan sorang-sorang dan tak berebut, perasaan dia tak berapa nak best sangat. Sebab selalunya bila makan durian aku berebut ngan laki ngan mak aku sekali. Anak-anak kadang-kadang makan kadang-kadang tak nak. Kalau ikutkan hati boleh je nak habiskan sorang tapi aku masuk bekas dan simpan dalam peti ais. Balik kerja hari ni boleh sambung makan. Itu pun kalua ada lagilah kannn..

Isi memang cantik

Simpan masuk peti ais dulu
Insyaallah hari Ahad ni nak beli lagi sebab masa tu laki aku dah balik dari kursus. Boleh makan rebut-rebut.

Tuesday, July 10, 2018

JJCM : Pantai Penarik & Udang Viral

Masa balik Raya di Kelantan hari tu berkesempatan untuk singgah merasa Udang Viral di Pantai Penarik. Pantai ni terletak di negeri Terengganu dan lebih kurang bersempadan dengan negeri Kelantan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam lebih je.

Sepanjang jalan banyak signboard harga-harga udang ni.
Memang sepanjang jalan banyak sangat kedai-kedai yang menjual Udang Viral ni. Kiranya sepanjang pantai ada. Memandangkan kami sampai lebih kurang 10 pagi tak semua kedai dah bukak. Ada yang buka pukul 11 pagi. Nasib baik ada juga kedai yang buka pukul 10 pagi, jadi tak perlu menunggu kedai buka.

Apa yang kami order?
* Udang dah memang wajib order 
*Ikan celup tepung (lupa ambil gambar)
*Keropok lekor
*Cekodok malas
*Maggi Telur Sotong

Udang Viral
Keropok lekor
Maggi telur sotong


Macam biasa anak-anak bila ada kat tepi pantai tak sah kalau tak main pasir. Tapi dah pesan awal-awal tak boleh main air. Salah satu sebabnya tak bawak baju dan juga kawasan pantai Terengganu agak merbahaya untuk tujuan mandi-manda.

Mari kita lompat


Seronok semua dapat naik buaian

Ummi pun nak naik juga

Aktiviti bergambar tepi pantai memang wajib sambal melompat. Kali ni pergi ramai-ramai satu keluarga mertua aku. Anak-anak memang fevered maggi dan udang. Rasanya udang sepinggan je diorang 3 beradik boleh habiskan. Maggi sebab memang makanan yang jarang-jarang dapat makan kat rumah, so bila dapat order kat kedai haruslah semangkuk sorang.

Makan-makan tepi pantai

Family kami
Macam biasa sebelum balik acara wajib adalah ambil gambar beramai-ramai sebagai kenangan. Dalam gambar adik ipar dan anaknya Fahmi takde sebab Fahmi muntah-muntah.

Mula-mula rancangnya nak ke Kuala Terengganu terus berjalan-jalan tapi disebabkan Fahmi dah muntah-muntah sampai pucat mukanya terus kitorang balik.

Takpe yang penting dah spend masa yang berkualiti dengan keluarga, Bukan selalu pun dapat buat aktiviti macam ni.

Monday, July 2, 2018

Jamuan Raya orang pencen

Seronok bila dapat seronokkan orang tua kita kan. Hari ni memenuhi hasrat mak nak sertai Majlis Sambutan Hari Raya untuk orang-orang pencen di tempat kerja lama mak dulu. Dulu namanya Filem Negara Malaysia tapi sekarang ni FINAS. Tapi bagus inisiatif yang dibuat oleh staf-staf baru sebab panggil semua orang-orang pencen datang untuk memeriahkan majlis.

Macam biasa aku jadi driver mak aku dan bawak sekali assistant si kecik Muhammad Zulfiqri. Seronok tengok mak berborak dengan kawan-kawan lama dia. Sampai tak sempat nak merasa semua makanan sebab sibuk berborak dengan member-member lama dia.

Aku pun ambil nombor telefon kawan-kawan mak yang aku kenal. Senang nanti kalau nak contact diorang tak payah tercari-cari dah.
Orang baru dan lama

Salah seorang kawan mak

Nampak tak wajah-wajah kegembiraan



Friday, June 22, 2018

Resepi : Puding Roti Karamel

Bahan-bahan :-
2 cawan air suam
1 cawan susu pekat
1 tin susu cair
6 biji telur ayam (lagi banyak lagi sedap)
8 keping roti gardenia 4 segi
Sedikit esen vanilla (tak letak pun takpe)
6 sudu gulà dan sedikit air

Cara-cara :
1. Kacau telur pakai garpu dan tapis pakai penapis teh.
2. Campurkan semua bahan dan masukkan dalam blender. Kalau tak muat blender bahagi dua adunan.
3. Masakkan gulà atas àpi hingga jadi gula hangus. Dah cair masukkàn air sikit tapi kena hati-hati ye.
4. Masukkan gula hangus dalam loyang dan ratakan.
5. Masukkàn bahan yang dah dikisar ke dalam loyang.
6. Kukus selama 45 minit dan insyaallah menjadi.

Resepi ni dapat dari fb. Ni untuk 2 adunan tapi kalau nak buat 1 adunan bahagi 2 je adunan tu.

Sesiapa ada roti yang nam expired dan tak habis boleh buat puding roti karamel ni. Setiap hari buat seloyang puding ni memang licin. Puas hati masak.

Cuba jangan tak cuba ye.

Sunday, June 17, 2018

Salam Aidilfitri 2018

Tahun ni giliran beraya dengan keluarga aku. Tapi sebenarnya giliran suami tapi dek kerana Raya ke4 ada majlis belarok(sambut menantu) adik suami, so keputusannya raya dengan keluarga di Selangor dulu.

Tahun ni tak beli baju raya baru memandangkan baru je tempah baju sempena majlis perkahwinan adik suami bulan 3 hari tu. Jadi macam biasa kita recycle je baju yang boleh dipakai.

Tahun ni baju kami tak sedondon sebab aku malas nak beli baju baru memandangkan tahun ni dah banyak beli baju baru. Jadi pakai baju mana yang ada je tahun ni.

Kita layan gambar-gambar sepanjang raya pertama dan kedua ye. Agar menjadi kenangan kami sekeluarga pada masa akan dating.
Family aku dan mak

Keluarga besar sebelah mak yang beraya di sini. Ada beberapa keluarga belum sampai

My Heroes in black

Posing dekat tangga ajaib

Family aku, kakak dan mak ( abang beraya di rumah mertua)

Sempat posing lepas beraya rumah sepupu mak
Ni baru gambar hari raya pertama. Jom layan gambar raya kedua pulak.

Raya ke2 pakai seluar je tahun ni

Till Jannah "ouch"

Anak orang lain sibuk ngan gadget tapi anak aku belasah kuih raya

Family kami beraya di Kg Kuantan

Sweet couple juga. Kakak dan abang ipar

 Balik beraya semua penggsaann
Itu je update sepanjang hari raya pertama dan kedua.

Cheesekut Mini

 Dah beberapa hari nak buat cheesekut atas permintaan anak-anak tapi asyik tak sempat je. Hari ni usaha merajinkan diri menyiapkan mini...